Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Hati Seorang Ibu ~ Teringatkan dia


Pagi tadi, pertama kalinya Aisyah menangis dan memeluk ibu dengan erat. Memeluk ibu tidak mahu lepas. Ibu pass Aisyah ke pengasuh tetapi dia tidak mahu. Memeluk ibu semahu-mahunya.

Pertama kali dia begitu. Ibu temani dia sebentar, sementara pengasuh mengambil bubur sebagai sarapannya, pun bertujuan untuk memujuknya. Mungkin dia lapar di pagi hari berikutan dia tidur dengan nyenyak malam tadi dari jam 8.30 malam. Hanya menjamah beberapa suap nasi sebelum dia tidur hingga ke pagi. Sepanjang dia tidur malam tadi, 3 kali dia terjaga dan meminta susu. Lapar tapi mengantuk.

Tersentuh sangat hati ini melihatnya pagi tadi. Menangis, meraung, memanggil ibu yang meninggalkannya di rumah pengasuh. Pertama kali!!! dia begitu.

Kerja yang semakin menimbun perlu dibereskan tetapi dalam kotak fikiran ibu banyak teringatkan Aisyah. Kenapa?


===========================================


Malam semalam, ibu tidur awal kerana gara-gara sakit kepala dan muntah-muntah. Sila KLIK untuk baca. Aisyah di bawah jagaan ayah, sementara ibu merehatkan badan dan tertidur tanpa disedari.

Di satu ketika, dalam keadaan mamai, ibu mendengar suara ayah memujuk Aisyah di ruang tamu dan Aisyah menangis teresak-esak. Dia tidak meraung, tetapi tersedu sedan sendirian.

Ibu bertanyakan hal itu kepada ayah dan ayah pun bercerita.

"Ayah suruh dia tidur, dia tak nak, nak tengok kartun. Ayah biarlah dia tengok kartun sorang-sorang tapi ayah tutup lampu, tv tu bukak la..tiba-tiba ayah tengok air mata dia meleleh-leleh..lepas tu tersedu-sedu.."

Meleleh airmata ini mendengarnya. Terasa diri ini tidak menghargai waktu bersama anak yang seorang itu. Mungkin dia sedih keseorangan. Ibu tidak pernah membiarkan dia keseorangan, tidak pernah menutup lampu seperti yang ayah lakukan. Paling tidak, ibu akan tertidur di sofa menemaninya menonton kartun. 

Aisyah bukannya jenis tidur lewat. Jam 10 atau 10.30 dia akan mengajak ibu tidur.

"Bu...antuk...do.."

Dan kerana cerita itu, ibu rasa sangat hiba.. dan bertambah hiba hati ini dengan kejadian pagi tadi. Masih terasa pelukan erat Aisyah dan masih terngiang-ngiang tangisannya. Seolah-olah terasa akan kehangatan air matanya.


Oh..hati..


"Ya Allah, Ya Rahman, Kau lindungilah kami sekeluarga dari sebarang musibah. Janganlah Kau menguji diri kami dengan ujian yang tidak mampu kami tanggung.."
Amin..


Muka serabai baru bangun tidur..


Nota Kaki : Bidadari kecil yang kurindui selalu..

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. mungkin dia tengok sesuatu tu...elok2 jangan biarkan dia sendirian...meremang lak eh..huhu...elok2 ye dear :)

    BalasPadam
  2. siannyer aisyah..sentiasa awasi dia sis..

    BalasPadam
  3. aisyah merindui ibu tu bab tu peluk kuat2..tak maw lepas

    BalasPadam
  4. sebak lak bc pasal aisyah ni
    kdg2 budak2 mmg akan jd cam tu
    mayb sllu ibu dia yg temani dia tp bila ibu sakit abah amek alih tu dia rs lain sgt..huhuhu rindu pulak kat anak2 iols...
    cepat sihat ok

    BalasPadam
  5. kena check takut ada apa2 berlaku kat umah pengasuh tu jugak...

    BalasPadam
  6. Aduh... kakak ikut terharu sama pulaklah Mar. Tak apa balik nanti pujuk dan dekat selalu dgnnya..

    BalasPadam
  7. Terharu membacanya.. hati seorang ibu kan.. memang kurang baik biarkan anak kecil sorang diruang tamu dlm keadaan lampu tertutup, pernah terbaca tentang ni dulu.. elakkan la ye..

    BalasPadam
  8. itulah ibu, mama baca pun dah meleleh air mata...

    BalasPadam
  9. kalau dia masih nangis2 tu kena check sis sbb anak pakcik niesa penah mcm tu..semoga akak dan keluarga sentiasa dilindungi ya...amin..

    BalasPadam
  10. alahaaii..sayunya rasa..kalau anak dah biasa dengan kita,lepas tu kita tak sihat dan harus terpisah memang terasa sangat kehilangan..Semoga Emosi Aisyah kembali pulih ye..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code