Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Throwback #1 : Ujian Memandu


Gara-gara baca entri cikviva mengenai ujian KPP dan baca juga komen rakan-rakan lain mengenainya. Oh..baru ibu tahu ujian KPP semakin susah. Eh? Tak sama macam dulu-dulu eh?

Nak tahu apa itu ujian KPP? Korang klik je perkataan cikviva di atas tu.



==============================================

Teringat kisah silam sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah memandu, niat hanya untuk mengambil lesen B2. Ada siapa tidak tahu apa itu B2? *lempang kang*

Ujian KPP memang lulus dengan jayanya tetapi kantoi bab ujian menunggang motorsikal. Awal-awal lagi dah gagal sebab part meniti atas papan dah kantoi.

Bila dah gagal, diam dulu lah. Malas nak ambil lagi. Hinggalah, emak sponsor sedikit wang untuk mengambil lesen D. Terus terang ibu katakan, sewaktu ibu mengambil lesen D, ibu dikelilingi dengan adik-adik yang baru tamat zaman persekolahan. Rata-rata berumur 17-18 tahun. Ibu? Sudah berusia 23 tahun. Waktu tu baru sahaja berhenti kerja.

Cikgu yang mengajar sangat baik, mungkin sebab ibu panggil dia "sis" berbanding adik-adik yang memanggilnya "auntie". Dia berbangsa cina. Tidaklah tua sangat hingga mahu dipanggil auntie. Sangat pelik bila "adik-adik" bercerita dengan ibu, yang cikgu tu garang.

Tidak ada banyak pengalaman sepanjang belajar memandu hinggalah menjalani ujian. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tipulah jika tidak ada rasa gementar langsung. Tetapi, segalanya dipermudahkan dan berbangga juga setelah berjaya memperolehi lesen P sebab dah boleh drive kereta abah. Hehehe..


Dan dan tu cari lesen P dalam purse. Terasa diri ini comel..^__^


Pinjam dari Google ~ Kereta pertama yang ibu drive. Eh yeke?
Pinjam dari Google ~ Ke ini kereta pertama yang ibu drive.. Lupa..



Nota Kaki : Ada yang nak share pengalaman korang tak?



Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. MAcam2 pengalaman masa beljar memandu kan.. sy plak jenis takut bila berhadapan dgn kereta besar masa belajar dlu..haha

    BalasPadam
  2. Cikgu kita garang ermm sungguh tak selesa

    BalasPadam
  3. kelakar je masa mula2 belajar bawak kereta

    BalasPadam
  4. sue pun dpt cikgu yg baik.

    mar jemput join ye sbb anda telah di tag: http://www.sihatitunikmat.com/2014/09/liebster-award.html

    BalasPadam
  5. masa ujian JPJ sy dpt yg garang giler tensi kot

    BalasPadam
  6. memang kecut perut time ambil ujian memandu dulu tu, masa kak ana tu guna kereta kancil..seronok sgt bila 1st time bawa on the road hehe..:)

    BalasPadam
  7. Assalam yer...
    nak inform sha da nominate blog awak utk AWARD..
    tolong klik link ni yer :
    http://aryshafayyadh.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html
    sudi2kan la yer..
    TQ

    BalasPadam
  8. Zumal ambil lesen masa lepas spm dulu. Masa tu memang tak pernah bawak motor atau kereta pun tapi saja2 nak ambil lesen. Alhamdulillah lulus ^_^

    BalasPadam
  9. sy pun ambik lesen tahap umur dah tua juga..lepas dah kawin lagi..:)

    BalasPadam
  10. Ujian memandu makin mahal.. Requirement pun makin sukar..

    BalasPadam
  11. Salam.
    Pengalaman amik lesen serious best apatah lgi if tak pernah bawak kereta langsung. terase lain cabarannye dari naik motor. alhamdulillah due2 da lulus dengan jayanye. ^^= and feel bile dapat lesen tu, pehh. hee >.<

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah. tahniah even da lama berlalu. mcm best plak nak cerita pglmn kita amek lesen kan? :) huhu. mmg moment yg byk mengajar kita :) cx pon Alhamdulillah berjaya.

    BalasPadam
  13. masa sis ambil lesan , x de lesen p . lulus terus dapat lesen kekal . kereta pertama sis drive daihatsu cherade aura ...

    BalasPadam
  14. Saya ambil ujian memandu 2 kali.. yg pertama gagal sebab pegang steering sebelah tangan.. lupa pulak ujian hehee.. :D

    BalasPadam
  15. Best juga throback nih... Sesekali terkenang kan..

    BalasPadam
  16. yeke susah? rasa cem sama aje
    yuran dia yang makin tak masuk akal
    tak usah pelik kenapa ramai yang tak ada lesen lepas ni

    BalasPadam
  17. Hah, saya tak tahu lesen B2 sebab tak pernah ambil *nak kena lempang ke?* Hahaha!

    Cerita ambil lesen ni memang menggigit memori gitu :) Saya ambil lesen quite lambat, pastu saya bagi kata dua kat sekolah memandu tu - saya nak belajar dan ambil lesen dalam masa 2 minggu je!

    So saya belajar 4 jam sehari. Lepas dua jam rehat sekejap minum Coke dengan uncle si tukang ajar (dia serius dah tua tau...) then sambung belajar balik.

    Part ambil lesen, dah ohsem sangat tetiba gi langgar tiang masa reverse. Okeylah, saya bagi kata dua lagi sekali - dalam masa sebulan nak ambil sekali lagi!

    BalasPadam
  18. salam perkenalan...
    saya amik lesen keta masa kat itm, manjung perak. thn 2001

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code