Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Jalan-jalan Ke I-City


Kilang shutdown bermula pada hari rabu (29.01.2014) setelah selesai berannual dinner. Memang cantik sangatlah sebab balik annual dinner tu dah tengah malam.

Oleh kerana ayah masih bekerja di malam rabu, kami bertolak pulang ke kampung jam 4 petang supaya ayah dapat mengecas baterinya. Jalan lengang, sangat seronok. Tiada apa perlu dikejarkan. Ibu pun boleh ambil alih tugas driver kalau ayah mahu. 2 jam sahaja perjalanan kami.

Kami tidur semalam di rumah emak (Maokil) dan bergerak ke Rawang keesokan harinya (30.01.2014). Kami bertolak jam 8.30 pagi dan sempat singgah di R&R Dengkil untuk mengalas perut.

Sampai di rumah Kak Umi (kakak ibu) jam 12.30 tengahari. Masing-masing lepak dan tidur. Aktiviti juga terhad hari itu sebab masing-masing keletihan.

Malam itu, kami makan di Restoran Hutan Hujan di sekitar Bukit Sentosa. Tidak jauh dari rumah Kak Umi. Makan nasi putih dan lauk pauk yang panas-panas. Ikan siakap masak stim limau, Tom Yam Campur, Sotong Goreng Tepung dan Sayur Kailan. Kak Umi yang belanja malam itu dan harga tidak sampai RM100. Kuah tom yam memang sedap dan pekat.

Ibu dan ayah dapat makan dengan senang hati sebab Aisyah tidur dengan nyenyak di dalam bakul bayi yang disediakan oleh empunya kedai. Memang makan sepuas hatilah.


Tom Yam yang sedap..


Keesokannya pula (31.01.2014) kami meronda-ronda di sekitar bukit sentosa. Kononnya mahu ke pasar pagi, ada jual tudung-tudung dan baju-baju tapi tidak banyak pula yang buka. Mungkin orang ramai bercuti.


Aktiviti Aisyah yang kreatif..jual..jual..


Selepas solat jumaat, kami menyambut hari jadi abah yang ke 60. Sebenarnya, hari ulang tahunnya pada 04.02. tetapi sengaja kami sambut awal kerana kekangan masa.

Aisyah & atuknya..manja sangat-sangat..

Selepas Asar, kami ke Subang, menziarah keluarga mertua Kak Umie. Alang-alang sudah sampai ke rawang, singgah la sekejap. Kami di jamu minum petang.

Aisyah sedang makan jemput-jemput bersama Pakcik Aidilnya..


Destinasi sebenar kami ada lah ke sini!!






Ok lah..layan gambar je.. Cerita lain kali...


Nota Kaki : Balikkkk










Catat Ulasan

9 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code