Pagi-pagi Memang Sibuk

By Mar Mansor - 2:00 PTG


Biasanya entri dah stanby. Autopublish. Tu yang pagi-pagi dah publish. Tapi, sejak line celcom macam siput, malas pula nak update. Mood sama lemau macam line internet.

Biasa pagi-pagi, masuk kerja je memang sibuk. Sarapan dulu sebelum mula kerja jam 8.30 pagi. Pagi tadi, datang lambat. Kemalasan yang amat. Scan ID pun jam 8.21 pagi. Naik office dah 8.28 pagi. Makan lah sarapan laju-laju.

Lepas tu banyak certificate nak kena prepare. MDR nak submit. Pagi-pagi ada barang nak release. Rutin harian. Jarang dapat bersenang lenang. Turun naik tangga dari satu department ke satu department. Menapak dengan safety shoes dan jacket. Dah biasa. Tapi, pun tak kurus-kurus. Huhuhu..

HOD cuti seminggu tapi kalau dah nama kerja kan, mana pernah habis. Production tu tetap beroperasi. Barang tetap release ikut ETD. Pemangku HOD pula gi Batam 2 hari. Hari ni dia MC, ibu suspect darah tinggi dia serang lagi kot.

Bila memasing takde, kerja pula banyak, bertambah tekanan sebab kena kejar masa. Kena minta signature orang lain. Kadang-kadang, bila malas nak ngadap muka HOD department sebelah, muka director, rasa cancel je nak jumpa mereka. Mereka pun bukan selalu ada di office masing-masing. Sign je sendiri. Setakat certificate. Kalau yang lain tak boleh lah. Stress.


Sempat lagi tido kot...zzzZZZ..hahah..
tersedak bos ibu yang tengah berholiday tu..

=================================================




Bandung soda ni memang kick..sedap minum dalam cuaca panas..






Nota Kaki : Takper...kerja kena ikhlas, bak gaji kita 5K sebulan..






  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. Betul betul busy ye mar... bandung soda tuh sdap

    BalasPadam
  2. bandung soda...bulan posa mesti ada air bandung..:)

    BalasPadam
  3. kdg2 letih gak kan buat benda yg sama ja hr2 :)

    BalasPadam
  4. lama tak pekena bandung soda..

    BalasPadam
  5. hehe..lama2 naik 5k la Mar..orang rajin..hee..sedapnya bandung soda tu..ni yg rasa nak buat ni..:)

    BalasPadam
  6. nak tido pon sempat ambik gambar ye mar....buat keje kena sabo hehe

    BalasPadam
  7. nasib baik dia dah mention tak kurus - kurus juga ... heheeee

    BalasPadam
  8. sedapnya bandung soda itu :)

    BalasPadam
  9. Klu bulan puasa nanti, mesti teringat2 bandung soda tu.. :D

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.