Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Mendapatkan Tong Sampah SWM


Perkara ini sudah lama diwar-warkan oleh SWM. Ye, saya tahu. Akan tetapi, kami sudah duduk di kawasan perumahan ini selama 2 tahun, dan kami boleh terlepas info yang sangat penting macam ni! Siapa yang tidak marah.

Kadang-kadang tu sakit hati baca dalam surat khabar, cth : SINI. Mana tidaknya, orang lain tong sampah berhantar depan rumah, sedangkan kami terpaksa mengangkut sendiri. Angkut sendiri dari pejabat SWM ye. Tidaklah jauh mana, hanya 30 minit dari rumah tetapi hati tetap tidak puas hati. Kenapa kami tidak dapat sebarang memo atau notis?

Ye, kami suami isteri yang bekerja. Kadangkala jam 8 malam belum pulang ke rumah. Yang peliknya, sebaris dengan rumah kami semua tidak dapat, walhal ada juga surirumah. Dan mereka juga tidak mendapat sebarang info. Sedangkan kawasan perumahan yang baru berpenduduk sudah menerima. Kami? Rasa nak bakor jek..


Jiran hadapan, seorang yang berpangkat kakak sudah menerima tong sampah. Rezeki dia tidak perlu ambil tahu apa-apa, tidak perlu ke mana-mana, tiba-tiba tong sampah ada di hadapan rumah.



Saya : Akak, macamana akak dapat tong sampah ni?

Akak tu : Ntah, tiba-tiba je ada. Tapi, tong sampah hitam akak hilang pulak. Agaknye diorang tukar tong sampah hitam tu dengan tong sampah ni kot.



Sejak sebulan yang lalu, sampah di tembok batu pagar (pemaju buat tempat sampah di tembok pagar), tidak dikutip. Sampah kian bertambah dan membuatkan kami rasa tidak selesa. Marah pun ada dan tertanya-tanya, adakah kerana lori sampah tidak lalu?

Saya meletakkan pula sampah yang berlebihan ke dalam tong sampah hitam (beli kat kedai) di luar tembok pagar. Satu hari, pulang dari kerja, terkejut pula, aik...sampah dalam tong sampah hitam tu takde pula. Tapi kenapa sampah dalam tempat sampah (tembok) tidak dikutip? Ketika ini, hati penuh dengan tanda tanya.

Hingga lah di satu hari, hari ahad di mana pekerja swasta seperti kami di negeri Johor tidak bekerja (hujung minggu). Ketika lori sampah lalu dan mengutip sampah dari satu rumah ke satu rumah di lorong kami, saya segera mengeluarkan segala isi perut di tempat pembuangan sampah (tembok).



Saya : Kenapa tak kutip sampah dalam ni?

Pekerja SWM : Ye kak. Kami dan tak bukak dah. Kami kutip sampah yang letak kat luar je. Akak letak dalam tong sampah beroda tu atau tong sampah hitam macam ni pun boleh.

Saya : Eh? Mana nak dapat tong sampah ni?

Pekerja SWM : Akak boleh telefon. Nombor telefon ada kat tong sampah tu.

===================================
..malas cerita panjang..


Hari ahad yang lalu, bersamaan 17.02.2014, kami pergi ke pejabat SWM Johor Bahru dan menuntut tong sampah yang ibu royankan.


Kepada sesiapa yang tinggal di kawasan Johor Bahru yang belum mengambil tong sampah ini, silalah berbuat demikian. Jangan lupa bawa kad pengenalan diri dan bil api/ air sebagai bukti.


1 800 88 7472 - Hot line (KL)

07-335 6000 - JB

SWM Environment Sdn Bhd
No. 6, Jalan Kangkar Tebrau,
Kawasan Kg Sri Purnama,
81100, Johor Bahru, Johor.




Puas hati dah amik..huhu..


Tong sampah ini ada ID sendiri. Setiap tong sampah mempunyai ID yang berlainan. Jika hilang, boleh buat aduan di Balai Polis dan kemudian boleh tuntut ganti rugi di SWM. Akan tetapi, hanya sekali sahaja. Jika hilang buat kali ke dua, pihak SWM tidak akan menggantikan dengan yang baru tetapi pengguna terpaksa membayar harga tong sampah tersebut untuk mendapatkan yang baru.





Nota Kaki : Lama tak up entri, bila up entri..meroyan pulak..haihh



Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. oh..kena tukar ke..sbb takde dapat inform apa apa pun pasal nie

    BalasPadam
  2. macam2 ceritanya sis..susah juga kalau tak di kasi inform kan..btl2 menyusahkan pengguna mccm kita nie kan

    BalasPadam
  3. Sampaikan kena berangkat sendiri..kekadang diorang ni pilih bulu..tapi takpelah..rezeki maing2..asalkan boleh letak sampah dah lepas ni..selesai masalah..

    BalasPadam
  4. Susah juga kalau x dpt info...banyak pulak ceritanya

    BalasPadam
  5. Aku punya juga hilang.
    Tapi rumah aku kat kl.
    Dah buat polis . Cuma tak tahu mana nak dapat tong sampah balik. Harap tunjuk ajar.

    BalasPadam
  6. Aku punya juga hilang.
    Tapi rumah aku kat kl.
    Dah buat polis . Cuma tak tahu mana nak dapat tong sampah balik. Harap tunjuk ajar.

    BalasPadam
  7. Terima kasih kak blog akak sungguh membantu.

    BalasPadam
  8. erm. kawasan perumahan saya inform g tuntut kat balai raya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau gitu pergi balairaya cepat..kalau tak,,kena ambik sendiri pula.
      saya sebab tak dapat information, berangkut la sendiri.

      Padam
  9. sy troz complain hq dy by email. .troz anta kat rumah. .plek gak lorong dpn je dpt lorong blakang x dpt. .info hbuk pown x dpt. .

    BalasPadam
  10. Bagaimana nak mohon tong sampah,masa sy pindah rumah ini sudah tiada tong sampah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pindah rumah di mana? boleh rujuk ajk perumahan, atau ke majlis pembandaran kawasan

      Padam
  11. Nak tanye mohon tong sampah tu kena bayar ape2 x.?

    BalasPadam
  12. Tong sampah hilang..dah buat report..cuma x tau caranya...sebab pergi kat permohonan gantian Tu..dia Minta nombor Siri...masalahnya nombor Siri pun tak ingat...MCM mana ye?

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code