Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Air Untuk Bersuci


Sebelum ini telah diberi penerangan mengenai maksud Taharah<--klik untuk baca.

Kali ini mari kita lihat jenis-jenis air yang boleh digunakan untuk bersuci. Air yang boleh digunakan untuk bersuci adalah air hujan, air laut, air sungai, air perigi, air mata air, air salji dan air embun.

Untuk pengetahuan semua, air terbahagi kepada 4 bahagian di mana pembahagiaan dari sudut hukum, iaitu sama ada ia boleh atau tidak digunakan untuk bersuci.


Kredit to Google

Air yang suci lagi mensucikan

Air mutlak iaitu air yang kekal dengan sifat kejadiannya. Ia ialah air yang suci pada zatnya serta boleh menyucikan sesuatu yang bernajis dengan membasuhnya dan boleh mengangkat hadas dengan berwuduk dan mandi.


Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh

Air musyammas. Kerana air tersebut terjemur di bawah pancaran cahaya matahari lalu menjadi panas. Tetapi apabila air tersebut telah sejuk, hukum makruh pada air tersebut akan hilang.

Dihukumkan makruh di sisi syarak apabila memenuhi 3 syarat berikut:
1- Berlaku di negeri yang sangat panas.
2- Diletakkan di dalam bekas yang ditempa selain daripada emas dan perak seperti bekas besi, tembaga, timah dan bahan galian yang lain.
3- Digunakan pada badan bukanlah pada pakaian, bekas, tanah dan sebagainya.


Hikmah kemakruhan dari segi perubatan : Apabila cahaya matahari memancar pada bekas tersebut, ketajaman pancarannya akan menimbulkan berlemin di permukaan air. Sekiranya ia terkena pada badan dalam keadaan panas, maka ia boleh menyebabkan saluran darah tersekat dan terhasilnya penyakit sopak (vitiligo)
.


Air yang suci tetapi tidak menyucikan yang lain

Air musta'mal iaitu air yang sedikit yang sudah digunakan untuk menunaikan taharah yang wajib dan ia terbahagi kepada 2 jenis:-
1- Air yang telah digunakan pada basuhan yang pertama untuk mengangkat hadas kecil/ besar.
2- Air yang digunakan untuk menghilangkan najis tetapi dengan syarat bukan najis mughallazah dan air tersebut tidak berubah dan tidak bertambah sukatan asalnya selepas bercerai dari tempat yang dibasuh.

Air mutaghayyir ialah air mutlak yang berubah salah satu daripada sifat-sifatnya (rasa, bau dan warna) disebabkan bercampur dengan sesuatu yang lain.


Air mutanajis

Air yang terjatuh najis ke dalamnya.
1- Air yang sedikit iaitu yang kurang daripada 2 kolah, ia akan menjadi najis walaupun najis yang terjatuh adalah sedikit walaupun sifat-sifatnya (bau, rasa dan warna) tidak berubah.

*Ukuran 2 kolah ialah : 1 1/4 hasta panjang, lebar dan tinggi = 200 liter air.

2- Air yang banyak iaitu air yang sampai ukuran 2 kolah atau lebih. Air ini tidak akan menjadi najis dengan hanya semata-mata terjatuh najis di dalamnya tetapi ia akan menjadi najis apabila telah berubah salah satu daripada sifat-sifatnya (rasa, bau dan warna).






 

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. bertambah pengetahuan di hri jumaar yang barakah ni ^_^

    BalasPadam
  2. bagus peringatan dan perkongsian ni
    kadang2 kita jadi lupa
    thanks marr :)

    BalasPadam
  3. mcm subjek sekolah rendah masa lya belajar dulu kat sekolah agama :)

    BalasPadam
  4. Kakak rasa sekolah agama tempat kita utk darjah 4 ada belajar tentang air ni kan Mar..

    Kena tahu apa lagi bila mandi wajib. Air selain air mutlak tak sah digunakan utk mandi wajib. Berhati-hati sebab mudah menjadi mustakmal yg buat mandi tak sah dan melibatkan ibadah lain terjejas..

    BalasPadam
  5. Bagus Mar..dapat segarkan balik yang belajar dulu2..masa anak2 dara kaksura kecil2 dulu diarang slalu nyanyi pasal air yang boleh dibuat bersuci ni..teringat pulak time diarang belajar kat Pasti..:)

    BalasPadam
  6. cuci ingatan saya ;)

    terima kasih...

    BalasPadam
  7. perkongsian yg bermanfaat kak..salam jumaat.. :)

    BalasPadam
  8. Refresh semula ilmu mse blaja dlu

    BalasPadam
  9. Refresh semula ilmu mse blaja dlu

    BalasPadam
  10. Refresh semula ilmu mse blaja dlu

    BalasPadam
  11. Refresh semula ilmu mse blaja dlu

    BalasPadam
  12. Refresh semula ilmu mse blaja dlu

    BalasPadam
  13. info yang sangat berguna..baru teringat balik time belajar agama dulu..kalau tak, memang dah lupa semuanya..huhuhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code