Luahan Hati

Realiti Itu Memedihkan

2:00 PTG


Selesema dan batuk belum kebah sejak minggu lepas. Penyakit yang berjaya hinggap selepas jamuan hari raya ala kadar. Setiap hari bersemangat ke tempat kerja, siapkan kerja dengan gigih, takut terMC kerana demam. Tapi, berjaya bertugas hingga hari ini. Tapi, hari ini, dari pagi kepala dah ting tong. Mata rasa pedih-pedih dan terasa mahu tidur.

Lepas makan tengahari tadi, bersungguh-sungguh cakap kat seorang rakan (lunch sesama), nak tidur lepas lunch. Tapi, sampai ke sudah mata tidak mahu tidur. Kepala memang ting tong, rasa nak balik rumah sekarang juga. Aduhhh.. cepatlah jam berputar ke angka 6. Tak larat rasanya.


Kredit to Google




Islam Agamaku

55 Amalan Sunnah Rasulullah

9:00 PG


1. Pandangan Mata
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2. Makan Garam
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. Minum Tangan Kanan
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. Sesaat Di Jalan Allah
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. Langkah Kanan
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. Makan Tiga Jari
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. Jaminan Allah
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. Gunting Bulu
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. Jangan Bersiul
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. Cara Potong Kuku Kanan
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. Cara Potong Kuku Kaki
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. Panjang Lengan Baju
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. Pakaian Kesukaan
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. Bersiwak
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. Doa Dalam Sujud
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. Adab Di Tandas
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. Adab Makan
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. Tiga Jenis Orang
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. Pakai Minyak Wangi
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. Ambil Wuduk Sebelum Tidur
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. Cincin Perak
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. Solat Fardhu Di Masjid
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. Pakai Celak
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. Panjang Pakaian
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .
25. Solat Sunah Berjemaah
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. Menguap
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. Menyimpan Janggut
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. Jangan Menghadap Kiblat Ketika Buang Air
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. Warna Pakaian Rasulullah
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. Posisi Tidur
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. Minum Lepas Makan
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. Tidur Sebelum Zohor
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. Berdiri Hormat
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. Pakaian Berwarna
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. Makan Dengan Orang Miskin
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. Menu Rasulullah
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. Pemberian Yang Tidak Boleh Ditolak
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. Ketawa Rasulullah
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. Minuman Rasulullah
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. Hisap Air Dalam Hidung
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. Beri Makan Anak Yatim
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. Larangan Pemakaian Cincin
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. Bangun Tidur
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. Kongsi Makanan
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 Rakaat Sebelum Zohor
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. Istighfar
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. Jangan Mencaci Makanan
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. Apabila Bertamu
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. Jawab Salam Dalam Tandas
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. Makanan Panas
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. Giliran Minum
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 Amal
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. Jangan Tidur Meniarap
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. Cara Pegang Miswak
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.


55. Dua Rakaat Sebelum Subuh
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.



~wallahuaklam



Luahan Hati

Baik & Buruknya

3:15 PTG


Awek cun buat peace ~ Kredit to Google


Aku tahu dia tak puas hati. Dari cara dia bercakap, aku tahu ada perkara yang membuatkan dia tidak puas hati. Tapi, aku tidak pula bertanya. Padaku, itu hak dia.

Aku pernah katakan sebelum ini, walau apa yang kita lakukan, tak suka pun, janganlah sampai tutup periuk orang lain. Kan ramai tu kawan-kawan kita kerja di sini, mencari rezeki di sini.

Tapi, jawapannya sinis.

Ya, memang orang cakap rezeki ada di mana-mana. Tapi...aku tetap heran bin ajaib.

Kenapa masih betah di sini? Nak mencaci pun berpada-pada.

Tapi, apa yang aku hendak cakapkan, walau seburuk mana pun yang dia tak suka tu, dia tetap makan gaji di sini. Walaupun aku sendiri akui, ada setengah perkara aku tak puas hati tapi tidak lah sampai aku terlalu jaki untuk berkata begitu.

Aku masih lagi sedar, dari duit aku bekerja di sinilah juga aku dapat membayar bulanan kereta, makan, pakai, susu anak, bayar hutang ptptn dan macam-macam lagilah. Dan setiap awal bulan jugalah aku menunggukan duit gajian aku itu masuk ke dalam akaun.

Tipulah kalau aku cakap aku tak merungut. Korang pun tahu, ada masanya aku pun merungut di sini sampai korang rasa nak muntah hijau dengar rungutan aku tu.

Alhamdulillah, aku tidak sejauh itu mahu mengutuk. Aku sedar aku masih lagi mencari rezeki di sini.

Moga aku dapat berubah ke arah lebih baik selepas ini.

Yang baik jadikan pedoman. Yang buruk jadikan tauladan.


~Wallahuaklam..




Nota Kaki : Perjalanan hidup ini bak melalui ranjau yang penuh duri..




Info

Niatkan Ketika Berwuduk

9:00 PG


Ketika ambil wuduk niatkanlah dalam hati,

Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

kredit gambar ~ cikguilhamikhlas



patriotik

Cantik sajak Pak Samad nii....

9:00 PG


SAJAK NUKILAN A. SAMAD SAID

TAJUK SAJAK...HAI MELAYU..

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....


SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57-SAJAK KEMERDEKAAN.

Info

Alasan MC

2:00 PTG



3 alasan utama :

- tiada mood untuk bekerja

- berasa penat

- untuk menghadiri temuduga pekerjaan lain.


Ada tak yang pernah buat macam ni? Cepat ngaku..hahahaha..







Makan Gaji

Open House Kami 1435H

9:00 PG


Di penghujung Syawal, jari ligat menaip entri tertunggak dek kerana terlalu perasan sibuk akhir-akhir ini. Mana tidaknya, cerita raya yang tidak habis selagi Syawal tidak melabuhkan tirainya.


20 Ogos 2014 - Open House tempat kerja. Jamuan makan jam 5.30 petang. Menu, nasi beriani kambing, sate, nasi kuning, kuah kari dan kuih muih. Air, oren sunkist pekat meleseh sebab tak campur air batu.
~ tiada gambar sebab memang malas ambil gambar (blogger menda la tak suka amik gambo).

Gambar posing di pagi hari sebelum memulakan kerja.


21 Ogos 2014 - Malam itu kami adakan sedikit jamuan hari raya. Majlis bermula dari 8.00 malam hingga 12.00 malam. Cuti setengah hari untuk projek masak memasak.

Nak kata rumah terbuka tu tidak lah sebab tidak terbuka kepada semua sangat. Makanan pun bajet-bajet untuk tetamu yang hadir. Kami jemput saudara mara terdekat, sebelah ibu, sebelah ayah, jiran-jiran terdekat yang tidak pun mencukupi 44 buah rumah. Ampun. Sahabat handai yang rapat dengan ibu. Itu sahaja. Lebih kurang 60 orang semuanya.

Dek kerana Syawal pun sudah di penghujung, alang-alang jemput semua yang mahu jemput. Nak jemput sikit-sikit, penat pula nanti bila masak banyak kali.

Menu malam itu, nasi mentega kismis, ayam masak sambal merah, rendang daging istimewa, nasi impit, lodeh, sambal kacang, agar-agar koko dan air oren sunkist. Gigih memasak sensorang hinggalah emak sampai lebih kurang jam 2.30 petang. Beria-ria dia ajak ibu masak lodeh dan sambal kacang. Wohooo memang best bila mak tolong, semakin galak ibu memasak.

Tetamu yang hadir ~ rumah kecil kami





Aisyah mengamuk sakan bila emaknya (pengasuh) balik. Aisyah mahu ikut. Meraung tak henti-henti. Berejam juga. Malu pada tetamu yang hadir. Bila dia sudah ok, memang ligat tidak terkawal pula.




Nota Kaki : Tertunai juga hasrat untuk menjamu tetamu..



Aisyah Humaira

Dah Jauh Tertinggal

1:19 PTG


Jauh sudah tertinggal cerita ceriti kawan-kawan semua. Kalau tidak, korang semualah penawar duka bagi ibu, senyum, gelak, geleng sorang-sorang depan PC.

Bulan ni agak sibuk. Sibuk beraya setiap malam hingga nak on PC di rumah memang tak. PC dipandang sepi dan akhirnya tertidur tanpa update apa-apa cerita. Blog menjadi sepi.

Di tempat kerja, kerja tengah banyak. Ada saja kerja yang perlu diselesaikan. Ala, final inspection, memang tak dapat lari. Kasi settle cepat-cepat semua tu.

Cerita ceriti korang yang sudah lama ibu tidak baca, tidak komen akan ibu terjah satu-satu. Tak janji sepenuhnya tapi akan mencuba.


Belanja gambar Aisyah


Nota Kaki : Jangan lupa join segmen Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia. Hadiah dari ibu selaku seponser sangat sepesel..^___^



Makan Gaji

SMI Asia Australia - Document Filing & Administration

1:39 PTG


Kisah minggu lepas, 14 & 15 Ogos 2014. Menghadiri kursus selama 2 hari di Hotel Grand Paragon JB. Memandangkan ibu hanya ada Dip in Electrical Engineering, memang jauh bidang dengan kerja sekarang ni. Peluang sebegini hanya dapat bak rezeki terpijak. Yang penting, niat untuk perbaiki diri dan yang mahal adalah sijilnya.



Pemandangan di lobi

Dari luar bilik seminar, sekitar bandar JB yang kelihatan.

Dalam toilet

Lunch di sini..makan memang sedap-sedap..


Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan kumpulan ibu pasti under Production (manufacturing). Muka-muka inilah yang satu kumpulan dengan ibu.
 Aktiviti berkumpulan. Bagi pendapat walaupun tak bernas.


Sesi bergambar di hujung waktu. Semua tersenyum setelah sijil diperolehi. Muka-muka yang menyertainya. Ada dari kawasan Pasir Gudang, Tebrau, Simpang Renggam pun ada.


 Ibu nampak gemuk!!! T___T
Winnie (tengah), our facilitator

SMI Asia Australia menganjurkan pelbagai kursus lagi. Sepanjang 2 hari menghadiri kursus, tidak membosan kan dan trainer menerangkan dengan jelas dan teliti.

Kelebihan menghadiri kursus bersama SMI, kita akan dapat satu sijil dan kita boleh mengulangi kursus yang sama dalam tempoh masa tahun.

** ONE (1) Training Report Card for Training Implementation and Tracking **
** Free Repeat Learning Sessions within (5) FIVE Years **

Silalah ke www.smiasia.org untuk maklumat lanjut.

Boleh juga telefon di talian 1300 88 0031 atau faxkan ke nombor 1300 88 0038.








Aisyah Humaira

Aisyah Dapat Adik

12:00 PTG


Bayinya sedang lena di atas tilam. Wajah suci itu direnung sayu. Menilik kesalahan apa yang telah dilakukan oleh bayi itu. Hari ini dia membelek badan bayinya lagi. Kesan lebam-lebam ada lagi. Yang semalam belum lagi hilang, hari ini sudah bertambah.

Hatinya bagai dirobek-robek. Pedih. Pilu. Kasihan pada buah hatinya itu.

Airmatanya tumpah jua tatkala mengenangkan perilaku tidak bermoral itu. Apakah salah yang dilakukan oleh bayi itu hingga ada yang sanggup meninggalkan kesan sebegitu. Tidak kasihankah orang itu? Duit mahu, jaga ala kadar sahaja. Mana boleh macam tu.

Anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari, menahan sakit berjam-jam lamanya ketika saat melahirkannya, malah berpantang lagi 44 hari dan bersengkang mata menjaganya.

Begitu mudah orang luar menjentik anaknya bagai barang tidak bernyawa. Kalau anaknya itu sudah besar, mungkin boleh diterima. Bayinya baru berusia 3 bulan. Masih terlalu kecil, malah tidak mengerti apa ada disekelilingnya. Yang dia tahu, menangis, menangis dan menangis.

Kalaulah diberi pilihan, dia mahu mengasuh bayinya sendiri. Tapi, pilihan itu masih jauh untuk digapai. Dia perlu bekerja. Mahu diharapkan gaji suaminya, apalah sangat. Sewa rumah, ansuran kereta, lampin anak, semua itu memerlukan wang. Dia belum bersedia untuk berhenti bekerja lagi. Usia perkahwinannya juga masih muda. Dan dia redha kerana dia sedar yang dia bukan dari orang yang senang.

============================================


Bermula semalam (Isnin), seorang bayi perempuan berusia 3 bulan diasuh oleh 'emak' Aisyah. Jauh juga dihantar dari Taman Scientex ke Taman Rinting.

Dari sudut hati kecil ibu, ibu sudah mula tidak selesa apabila pengasuh suda bertambah asuhannya. Bermula dari Aisyah seorang, kemudian bertambah seorang dan kini sudah ada 3 orang semuanya. 

Ibu tahu niat pengasuh untuk membantu orang lain, tetapi ibu yang tidak selesa dan mula berkira-kira untuk mencari pengasuh lain yang kalau boleh hanya mengasuh anak-anak ibu sahaja. Manalah tahu Aisyah dapat adik lagi, kena fikir panjang untuk hantar ke mana pula.

Aisyah jeles. Semalam petang, dia tiba-tiba dedar dan merengek tak sudah-sudah. Pengasuh kata, Aisyah tak suka bila bayi itu diribanya. Aisyah suruh bayi yang tidak tahu apa-apa itu ke tepi. Aisyah sukakan baby tapi mungkin kerana dia tidak sihat, dia berperangai macam tu.




Nota Kaki : Teringin nak duduk di rumah mengasuh anak..




Blog Janji Kita

Akibat Kedekut

12:50 PTG


Bila IT dept dah setting macam-macam, beginilah kelihatan blog ibu. Tiba-tiba rasa takde feel nak tengok blog sendiri.

Takpe, takpe, balik nanti online puas-puas.



Nota Kaki : Focus on job..


Makan Gaji

Salam Isnin

8:45 PG


Pagi ni hanya sempat ucapkan salam buat semua rakan. Minggu lepas agak sibuk.

Sibuk ke sana ke mari ada hal perlu diselesaikan.

Sibuk ke sana ke mari menghadiri majlis rumah terbuka. Terkejar-kejar mengejar masa. Sampai ambil gambar pun dah malas. Lagi-lagi handset cokia tu memory asyik full memanjang. Hang pon iye kadang-kadang. Sabar-sabarlah kalau nak buat hal pun ye, tuan kamu ni tak cukup duit nak beli baru lagi.

Banyak cerita nak dikongsikan tapi..nanti dululah.

2 hari menghilang menghadiri kursus, kerja di pejabat banyak tertunggak.

Report oh report.. OME..

To do list..perlu settle kan segera. Daaa...



Nota Kaki : Terjah rumah korang bila free nanti..

Makan Gaji

Kembali Bekerja

8:38 PG


Setelah 2 hari meninggalkan meja ini, akhirnya kembali ke tempat asal. Sabtu. Separuh hari. Ohhh.. Redha..

Masa untuk praktiskan ilmu yang diperolehi semasa berkursus. Aiceceh..

Apa-apa pun terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah di blog ini.

Masa untuk bekerja.



Luahan Hati

Diam Itu Lebih Baik

8:30 PG


Cerita Kak Acik mengingatkan aku akan soalan cepu emas yang aku sendiri alami.

Bukan mengeni jodoh.
Bukan mengenai anak.
Bukan mengenai tambah anak.


Tapi mengenai...


Bila nak beli kereta besar?
Kenapa tak hantar anak kat si anu tu?
Hantar anak ke orang yang sama ke lagi?

Emm..tu je kot..

Semuanya itu aku sudah lali hingga malas untuk menjawab untuk kali ke 133 kalinya. Ok tipu... Jawapan telah kuberikan dengan jujur dan ikhlas setiap kali kita bertemu.


Bila nak beli kereta besar?
Mulut : In sha Allah andai ada rezeki kami, adalah.
Hati : Eh..aku kot yang bayar kereta tu, bukan ko.


Hantar anak kat orang yang sama ke lagi?
Mulut : Ya..alhamdulillah pengasuh jaga anak ok.
Hati : Kenapa perlu tanya?? ~blurr


Kenapa tak hantar anak kat si anu tu?
Mulut : Anak dah serasi dengan pengasuh sekarang ni.
Hati : Bapak jauh giler aku nak pusing semata-mata hantar anak aku kat si anu tu. Pergi hantar dan patah balik ke tempat kerja adalah 1 jam. Berbanding sekarang ni, 15 minit. Gile.. Lagipun takde masalah dengan pengasuh sekarang. Ermmm..
(Patutlah tanya 'Hantar anak kat orang yang sama ke lagi?'..)



Sekadar luahan hati...kalaulah aku belum beli rumah, maka secara automatik soalan cepu emas itu akan bertambah.

Mungkin bagi orang lain, ini kelihatan biasa. Tetapi, aku yang mengalaminya dan sangat memahami mereka yang bertanya ini. Bukan soalan biasa. Bukan.

Aku, bila menjawab pertanyaan sebegini akan jawab secara berhemah meskipun dalam hati adakalanya sakit. Mahu best lagi, aku akan motivasikan mereka semula.



Nota Kaki : Saat entri ini dipublish, aku di dalam dewan menghadiri training selama 2 hari.


Ayah

Hari Ke-2

12:30 PTG


Hari ni hari ke-2 ayah kena ambil darah. Bermula hari isnin, ayah mengadu yang dia sakit tekak. Lelangitnya kelihatan merah menyala. Semalam pula dia mengadu badan terasa letih yang amat dan rasa sejuk-sejuk badan.

Semalam, ayah ke KK Masai. Doktor yang merawatnya terus minta ayah ambil darah dan keputusan darah ayah menjurus kepada suspek denggi.

Hari ini, ayah perlu ke KK lagi untuk ambil darah. Harap ayah tidak ada apa-apa.



Nota Kaki : Silent mood today

Makan Gaji

KWSP dan Open House

8:30 PG


12.08.2014 - KWSP datang ke tempat kerja kami a.k.a kilang tempat ibu bekerja. Niat mahu buat penama sudah berzaman tapi malas mahu ke KWSP. Mujur mereka ada datang, maka tidak perlu bersusah payah ke sana. I-akaun sudah lama ada, setakat check kemasukan caruman setiap bulan tu tiada masalah.

Isi borang

Akak tudung biru ni, inventory executive, tapi muka dia iras-iras muka ibu. Semua orang cakap macam tu.

Ni beratur nak aktifkan I-akaun.


=======================================

Selesai proses yang tidak sampai 10 minit ni, ibu tunggu 2 orang rakan sekerja ibu pula. Buat-buat sibuk ambil gambar sebab masa ni hampir waktu lunch.

Loceng bunyi, lepaskan nepal-nepal keluar, kami pun selamba keluar juga (waktu rehat ibu as a staff tak sama sebenarnya).

Hala tuju kami adalah ke rumah seorang anak dara seksyen sebelah yang buat open house waktu lunch. Makan free wehh, lajulah kami. Hehehe..


Makanan yang ibu ambil untuk disantap. Malas nak bangun 2,3 kali.

Tuan rumah yang bertudung hijau itu.



Nota Kaki : Sapa lagi nak buat open house? Sila jemput..kih2..


Info

Tips Memisahkan Bayi Dari Buai

9:35 PG


Ihsan En.Google

Buai kadang kala menjadi satu benda penting untuk ibu bapa. Meskipun telah sematkan niat, berkobar-kobar semangat untuk tidak mahu ajar anak berbuai. Alasan biasa yang kita dengar, susah nak berjalan nanti. Kena angkut buai pula. Ya betul tu. Tidak salah berwawasan.

Kadang kala semangat yang disemai kian luntur apabila anak yang dijaga, ditatang bagai minyak penuh tidak mahu tidur di tilam. Dodoi hingga pengsan pun tidak mahu juga tidur malah semakin galak menangis. Saban hari jugalah ibu dan bapanya sembab-sembab mata tak cukup tidur sebab anak meragam.

Kalau ayat mak-mak kita biasa didengar, "Masuk je buai..biar dia tidur nyenyak..ko pun kerja. Penat.."

Ada betulnya cuma kita kena bijak menggunakannya. Menggunakan buai tidak salah, jangan sampai kita terlebih mengharap pula. Cuba pisahkan buai dan anak secara perlahan-lahan. In sha Allah akan berhasil. Contoh, bila anak sudah nyenyak, pindahkan ke tilam dan tepuk punggunggnya perlahan dan belailah dia agar dia rasa selesa.

Ada pula kata-kata biasa yang lain.."Eh jangan ajar buai nanti terbiasa..susah nanti nak berjalan. Kena angkut buai.." Ya, ini juga betul. Tetapi seperti yang ibu katakan tadi, gunakan secara bijaksana.

Situasi setiap ibu bapa adalah berbeza. Tidak sama. Ada anak yang mudah dijaga. Minum susu, tidur. Minum susu tidur. Ada anak pula celik mata menangis, menangis. Esok ibu bapanya mahu ke tempat kerja. Situasi tempat kerja setiap orang juga berbeza. Mungkin ada yang dapat team yang tidak kisah dan mungkin juga ada team yang mungkin tidak faham dengan masalah kita.

Mata mengantuk, mahu memandu ke tempat kerja, mahu bekerja 8 jam dan mungkin juga lebih. Memandu kalau 10 minit mungkin tidak apa. Kalau memandu di tengah kesibukan hingga kadang kala sejam dua baru sampai, naya je kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini.

=================================

Teringat kisah yang diceritakan oleh jiran mengenai anak seorang kawannya. Tali buaian putus dan bayinya terhentak ke lantai. Hingga sekarang, umur bayi tersebut telah menginjak setahun setengah tetapi dia hanya mampu terbaring. Kasihan mendengarnya.

Berhati-hati dengan penggunaan buaian bayi.

Pastikan buaian kukuh.

Pastikan juga di bawah buaian perlu dialaskan dengan tilam.

Untuk lebih selamat, gunakan spring buaian yang berkualiti dan banyak (5 spring untuk satu buaian).


Malang tidak berbau. Apa yang kita perlu titikberatkan adalah berwaspada dengan persekitaran. Jadikan suatu kisah itu sebagai pengajaran. Semoga kita dilindungiNya.



Nota Kaki : Setiap yang berlaku adalah ketentuanNya.. Alhamdulillah Aisyah tidak berbuai..




Aisyah Humaira

Raya Sikit-Sikit

12:13 PTG


Setiap tahun staff di tempat ibu bekerja akan melancarkan 'Ronda-ronda Raya'. Rumah-rumah yang mereka serbu, satu malam 4 biji rumah. Siapa mahu join, silakan.. Rondaan mereka sudah mula dari jumaat lepas.

Dulu-dulu, ibu rajin juga ikut. Sejak 2 tahun lepas, tidak dah. Staff semakin ramai, ajak-ajak ayam pon iye. Almaklum staff belakang tabir macam ibu ni..takde class..

Kalau nak ajak semua staff yang ikut ronda-ronda raya tu serbu rumah ibu, ohh...tak muat kot. Almaklumlah rumah comel je. Pastu, tahanlah telinga dengar desas desus yang tak best. Rumah kosong lah . Rumah takde itulah, takde inilah. Serik.


Kebetulan jumaat lepas, kami ada jemputan open house di rumah adik ipar. Memang ke sanalah kami. SIL buat sikit-sikit je, untuk adik beradik dan sepupu yang rapat. Dapatlah makan lontong kering dan bihun goreng free. Eh, air ribena jangan dilupakan. Class ko Maria..

 Aisyah jenis tidak mesra kamera. Memang susah nak snap gambar dia. Bo layan dengan kamera.

Dah jumpa adik beradik ipar dan sepupu sebelah ayah tu semua, kami pun berangkat pulang. Ada tetamu mahu datang. Kawan baik ayah. Takde masak apa-apa. Hidang kuih raya dan air anggur sejuk jelah. Ayah tak inform awal.

=========================

Malam tadi, beraya rumah jiran depan. Kes tak dapat beraya tahun lepas, bawa ke tahun ni. Huhuhu.. Beraya ala kadarlah kami. Aisyah selamba lompat-lompat atas sofa, tahulah sofa tu lembut. Main sorang-sorang je. Ibu tengok macam nak picit-picit je. Perangai tu moleklah sikit. Anak dara tau.

Bab yang paling kelakar, bila Aisyah sangkakan alas cawan adalah kuih raya. Warna alas cawan tu memang meriah. Ada pink, hijau, biru, coklat. Aisyah ambil yang berwarna pink dan terus masuk ke dalam mulutnya meskipun telah kami larang. Dah gigit, baru tau. Itu pun dia masih tidak puas hati, suruh ibu gigit pula. 


Gambar kami yang maintain cute..jangan jeles..



Nota Kaki : Beraya untuk ukhwah..bukan mengata serba serbi tak cukup..tak dapat makan berat pon, makan kuih raya jela kan dah cukup...haippp..


Blog Janji Kita

Tambah Wang Dengan Login Wang

11:44 PG


Cara mudah untuk mendapatkan wang dengan hanya perlu login akaun tersebut dan masuklah RM0.50 sehari.

Tidak perlu klik iklan, hanya perlu login akaun sahaja.

Kaedah ini memerlukan kerajinan.

Tiada yuran pendaftaran.

Nak tahu apa itu Login Wang? Boleh klik di bawah. Daftar je ye..







Nota Kaki : Terima kasih kepada blogger yang share..


Makan-makan

Longan Brazil

9:00 PG


Masih ingat lagi tak entri lalu mengenai buah pelik? Buah Apa Ye? (Klik untuk baca). Bila ada sedikit kelapangan, teringat untuk mencari info.



Jumpe satu blog ni. Memang itulah buahnya.

lifeofladyell.blogspot.com (Klik untuk details. Rugi kalau tak klik).




Terus pantas google "Longan Brazil" dan hasilnya....memang itu buahnya. Selama ini memang tidak tahu namanya. Kami panggil laici jek.

Longan Brazil (Klik juga untuk lebih info).


Islam Agamaku

Warkah Cinta Untuk Ayah & Ibu

9:00 PG


.:: Emel dari iMuslim Academy ::.
Agak panjang, bacalah dengan penuh penghayatan dan keikhlasan.
Diedit sedikit mengikut gaya tulisanku.


Assalamualaikum..

Buat ayah, ibu yang aku cintai..

Kalian berdualah jiwaku.
Yang selalu memberikan semangat dan senyum dalam hari-hariku.
Senyuman kalian, adalah kehidupan bagiku.
Tangisan kalian, adalah kehancuranku.
Keringat yang bercucuran di wajah kalian, adalah inspirasiku.

Duhai Ibu,
Tanpa engkau aku  tak akan menjadi seperti ini.
Dengan semangatmu yang kuat, aku dapat berdiri tegak di tengah goyahnya jiwa saat diterpa pelbagai dugaan.
Tanpamu, aku hanyalah gadis kecil yang tak akan mengerti tentang tenangnya jiwa seorang perempuan yang gagah.

Ibu, suaramu merdumu menjadi ubat halwa telingaku. Kau ceritakan sebuah kisah sebagai penenang tidurku.
Tapi itu dulu ibu..dulu..sebelum aku mengenal kata-kata teguranmu.
Namun, di usiaku yang ke 19 ini, aku malu jika kau masih memarahiku.
Entah mengapa..
Aku tak ada alasan yang tepat sehingga aku malu mengakuinya.
Ya.. begitu sombongnya aku.
Namun begitu, aku selalu merindukan hal itu, ibu.

Ibu, kau adalah perempuan paling kuat yang pernah aku kenali.
Aku pernah mendengar ceritamu mengenai Sayidatina Siti Khadijah R.Q, isteri baginda Rasulullah SAW, seorang yang penyabar, tabah dan kuat semangat dalam mengharungi hidup bersama pesuruh Allah yang agung.
Tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan selaku pemberi dorongan dan semangat kepada Rasulullah SAW dilaksanakan sebaik mungkin.
Ya Ibu..hebatnya beliau! Siapa yang tidak kenal akannya.
Dan mungkin masih banyak lagi wanita-wanita lain yang sama seperti mereka, atau hampir sepertinya..

Ibu, Kau Permata Hatiku

Namun, di mataku, kaulah wanita paling tabah itu Ibu!
Kaulah perempuan yang tak pernah dan tak ingin kalah dengan semua keadaan hidup yang begitu sukar dijalani.
Ibu, kau bagaikan malaikatku..
Sewaktu kecil, betapa telitinya kau menjagaku. Tidak akan kau biarkan seekor nyamuk pun menggigit kulit halusku.
Di saat aku sakit, kau rela tidak tidur untuk menjagaku dan mendamaikan hatiku.
Sentuhanmu, membuatku tidak berdaya.
Ya..bagaikan terusap oleh hembusan angin di kala senja.

Tapi, apa yang dapat kuberikan padamu saat ini, ibu? Tidak ada! Aku hanya menyusahkanmu.
Membuatmu sedih dengan semua kata-kata dan perbuatan yang terkadang menyakitkan hatimu.
Aku hanya membuatmu gelisah, ketika aku lupa waktu pulang kerana kesibukanku sebagai mahasiswa, lalu terkadang aku bertanya..
Apakah Allah akan memaafkanmu, dengan apa yang telah aku lakukan padamu Ibu?

Dengan selembar kertas ini, aku memohon maaf padamu, Ibu.
Aku tahu, maafku tidak akan bererti apa-apa kerana di lubuk hatimu, kau selalu menutup kesalahanku yang begitu banyak ini, dengan cintamu yang begitu besar.
Ya.. aku belum mampu membahagiakanmu saat ini, Ibu..
Namun, di setiap sujudku, namamu selalu kupanggil.
Jikalau waktu dunia tak berkehendak untuk kita selalu bersama, tapi aku yakin, di akhirat nanti kita akan saling berpelukan, sambil menikmati indahnya syurga akhirat..
Amin..

Ayah, Berkorban Apa Saja

Ayah, wajahmu selalu tegar..
Walaupun kulitmu sudah mulai kerepot, dan tubuhmu tidak lagi segagah dulu..
Namun, aku masih sangat mengenalimu sebagai seorang lelaki yang selalu memberikan semangat dan cinta hingga rela berkorban untuk anaknya yang naif ini.

Betapa sering aku mengecewakanmu, Ayah..
Dengan semua keluh kesahku padamu dan betapa tak sedar dirinya aku.
Ketika aku sampai marah padamu, kerana engkau gagal memberikan belanja yang cukup padaku padahal disebaliknya, keringatmu mengalir deras untuk mendapatkan sedikit wang demi memberikan nafkah dan menyekolahkan anaknya ini.
Lalu kau tak lena tidur malam kerana memikirkan hari esok.

Ayah, aku begitu takut sewaktu doktor mengatakan bahawa kau harus banyak berehat.
Penyakit darah tinggi yang telah menyelami sejak puluhan tahun memaksa dirimu untuk berhenti kerja dan berhenti memikirkan hal-hal yang berat.

Dari itu, kutahu, begitu berat beban yang kau rasakan.
Aku sempat berfikir, akan adakah waktu untukku memberikan khidmat kepadamu?
Namun secepat mungkin aku menghilangkan fikiran itu kerana sesungguhnya aku belum siap untuk kehilanganmu.
Aku mencintaimu.. Ayah.
Aku tahu, kau hanya sempat menghabiskan pelajaran sekolah rendahmu.
Kau tidak sempat mengecapi rasanya menjadi seorang mahasiswa.
Namun begitu, hebatnya kau Ayah.
Tekadmu sungguh sangat besar untuk menyekolahkan kelima-lima anakmu ini untuk menjadi sarjana-sarjana yang kau banggakan.
Aku tahu, itu semua tidak akan berhasil tanpa sebuah pengorbanan yang sangat besar.
Sekarang, tiga anakmu sudah menjadi sarjana Ayah dan kami telah berjanji bersama untuk membahagiakanmu nanti.

Ayah.. Ibu..

Ketika aku menulis surat cinta ini, air mataku tak henti mengalir membasahi pipiku.
Kerana aku malu Ayah, Ibu.
Aku malu pada diriku sendiri.
Yang belum mampu membahagiakan kalian.
Aku malu, di kala aku selalu saja meminta, meminta dan terus meminta, tanpa memperhatikan keadaan kalian sebenarnya.

Aku sangat mencintaimu, Ayah.. Ibu..
Aku sangat mencintai kalian.
Maafkanlah aku. Maafkanlah aku yang belum mampu membalas cinta kalian seutuhnya.
Aku yakin, Allah akan membalasnya, lebih besar dari apa yang mampu kami lakukan nanti.

Ketika surat ini telah kalian baca keseluruhannya, aku ingin sebuah pelukan hangat dari kalian berdua.
Aku ingin mencium kaki kalian dan meminta maaf padamu.. Ayah.. Ibu..
Hanya surat ini mampu kutuliskan.
Wajah kalian menjadi kekuatanku di saat aku lemah, menjadi inspirasiku di saat aku diuji dan menjadi cita-citaku untuk selalu membahagiakan kalian.

Credit to Google

Amat besar hajat di hati anakmu ini AYAH, IBU membawakan kalian bersama kami anak-anakmu ini bersama para pecinta ilmu ke Konvensyen 'The Bidadari' & 'School of Sahabah' pada 30 & 31 Ogos ini di Putrajaya. Hanya ini secebis kasih yang mampu aku sumbangkan dan harapkan kalian dapat bersamaku.
Terima kasih AYAH..
Terima kasih IBU..
Aku mencintaimu AYAH..
Aku mencintaimu IBU..
Konvensyen Bidadari, mengajakmu ke sana.. School of Sahabah buat peneman pasanganmu. Di sini, kita tak pernah berjauhan.

Ukhwah jadi ikatan, ilmu jadi hidangan. Adab. Cinta Rasul, Serikandi Allah sebagai modelmu.

30-31 Ogos 2014.
Jangan ketinggalan dan daftar sekarang!
www.thebidadari.com
PICC Putrajaya - Festival | Expo | Workshop
The Bidadari & School of Sahabah




Makan Gaji

Genap 5 Tahun

12:00 PTG


Siapa sangka mampu bertahan 5 tahun di sini. 3.8.2014, genap 5 tahun. Bosan? Sudah pasti namun apakan daya. Selagi tercatat rezeki di sini. Teruskan berbakti. Aiceh..

Naik gaji? Naik pangkat? Memang idok le..

5 tahun berkhidmat, naiklah cuti tahunan yang secoet tu. Huhuhu.. Apa pun syukur diberikan khudrat untuk terus bekerja.






Blog Janji Kita

Pengomen Tegar Bulan Julai 2014

9:00 PG



Buat Mimi Azirah, emailkan akaun no CIMB Bank ke mar84nadzri83@gmail.com atau pm saya di facebook ye.

Hadiah lepas dah saya pos. Moga selamat sampai di tanganmu.


=======================================


Tudung kangaroo kaler hijau lumut gelap ni dari Blog Nota Shalimar. Menang GA, sampai tersalah upload pula di facebook. Adehh..


Terima hari isnin aritu sebab isnin baru naik kerja. Shawl purple ni menang GA di facebook.
Paloma Biz.



Terima kasih ye atas hadiah-hadiah ini. Saya sangat hargainya.






Blog Janji Kita

CPUV #13, 14 2014

3:00 PTG





Rezeki bulan Ogos, bulan Syawal, masuk dua CPUV. Alhamdulillah. Terima kasih Nuffnang.

Tak berapa rajin nak mengupdate blog.

Tak berapa rajin menyelak lembaran ilmu untuk dikongsikan bersama.

Ada kala, rasa bersalah. Mana tahu bosan pula asyik baca perihal sendiri.



Nota Kaki : Terus memperbaiki diri..



Makan-makan

wW #30 : Buah Apa Ye??

12:00 PTG



Buah apa ye ni?? Ada tanam depan rumah abah di kampung tapi semua orang tak tahu nama buah ni.
Sedap. Manis. Menjadi tumpuan tetamu di hari raya.
Kulitnya lembut. Bila kopek ada selaput seakan limau.
Isinya manis seperti laici.