Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Si Putih Sudah Sampai ~ Abah Pasti Ceria


Akhirnya, si putih milik abah sudah sampai. Si putih ini terpaksa dibeli untuk menggantikan Si Biru yang sudah uzur. Maaf ye Si Biru.

Kenangan bersama Si Biru (Proton Saga Lama) terlalu banyak. Ayah beli Si Biru ketika kami masih bersekolah lagi. Si Birulah yang membawa kami ke sana ke mari. Pulang ke kampung, menghantar kami masuk ke universiti, malah sudah sampai ke rumah kami di sini. Rumah akak di rawang juga sudah beberapa kali dia sampai.

Sejak Si Biru uzur, dia sudah tidak mampu berjalan jauh. Pernah sekali tayarnya tanggal di mersing. Syukur sangat abah tidak terlibat dengan kemalangan.

Hari isnin (22.07.2013) ibu pulang ke kampung halaman untuk menyelesaikan hal berkenaan jual beli kereta kerana Si Putih dikeluarkan atas nama ibu. Bermakna ibu ada dua biji kereta. Tetapi Si Putih adalah untuk abah, milik abah, cuma meminjam nama ibu bagi memudahkan proses pinjaman di bank.

 Ibu sudah mempunyai Cik Viva, cukup lah. Belum tiba masanya untuk menggantikan Cik Viva dengan kereta lain. Ibu sayang sangat Cik Viva. Kenangan pertama setelah 4 bulan bekerja di tempat kerja sekarang. Dari ibu anak dara, kemudian menjadi tunangan orang dan kini sudah pun bergelar isteri ayah, Cik Viva amat besar jasanya kepada kami. Hari-hari ibu memandu Cik Viva ke tempat kerja walaupun ibu jarang memanjakannya malahan amat jarang memandikannya. T__T

Mengenai kisah pembelian Si Putih, ada sedikit masalah timbul, berpunca dari jurujual kereta yang mungkin kurang pengalaman. Si Putih di beli di Proton Edar. Hari isnin itu, ibu selesaikan semua dan setelah selesai, jurujual berjanji Si Putih akan diterima pada hari Jumaat. Maaf lah Puan Jurujual, andai ibu ada terkasar bahasa tempoh hari. Ibu memang tegas. Bab pembelian sebegini meskipun hanya RM34K, itu adalah jumlah yang cukup besar bagi kami. Mungkin ini juga adalah satu pengalaman buat Puan. Tetapi lapang dada ini setelah semuanya selesai. Alhamdulillah..

Kegembiraan ini pastinya hak milik abah. Kegembiraan abah, emak adalah kegembiraan buat ibu juga.

Kereta baru abah. Kereta raya abah. Hehehehe..


Nota Kaki : Yeayyy...raya nanti boleh pinjam..hihihi..

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code