Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Salam Ramadhan 1434H

Bulan yang dinanti-nanti saban tahun akhirnya kunjung tiba. Esok semua umat Islam akan mula berpuasa. Dan bermulalah solat Sunat Terawih malam ini. Umat Islam digalakkan menyemarakkan bukan Ramadhan dengan melakukan amalan-amalan yang baik bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.


Amalan-amalan yang digalakkan di bulan Ramadhan, antaranya :

Membaca Al- Quran

Menurut satu riwayat malaikat Jibril datang kepada Nabu Muhammad SAW untuk menyampaikan wahyu dari Allah dan membacanya di hadapan Nabi. Dalam Islam itu disebut tadarusulqur'an. Apa itu tadarusulqur'an? Klik SINI. Membaca Al- Quran akan mendapat pahala, apatah lagi andai kita memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya.


Segera berbuka dan mengakhirkan waktu sahur.

Sunat bagi yang berpuasa untuk menyegerakan berbuka jika sudah sampai waktunya iaitu setelah masuk waktu maghrib. Juga sunat untuk mengakhiri waktu makan sahur.


Solat Sunat di tengah malam ( Qiamulail )

Nabi Muhammad SAW kerap bangun di tengah malam untuk mengerjakan solat sunat terutama di 10 hari terakhir bulan Ramadhan ( malam ke 21 hingga 30 ). Di 10 malam terakhir terkandungnya 1 malam yang cukup istimewa iaitu malam Lailatul Qadar. Lailatul Qadar hanya diturunkan pada Nabi Muhammad SAW dan umatnya dan tidak diturunkan pada Nabi dan umat sebelum Nabi Muhammad SAW.

Tidak perlu ada kesangsian tentang wujudnya Lailatul Qadar kerana firman Allah di dalam surah Al-Qdar yang bermaksud:

" Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatul Qadar. Lailatul Qadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar."



Iktikaf di Masjid

Iktikaf bermaksud diam atau duduk di masjid untuk berzikir kepada Allah. Pada 10 malam terakhir, Nabi Muhammad SAW akan beriktikaf di masjid serta membangunkan seluruh keluarganya untuk turut beriktikaf.


Banyak lagi perkara sunat dan pekara yang baik yang dapat kita lakukan di bulan Ramadhan seperti banyakkan bersedekah. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Wallahuaklam..







Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code