Hadiah sebagai salah seorang dari 15 pemenang sudah diterima. Terima kasih kepada tuan blog Macam Macam Cerita. Seronok tau bila dapat hadiah ni.
Comel je kan tapi sudah cukup membuatkan hati ini gembira. Bukan hadiah yang mahu dikejarkan sangat tetapi suka support blogger lain. Tersenarai sebagai pemenang atau tidak itu belakang kira.
Tiap kali dapat hadiah, perasaan gembira ibu diselangi dengan perasaan hairan. Ibu hairan dengan seorang blogger ni, mungkin terlalulah sangat sibuknya hingga lupa barangkali untuk pos hadiah yang ibu menangi. Sangat lama.
Peringatan juga kepada blogger-blogger lain. Ibu ada baca mengenai luahan hati blogger-blogger lain yang pernah memenangi pertandingan tetapi hadiah tidak sampai-sampai, malah telah pm kepada mereka, tanya mengenainya tetapi tetap tidak juga sampai.
Cukuplah sekali peringatan yang ibu layangkan. Kalau tidak dapat juga, anggaplah bukan rezeki ibu.
Nota Kaki : Hadiah-hadiah Giveaway yang ibu selaku sponsor, semua dah selamat sampai kan? 3 orang sudah inform barang sampai. Alhamdulillah..