Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenali Barongan

Assalamualaikum

Kenali Barongan | Pertama kali menyaksikan tarian barongan di satu majlis perkahwinan, agak janggal juga. Ingatkan tarian kuda kepang semata-mata tetapi rupa-rupanya itu adalah barongan apabila beberapa orang penari bertopeng melakukan aksi yang saya kira agak ganas juga. Adat orang-orang lama di situ barangkali. Bukanlah saya terlalu kejam untuk mengatakan ianya ganas tetapi agak tidak bersesuaian dengan majlis perkahwinan, penyatuan dua hati yang harus dirajai. 

Apa itu barongan?

Barongan, atau ada yang menyebut Barong sahaja. Ia digambarkan sebagai raja dari roh-roh serta melambangkan kebaikan di mana Barong ini digerakkan oleh Banas Pati Rajah selaku roh yang mendampingi seorang anak dalam hidupnya. Banas Pati Rajah merupakan musuh Rangda di dalam mitos Bali. Barong sering ditampilkan sebagai seekor singa.

Terdapat 5 bentuk haiwan dalam barong. Salah satunya adalah singa yang bersifat pelindung. Di pulai Bali, setiap bahagian pulau mempunyai roh pelindung untuk melindungi tanah dan hutan masing-masing. Setiap haiwan yang berbeza mewakili satu daerah. Babi hutan, harimau, ular, naga dan singa.








Sebuah kisah Barongan di Kg Sg Nibung di Batu Bapat berasal dari Tanah Jawa.

Menurut sumber, barongan mengisahkan perebutan Puteri Songgo Langit (Puteri) dari Kerajaan Kendiri di antara Perabu Koloo Siwan Donno (Perabu) dan Warok Singo Ludroo (Warok).

Warok yang berasal dari Negeri Bantara datang meminang Puteri tetapi Puteri menolak pinangannya kerana Puteri sudah bertunang dengan Perabu yang merupakan seorang raja. Warok mempunyai fizikal berbadan seperti manusia tetapi berkepala seperti harimau dan mempunyai merak di tengkuknya.

Meskipun sudah ditolak oleh Puteri, namun Warok tetap memaksa Puteri agar mengahwininya. Puteri yang berasa serba salah, telah meletakkan syarat iaitu "saya mahu satu tarian atau persembahan yang belum pernah dibuat dan tidak pernah dilihat".

Patih Bujang Ganong memberi cadangan kepada Perabu agar membuat persembahan Riyok dan telah dipersetujui oleh rakan-rakannya yang lain iaitu Tembem, Pentul dan Joko Taun. Ketika persembahan sedang berlangsung, tidak semena-mena Puteri disambar oleh Warok dan dibawa terbang ke Negara Bentara Angin. Keadaan menjadi sangat kelam kabut dan dalam sekelip mata Puteri sudah tidak kelihatan lagi.

Alat-alat muzik yang digunakan :-
- tanglung
- gendang
- gong

Peralatan lain yang digunakan :-
- kuda kepang
- kepala harimau dan bulu merak (barongan)
- pakaian penari
- topeng muka (yang melambangkan rakan Perabu)


Saya share sikit gambar raja sehari yang dihidangi tarian barongan pada hari itu. Semoga pengantin terus bahagia hingga ke Jannah. Pengantin lelaki merupakan kawan kepada tempat kerja lama en.suami.







Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Menarik... mmg agak popular juga di Johor kan... walaupun saya dibesarkan dlm keluarga bugis, tp ada juga dulu2 tengok Barongan ni oleh msykt jawa.. dah lama sgt dah waktu kecik2 dulu...

    BalasPadam
  2. pertama kali aiza mendengar mengenai tarian barongan ini.. unik namanya..

    BalasPadam
  3. pertama kali juga mama dengar ni mar.. pelik jugak

    BalasPadam
  4. Terkenal untuk orang Jawa punya budaya kan Mar..aida macam pernah dengar dulu..tapi dah tak ingat..unik jugak muzik nya kan..

    BalasPadam
  5. Terkenal untuk orang Jawa punya budaya kan Mar..aida macam pernah dengar dulu..tapi dah tak ingat..unik jugak muzik nya kan..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code