Bila lambat lagi gaji, tertanya-tanya sendiri, bila lah nak gaji ni. Walhal sudah tahu bila gaji akan masuk tiap-tiap bulan. Mana ada perubahan pun, tetap 1 hb.
Tetapi tatkala hujung bulan menjelang, pasti menghitung hari, tidak sabar untuk tunggu hari esok, esok lagi dan esok hingga lah hari gaji.
Akan tetapi...
Bila gaji masuk saja, laju-laju keluarkan, masuk akaun ini, masuk akaun itu sebab.....................bayar HUTANG. Hehehe..
Nasib badan agak baik sebab hanya perlu membayar hutang kereta dan PTPTN. Oh..PTPTN.. lagi 8 tahun rasanya. Aduhai..lama kan.
Kereta pun, sekadar kereta comel buatan Malaysia. Yang penting, dapat pergi dan balik kerja dengan mudah lebih-lebih lagi sekiranya terpaksa pulang lewat.
Hari gaji lah perlu membereskan bermacam-macam hal terutama HUTANG dan upah pengasuh. Meskipun pengasuh tidak kisah lewat beberapa hari sekalipun, tetapi hati akan resah kerana dia yang menjaga Aisyah. Tidak elok rasanya.
Sudah selesai bab hutang, belanjawan untuk perbelanjaan sebulan pula. Barang-barang keperluan rumah, lauk mentah, barang kering, eh macam-macam la kan. Yang utama adalah susu Cik Aisyah dan barang-barang dia. Lengkap untuk dia, baru lah fikirkan untuk diri sendiri.
Kemudian, mulalah berkira-kira untuk duit makan hari-hari dan duit minyak pergi balik ke tempat kerja. Sekarang ni terasa seakan minyak kereta lebih penting dari makanan. Lebih-lebih lagi tiada pengankutan awam yang khusus di kawasan ibu ini.
Korang macamana? Suka tak hari gaji?
Nota Kaki : Ngada-ngada betul la..