Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cik Aisyah Humaira Semakin Aktif


Gedebuk...bunyi seakan nangka busuk jatuh je tanah.

Hehehehe...kedengaran suara si comel ketawa.






Laju saja kaki si kecil melutut kemudian mencapai bucu meja. Berdiri dengan pantas. Tangan pantas mencapai segala apa yang berada di atas meja.


Gedebang..gedebung..bunyi bekas makanan dihempas ke lantai. Aisyah tersenyum lebar. Seronok benar dapat melapangkan atas meja. Terjengket-jengket kaki kecil itu mahu memanjat meja pula. Seketika, kedengaran suara menjerit seakan merengus marah kerana tidak berjaya naik ke atas meja. Aisyah perlahan-lahan duduk. Kemudian, bangun semula. Duduk kembali. Berdiri pula. Wah...bersenam!!






Ibu tinggalkan sebentar ke dapur. Laju saja dia merangkak membontoti langkah ibu. Ibu pulas tombol paip kuat-kuat untuk mengisi air ke dalam jug. Kemudian, memenuhkan pula 'thermopot'.


Kelentang..bunyi gelas berlaga dengan lantai.


Ibu rampas gelas dari tangan Aisyah. Aisyah capai lagi gelas lain. Alahai... Segera ibu angkat dulang yang berisi gelas itu ke atas meja. Gelas dan meja ibu bersihkan malam tadi, belum sempat mengemas semula. Serentak itu kedengaran bunyi piring pecah. Alamak!


Mujur piring pecah yang bertaburan tidak mengenai Aisyah. Pantas ibu mengendong Aisyah ke ruang depan. Jari kaki kiri terasa seakan basah-basah dan.....ohhh darah! Darah meleleh dan terus meleleh, berjejehan di lantai. Satu kerja pula hendak mengelap lantai.







Nota Kaki : Menanti rambut Aisyah yang seakan segan silu untuk panjang..

Catat Ulasan

3 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code