Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Sakit Bibir


Rentetan bibir pecah, dan kemudian pecah buat kali kedua ketika sedang seronok melompat menonton Hi-5 di hadapan ibu. Ibu lebih berhati-hati memantau dia ketika dia galak melompat. Ketika ibu sibuk di dapur memasak, dia gemar melayan Hi-5 sambil melompat keriangan.

Gara-gara bibir pecah, bila disuruh makan, dia akan menjawab 'taknak' dengan pantas. Makan dua tiga suap sahaja. Selebihnya minum air. Dengan gigih ibu menanak bubur untuknya. Reneh sup ayam kesukaannya. Siap rebus ketupat segera lagi. Mempelbagaikan juadah dengan harapan dia akan makan salah satunya.


Ibu : Aisyah nak makan?

Aisyah : Nak..nak..mee..nak mee.. (buat muka comel...melting habis..)

Ibu : Kita makan nasik (ketupat nasik) eh..

Aisyah : Yeay..makan nasik..


Bila dihidang, dia makan sedikit. Selebihnya hanya melihat ibu makan dan kemudian membuat gaya betapa sedapnya juadah tu


Aisyah : Emmm..nyum..dappppp ibu..(melting again + kesian..)

Ibu : Aisyah nape tak makan? Ibu suap ye..

Aisyah : Taknak..mulut akit..

Ibu : Makan pelan-pelan. Sikit je sakit tu.

Aisyah : Taknak..akit..akit.. Ibu, nak mee...


Kebetulan stok bihun sudah habis di rumah. Mahu keluar kereta tiada. Ayah guna. Ibu rebus sahaja mee segera tanpa perasa. Rebus kosong dan akan dikuahkan dengan sup ayam.

Bila mee dihidangkan, eh..eh..terus hilang sakit mulutnya. Ermmm..



Kredit to Google



Nota Kaki : Tidak mahu komen lebih-lebih mengenai Puan Lola dan anak OKU nya..wallahuaklam..moga kita saling bantu membantu..


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Sedapnya kak makan nasi impit dgn sup ayam...menu baru...boleh try kasi kat anak lak :)

    BalasPadam
  2. alahai ciannya Aisyah..nanti bibir dah betul2 baik..mesti makan banyak2 tau!

    BalasPadam
  3. alolo sian aisyah..
    smga cepat sembuh ye sayang..

    BalasPadam
  4. Oh... dah tahu rahsianya Aisyah suka mee. Sanggup tahan sakit kalau makan mee. Kesianlah Mar. Dah sapu bonjela ke spray glister tak...

    BalasPadam
  5. CIAN DIA.. T MKN BYK2 BILA DAH OK NAAA..

    BalasPadam
  6. Suka mi rupanya dia... sakit bibir pun hilang bila nampak mi ya!

    BalasPadam
  7. wahh..aisyah suka mkn mee ye..terus xsakit..hehe..

    BalasPadam
  8. anak kecil mmg pandai memilih sekarang nie..

    BalasPadam
  9. Aisyah suka mee rupanya... cian dia, sakit mulut nak makan... anak2 kecil pun kadang dah pandai pilih makanan yang dia suka... :)

    BalasPadam
  10. Alaahai cian dia sakit mulut ekk...tapi takper masih berselera nak makan...tak kisahlah mee pun...janji kenyang..

    BalasPadam
  11. salam ziarah Mar...
    kerenah anak kecil...sabar jelah....
    dah besar nanti..lain pulak caranya..hii

    BalasPadam
  12. Cianlah... terlupa seketika ttg sakit tu bila ada makanan yg menyelerakan.. :)

    BalasPadam
  13. Oooo pandainyeeee dieeee..nk mee jugak yee..;)

    BalasPadam
  14. mee maggi tu kegemaran abang abdul juga aisyah..hihi

    BalasPadam
  15. bila bibir pecah mkn pun tak selera sbb pedih

    BalasPadam
  16. kesian sakit mulut..anak saya dulu sakit mulut sampai tinggal puting..

    BalasPadam
  17. Kesiannya Aisyah..semoga cepat sembuh ye sayang..kesian dia tak dapat menikmati makanan dengan sepatutnya..huhuhu

    BalasPadam
  18. Alahai.. Kesian dia.. Mga cpat smbuh..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code