Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Mesti 'InshaAllah'?

Setiap tutur kata kita sebagai umat Islam sememangnya cukup indah dengan diakhiri dengan lafaz InshaAllah.




Jika Allah menghendaki..


Terlalu mudah untuk melafazkannya tetapi mengapa sukar benar untuk mendengarnya kini.

Acapkali kita mendengar mereka berkata, "tengok lah dulu", "tak janji la"..

Tidak salah berkata demikian, malah lebih indah andai disusuli dengan lafaz InshaAllah.

Kita sering kali mengambil mudah malah lupa dengan lafaz yang mudah untuk kita ucapkan ini. Sering kali juga kita mendengar mereka berbicara dengan yakin tetapi terlupa untuk menuturkan InshaAllah. Samada mereka terlupa atau tidak betah dengan perkataan itu.

"Kau pergi tak majlis kawen si anu tu?"

"Tak pasti la. Mungkin pergi kalau tak ada apa-apa. InshaAllah.."

Sedap halwa telinga mendengar pabila mendengar lafazan tersebut di akhir ayat. Secara tidak sengaja di situ kita tidak menimbulkan sebarang syak wasangka kepada orang yang bertanya.

Cth :

"Kau pergi tak majlis kawen si anu tu?"

"Tak pasti la. Mungkin pergi kalau tak ada apa-apa."

"Kau ada hal lain ke?"

"Aku nak pergi majlis kawen si polan jugak."

"Kau gi majlis si polan pergi la sekali majlis si anu tu. Member sana ko gi..member sini ko taknak gi pulak.."

Tidak di akhiri lafaz InshaAllah boleh jadi akan berpanjangan pertanyaan demi pertanyaan dan akhirnya mengundang syak wasangka.

Terlalu banyak sketsa harian yang dapat kita perhatikan. Mereka memandang enteng perkara-perkara sebegini. Sesungguhnya semua yang berlaku dengan izin dariNya. Usah terlalu yakin kerana kita boleh menjadi seorang yang bangga diri.

Sayangnya,sebahagian daripada kita sering melupakan peranan juga kekuasaan Allah ketika hendak mengerjakan segala sesuatu. Sebahagian daripada kita pula malah secara keliru mengamalkan InshaAllah untuk melepaskan dan mengelakkan diri daripada sesuatu.

Yang sebenarnya dituntut ialah ketika kita dijemput atau berjanji dengan seseorang kita menuturkan  InshaAllah lalu berusaha memenuhi dan menunaikannya. Andai tiba-tiba datang halangan seperti sakit dan sebagainya,lalu kita uzur daripada melaksanakannya maka disinilah letaknya kekuasaan Allah. Disinilah baru berlakunya makna  InshaAllah dalam erti kata yang sebenarnya.



Mari kita hayati kisah ini:-

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari beberapa orang penduduk Mekah datang berjumpa dengan Nabi S.A.W untuk bertanyakan mengenai hal Roh, kisah Ashabul Kahfi & kisah Dzulkharnain.

Nabi lalu menjawab, "Datanglah pada esok pagi agar aku dapat menjawabnya" .

Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi S.A.W hatta baginda gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan itu. Dan tentu sahaja kegagalan ini menjadi bahan cemuhan orang-orang kafir.

Ketika itu turunlah ayat 23 & 24 dari Surah Al-Kahfi yang menegur perbuatan baginda itu.

" Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, ' Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada esok ' , kecuali (dengan menyebut) ' InshaAllah ' . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah ' InshaAllah '. Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini ' . "
InshaAllah membawa erti jika Allah mengkehendaki. Ini menunjukkan bahawa kita sebagai manusia terbatas daripada mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa ke depan. Jika kita sebagai makhluk punya rencana atau perancangan,Allah pula sebagai khalik punya segala kuasa. Dengan demikian ucapan InshaAllah menunjukkan kepada kerendahan hati kita sebagai seorang hamba dan sedar dengan segala kekuasaan Allah terhadap makhlukNya. Atas dasar itulah Nabi S.A.W sendiripun ditegur oleh Allah S.W.T bila alpa daripada mengucapkan yang demikian.

Nota Kaki : Ini pandangan peribadiku...wallahuaklam

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code