Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Jumpa Pak Belang Di Zoo Johor


Aktiviti yang sering tergendala di hujung minggu di tambah pula cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini. Kadang kala panas terik hingga ke malam, ada kalanya hujan lebat. Ahad lepas, kami ke Zoo Johor, bawa Aisyah mengenali haiwan secara real.

Haiwan tidak banyak tetapi dapatlah melihat unta, sedikit kagum di situ.

Aisyah : Apa tu ibu?

Ibu : Itu unta.

Aisyah : Unta besar..

Kedatangan kami di sambut oleh en.kambing. Baru je parking ni.
 Aisyah : Ibu..kambing ibu..mbeekkk ~tak perlu diajar,sudah kenal


Cik Aisyah sememangnya tidak mesra kamera, tiada gambar yang molek. Muka garang, muka tak puas hati memanjang anak dara ni. Kalau senyum kan manis, sayang..

Masuk-masuk sahaja, gambar setiap pengunjung di ambil sebanyak 3 kali dengan gaya berbeza. Sebelum balik boleh cuci dan beli jika mahu sebagai kenangan.

Belakang tu burung.

Pak belang yang comel kat belakang tu.

Panas terik woo..unta..unta..

Lepak kejap, ada kuda di kandang sebelah. Tapi kuda tu kecil je. Kuda padi kot. Ish tak puas hati tak dapat tengok kuda yang besar tau..besar..

Suka sangat gambar ni

Ok dah keluar..sebelum balik, bergambar sekeping dua dulu.

Inilah gambar yang mereka ambil, diperolehi dengan harga RM25 sekeping.
Garang sungguh raut wajah Cik Aisyah.


Duduk di JB ni, sering kali buntu bila hujung minggu. Tidak tahu mahu berjalan ke mana. Penyudahnya pusing-pusing sahaja. Mahu ke mall setakat cuci mata, ukur besar kedai setiap tingkat pun ok juga. Kalau duit berkepuk-kepuk barulah shopping sakan.


Harga tiket dewasa : RM2 seorang

Harga tiket kanak-kanak (berumur 2 hingga 12 tahun) : RM1 seorang


Memang murah. Tapi binatang tidak begitu banyak. Pusing-pusing gitulah. Tetapi sekurang-kurangnya Aisyah dapat mengenali haiwan. 




Nota Kaki : Korang pernah pergi? Hehehe..



Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Perasan tak Mar ada signboard yg mengatakan gajah di bawa ke Gandah di Pahang. Anak kakak kata gajahnya dihantar pergi kursus hihi...

    BalasPadam
  2. Muka garang sbb thn panas terik matahari tu kot..

    BalasPadam
  3. ada zoo yek kat johor.. hhihihi. leh singgah nanti. =)

    BalasPadam
  4. @Kakzakie
    tak perasan kak..kecewa tak dapat tunjuk gajah kat Aisyah

    BalasPadam
  5. @Allene
    ada dekat dengan masjid, kolej, spastik..

    BalasPadam
  6. murah kan tiket masuk
    kalau di deerland kuala gandah RM6

    BalasPadam
  7. kira ok kan harga tiket tu...
    Cik Aisyah tu belum pandai lagi nak bergambar..nanti2 pandai la dia posing..:)

    BalasPadam
  8. Lya dri keci smpai ke tua ni x ppernh lgi me zoo ciankn hihi

    BalasPadam
  9. saya pun bercita-cita nak bawa aisyah saya pergi zoo
    last pergi masa afif kecil aje
    lepas tu tak pernah pegi dah, cuma tak tahu bila je

    saya belum pernah sampai johor
    tapi insya ALLAH bulan 3 tahun depan ke johor bahru, sepupu kahwin
    agak-agak boleh jumpa dak mar?

    BalasPadam
  10. Wahh best.. lama rasanya saya tak ke zoo johor tu..

    BalasPadam
  11. Wah lama dah cik akak tak pergi zoo..kalau kat sibu tak de zoo.

    BalasPadam
  12. cuaca panas kut tu muka cik aisyah manjanggggggg je garang heheh
    at least x segarang harimau kan cik aisyah hehehe

    BalasPadam
  13. Panas terik sgt kut mar..sbb tuh ssh nak senyum tuh..hehehe..

    BalasPadam
  14. Takoe asaljan aisyah kenal haiwan kan

    BalasPadam
  15. Masa OKje anak kecik mmg bawak jugak mereka ke Zoo.... dah beso beso gini dah malas dah nak tengok...alah setakat nak tengok binatang haha .... Panda mungkin jugak depa nak tengok tapi tulah tiket mahallah zoo KL ni Mar...

    Aisyah tak puas hati ke tu Mar....hehe

    BalasPadam
  16. Saya tak tahu pun Mar ada zoo kat Johor. Punyalahkan tapi ngaku orang Johor sejati. Harga masuk murah jekan, RM2. Mana nak dapat. Yang kat KL ni nak tengok panda pun tak dapat-dapat lagi. Apatah lagi tengah musim hujan sekarang!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code