Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Aduhai Hati..

Kadang kala kita tidak sedar apa yang kita lakukan akan melukakan hati orang lain. Kita mengandaikan apa yang kita lakukan betul saja.

Aduhai hati.. Ia seakan dirobek. Kesedihan dengam mudah menghampiri dan mencari tapak yang sesuai untuk bertapak. Ternyata amat sukar untuk membuang kepedihan ini lebih-lebih lagi sudah tertahan-tahan sekian lama. Seakan tidak terperasan akan kewujudan diri ini, seakan tidak penting bagi mata-mata mereka.

Segala kepedihan cepat benar terubat andai aku pulang ke rumah. Menelek wajah bidadari kecilku. Merenung dalam bola mata hitam bidadaraku. Aku rindu akan ketenangan di rumah. Aku rindu...sehingga aku sanggup pulang ke rumah tatkala waktu rehat. Oh..rumah..aku tenang.. Tapi kesedihan akan kembali bila kaki ku melangkah semula ke perkarangan tempat kerja. Aduhai hati..

Malam tadi, terjaga dari tidur dengan tiba-tiba. Menutup mata kembali tetapi aku tidak dapat tidur. Ah..sudah..esok nak kerja. Tatkala itu bayu sedih seakan dihembus, menerjah ke jantung hati paru-paru limpa. Seakan menyesakkan. Bait-bait kata mulai menerawang, berkait-kait bunga sedih. Memintal-mintal daun perit. Semuanya kerana ketidakadilan. Aduhai hati..

Mengapa hati ini kerap benar tersentuh sejak dua menjak ini? Ahrghhh...astaghfirullah..
Menutup mata kembali..tidur lah wahai mata..tidurlah wahai hati..lupakan kisah sedih..

Hari ini, hati kembali dicarik-carik. Ah..hati.. Sukar benar mahu mengawalmu. Titisan airmata adalah penawarmu. Aduhai hati..





Nota Kaki : perlu ke?ajejejej..

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code