Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cik Aisyah Belajar Buat Kek


Aisyah : Eiiii...hanguss...hanguslah cik umie..kesian..


Terdengar gelakan Cik Umie dan nenek di dapur. Ibu yang sedang menonton televisyen bersama yang lain di ruang tengah saling berpandangan. Aisyah lari anak ke tempat kami menonton televisyen dan tangan ibu ditarik kuat. Tidak cukup tangan ibu ditarik, tangan atuk juga ditarik. Dipaksa ke dapur.


Aisyah : Jom ibu..hangus ibu.. Atok, hangus tok..

Dalam hati ibu, kek hangus kah?

Aisyah : Ngok ibu..hangus..kesiannn..


Melihat jari telunjuk itu menuding ke arah coklat yang telah dicairkan oleh Cik Umie di atas kuali, ibu gelak hingga meleleh airmata. Hanguslah ye nak. Itu coklat cair di dalam kuali memanglah hitam.
Nampak sangat ibu tidak pernah buat kek kan nak oi....

Seronoknya Aisyah buat kek - Baju putih terpaksa disental.


Melihat Cik Umie mengayak tepung, Aisyah pun mahu buat juga. Membantu meletakkan tepung ke dalam pengayak sesudu demi sesudu. Ada pembantu cilik, kerja yang mudah jadi rumit pula. Habis tepung nenek. Tapi, seronok melihat Aisyah bermain begitu. Terserlah ciri-ciri seorang gadis yang pandai masuk dapur. Ekekekeke..



Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. alololo hbslah maknya nk nyental baju tu nak oii. ;)

    BalasPadam
  2. amboi...rajinnya dia tolong mak dia

    BalasPadam
  3. jenuh lah mak nya mengemas lepas tu.hehehe.rajin melayan xpelah~ hehe

    #BW sambil klikklik IKLAN nuffnang!

    BalasPadam
  4. rajinnya buat kek.. minat harus dipupuk dari kecil gitu. hihihi

    BalasPadam
  5. wah..besar nanti mesti rajin ke dapur ni..kan??

    BalasPadam
  6. Style duduk Aisyah tu yg special Mar. Seronok sesekali dpt tolong membaking:)

    BalasPadam
  7. Ni kena cepat-cepat buat kek ni, Mar. Kalau Aisyah yang buat dulu, haruslah ibunya tutup muka dengan dua belah tangan nanti ^__^

    BalasPadam
  8. Untung ank esok rajin masuk dapur memasak

    BalasPadam
  9. Kecik2 dah tunjuk minat...dah besar nanti senang la Mar..:)

    BalasPadam
  10. ngok ibu tu xleh belah betul ke tu aisyah yg ckp adoiiiii lawak sgt lahhh

    haaa ibu kena ajo aisya buat kek pasni..dah ada tanda2 nak jd masterchef tu hehe

    BalasPadam
  11. ini barulah betul..
    melentur buluh biar dari rebungnya, hihi
    syabas aisyah:-))

    BalasPadam
  12. aisyah2...kecik2 dah rajin..kalau dh besar senanglah ibunya nanti

    BalasPadam
  13. budak perempuan memang gitu kot
    aisyah saya pun gitu juga semua periuk belanga keluar
    bezanya mama dia tak pernah baking =)

    BalasPadam
  14. Confirm Aisyah bakal ada bakery sendiri ni ...yelah kecik kecik dah pandai mengekek hihi ....Untung umi dia!

    BalasPadam
  15. Ada ciri2 blh buka buka busnis kek ni hhe

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code