Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cik Aisyah Humaira Hendak Tidur!!


Matamu sayu,
Terkebil-kebil memandang wajah ibu,
1, 2, 3 matamu kian layu,
Mahu tertutup tapi seakan silu.


Ibu halakan kamera,
Terpegun dikau seketika,
Merenung lama lensa,
Mata seakan segar semula.


Ibu biarkan dikau sendiri,
Dikau tertidur jua tanpa disedari,
Si kuning tetap berada di sisi,
Menjadi teman hingga bawa dalam mimpi.



Tidurmu sedikut terganggu,
Gara-gara astro yang terpasang memainkan lagu,
Tetapi dikau masih di situ,
Terus lena dan ibu sentiasa menunggu..



Nota Kaki : Aisyah tidak perlu berbuai lagi..Alhamdulillah..Aisyah, doa ibu sering mengiringimu sayang..

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code