Cik Aisyah Yang Belum Kebah

By Mar Mansor - 8:35 PG


Masuk hari ini, sudah 3 hari Cik Aisyah demam. Suhu badannya tidak susut-susut, masih terasa hangat. Tidak terlalu panas. Malam tadi ayah lap badan Aisyah dengan tuala yang telah direndam dengan air batu. Sejuk. Lap sikit-sikit. Itu pun sudah membuat Aisyah menangis dan meraung tidak henti-henti. Terasa sungguh hiba hati ini. Aisyah peluk ibu seakan meminta tolong. Ibu balas pelukan Aisyah tetapi tidak berganjak ke mana-mana. Aisyah merajuk, menghentakkan kaki berserta tangisan yang semakin kuat. Ayah sudah tidak keruan.

Selepas ibu jemput Aisyah dari rumah pengasuh petang semalam, sampai rumah saja Aisyah terus baring dan tidak berapa lama kemudian sudah terlelap. Tenang sungguh wajah Aisyah saat itu. Melihat keadaan Aisyah yang begitu sudah cukup membuat hati ibu kembali risau. Risau sangat.....



Pagi ini walaupun Aisyah tidak seceria semalam, Aisyah tetap mampu tersenyum memperlihatkan keterujaannya bila mahu menaiki kereta. Nescafe 3 in 1 berwarna merah masih kejap di tangan kirinya, tidak mahu lepas-lepas malah begitu marah bila ibu tersentuh sedikit pun peket tersebut. Eleh...ibu punya banyak lagi kat dapur tu...

Sampai di rumah pengasuh, Aisyah tersenyum tatkala melihat wajah pengasuhnya.

Aisyah..Aisyah.. kan bagus kalau ibu datang rumah pengasuh jemput Aisyah balik, ibu disambut dengan wajah ceria Aisyah yang sebegitu.. Ini tidak, seakan tidak mengenali ibu pula. Seronok sangat bersama pengasuh sampai tidak mahu pulang. Huhuhuhu... :(




Nota kaki : Buat baik berpada-pada...buat jahat jangan sekali.. ~ Bertuah dapat pengasuh macam dia...

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.