Ragam Tempat Kerja

By Mar Mansor - 12:00 PTG


Saban hari menghadap komputer jenama Dell flat skrin ni membuatkan ibu rasa nak muntah. Berpinar biji mata tengok numbering. Bosan kan. Tapi, rezeki di sini, teruskan selagi daya.

Bersafety shoes, berjaket warna biru tua, bert-shirt kolar hitam ada line oren. Hari-hari begitu. Tetapi, penampilan wajib jaga. Meskipun begitu, tetap kena maintain cun. Tak bermakna pula, istilah cun itu wajib menepek bedak sekilo bersama warna-warni meriahnya raya.

Office terletak di belakang, dekat dengan production plant. Dah nama QAQC, takde makna duduk office depan. Perlu juga mengharung production area jiran tetangga yang majoriti adalah lelaki. Perempuan memang takde as operator sebab kami bukan electronic sector.

Kantin, memang takde. So, biasanya kami akan keluar waktu lunch. Kalau tak keluar, lepak jelah diam-diam kat office. Jarang lepak waktu lunch, sebab kena siapkan kerja dengan kadar segera disamping blogwalking. Office ni takde pantry, takde air panas, takde apa-apa. Kalau teringin hendak minum air panas, silalah tunggu van biru tua yang biasanya akan sampai di hadapan kilang jam 10 pagi dan 3 petang. Sanggup ke ko nak pergi pantry di office depan tu semata-mata mahu buat air panas? Tak kuasa..

Staff di belakang memang dianaktirikan. Dipandang sebelah mata. Oh..tidak mengapa. Hadap sahaja demi sesuap nasi.

Dulu, ada gerai di corner jalan (belakang kilang). Kalau terasa nak minum minuman berais, lari kejap ke gerai tersebut. Tak kelaur lunch pun takpe. Makan kat gerai tu. Ok je. Sekarang, gerai tu sudah tidak wujud, sudah dirobohkan. Katanya, majlis bandaraya yang minta robohkan. Maka, hilanglah tempat untuk kami melepak minum kopi.


Baru dapat email dari management, Hari Raya shutdown. Cuma PH yang sedia ada iaitu isnin dan selasa. Sabtu dan ahad, confirmlah memang cuti (staff). Hew..hew..



Nota Kaki : Banyak nak cite tapi step by step lah..



  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. demi sesuap nasi Mar..

    emm kita pn qa.
    rasa nk berenti je..customer reject kita plk salh.

    BalasPadam
  2. Sabarlah..kitorang org opis ni kalau turun whse mmg merungut je, panas lah, debulah..wlhal dorang relak je kan..

    BalasPadam
  3. Tapi kakak rasa Mar seronok dikelilingi teman yg sama satu idea kan. Macam kakak ni kat office sensorang dlm bilik boring sebenarnya. Sebab kakak pernah kerja lepas STPM (tunggu keputusan periksa)kerja di makmal sebagai QA seronok ramai-ramai buat experiment... sample ambil dari production.

    BalasPadam
  4. lebih kurang sama jugak situasi kat sini...pepagi dah beli sarapan siap2 smpi ke tengahari..kekadang je keluar makan...tp pantry kat sini adalah walau taklah sehebat pantry2 company lain

    BalasPadam
  5. bertabah... tu jer mampu ungkapkan sbb kat cni pon, pressure mcm2 cuma mampu senyum sbb ada kawan2 yg hebat ;)

    BalasPadam
  6. moga sentiasa tabah harungi hari mendatang.

    BalasPadam
  7. sabar ya sis..demi mencari rezeki yg hahal tabahkan je hati

    BalasPadam
  8. untung la..bw la either air sendiri akk xleh ke?

    BalasPadam
  9. permata biru : bawa air msak jela..
    dalam opis pon asap jelaga leh masuk..arini bersih..esok pg tengok meja cam ada itam2 sket..

    BalasPadam
  10. Oh, boleh terasa seksanya! Tapi alah bisa, tegal biasakan :) Saya yang lama kerja di sini pun dah buntu nak cari port makan. Jemu dah hari-hari pergi tempat yang sama.

    BalasPadam
  11. Samalah kita Mar... jumpa lelaki2 saje kat tempat keje... tapi situasi opis nrl berbeza sikit... kitorang kat dalam opis ni cuma brp orang je, yang lain semua base kat site... :)

    BalasPadam
  12. Menarik penceritaan Mar tentang kerja..tapi tetap menarik walau di anak tirikan sebab masih punya ramai orang disekeliling..macam aida, office kecik..2,3 orang je yang ada waktu petang..selebihnya Bangla dan Bosses yang sibuk waktu pagi..hehehe

    BalasPadam
  13. Dugaan biasa ditempat kerja.. Mcm2 ragam manusia...tapi itu tmpat kita mncari rezeki... Maka ada syukur jika diuji...

    BalasPadam
  14. demi sesuap nasi kan..kepayahan di tpt kerja ditelan aje..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.