Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Sehelai Kain Putih – Aisyah Humaira


Wajah berseri pipi kemerahan, dia digelar Aisyah Humaira..”

Hadirmu merungkai segala keperitan dan kesakitan yang kualami. Saat dikau keluar, doktor pantas meletakkanmu di atas perut ku. Bagai mahu menitik airmata melihat kamu yang selami ini di dalam kandungan. 9 bulan 10 hari kamu di dalam rahimku.

2 Mei 2012 – Setelah segalanya selesai, anakku di bawa masuk oleh dua orang jururawat pelatih. Suami juga masuk sama. Anakku diazan dan diiqamatkan oleh ayahnya. Wajah comel itu membuat aku rasa amat terharu. Tidak sabar untuk mencium pipinya. Anakku menangis kerana lapar. Jururawat mengajar aku cara-cara untuk memberi susu. Penyusuan pertama sudah pasti dari susu ibu.

Kemudian, aku ditolak ke wad bersalin menggunakan kerusi roda. Jauh juga rupanya. Wad bersalin ditempatkan di bahagian paling hujung bangunan. Setelah segala barang-barang keperluanku disusun oleh suami, dia meninggalkan aku sebentar untuk menjemput emak di rumah. Seorang doktor lelaki menghampiri aku dan anakku. Anakku diangkat dan diteliti. Oleh kerana jam sudah menginjak ke angka 5 petang, aku diarahkan agar bermalam di hospital untuk berehat dan menunggu anakku membuang air kecil dan besar. Aku hanya mengangguk lemah. Saat itu baru aku terasa sedikit risau kerana ini adalah anak pertamaku dan aku tidak tahu bagaimana mahu menguruskan bayi! Mahu mengangkatnya pun aku takut-takut.

(Tak payah la cerita pengalaman di bermalam di hospital selepas bersalin. Hehehe.. malu...)

3 Mei 2012 – Saat yang aku nanti-nantikan akhirnya tiba! Aku mahu keluar dari hospital dengan segera. Layanan hospital amat-amat OK tapi aku tak sabar nak keluar sebab aku tak pandai hendak menguruskan seorang bayi. Walhal, bayi itu adalah anakku. Maafkan ibu wahai anak. Ibu takut kerana anak ibu ni masih lembut. Jam 12 tengahari suami dan emakku sampai untuk menjemput kami pulang. Setelah pembayaran dijelaskan, kami pun pulang ke rumah. Hati amat la riang sekali. Emak adalah orang amat gembira dengan kehadiran cucu pertamanya. Dan bermula lah sesi berpantang selama 44 hari.(Bab ni aku cite lain kali k).

Sampai rumah, anakku masih tidur. Tidak lama kemudian dia terjaga dan mula menangis. Aku jadi tidak keruan. Mesti dia haus. Tubuh comel itu kudakap dan memberinya susu badan. Dia menghisap dengan gelojoh. Haha.. Selang beberapa ketika, dia mengubah rentak tangisan seakan marah. Emakku mengesaki yang aku tidak ada susu! Kalau ada pun sedikit. Suamiku bergegas keluar mencari susu formula bayi. Susu formula pertama untuk bayiku, S26.

4 Mei 2012 – Kami sepakat memberi nama si comel kami, Aisya Humaira. Berpipi merah, kecil molek. Hari ini juga suamiku mendaftar nama si comel kami berikutan esok aku akan dihantar pulang ke kampung. Berpantang di kampung lah! Dan hari isnin pula suami akan mula bekerja semula.

" Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya dalam perjuangan
Peniup semangat suami

Khabar al kisah ku titik bermula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu mahar melebih
Yang setanding embun kasirin

Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turunnya nur itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta

Pilihlah hikmatnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh lena ujian

Takkan terhidu harum mewanggi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

Kau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
Sungguh beruntungnya dikau
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu "

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code