Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Motif Pengiklanan Mini



Pengiklanan yang saya lakukan bukan terlalu mahu mengaut untung. Terus terang saya katakan, untung sekadarnya. Apa jua saya terima, ianya adalah rezeki. Saya tidak terlalu menyasarkan keuntungan. Tujuan utama membantu rakan-rakan yang mahu mengembangkan barang dagangan mereka khususnya di Johor. Kita sendiri tahu, perniagaan online yang sangat hot dan berlambak-lambak. Hanya kita sebagai pelanggan perlu bijak memilih.

Iklan-iklan yang mula bertapak di blog Janji Kita ini, bukan sekadar tangkap muat. Semua produk adalah asli dan si peniaga juga saya sangat kenal. Niat membantu, biarlah dari orang terdekat terlebih dahulu. Saya kenal dia, dia kenal saya. Sama-sama percaya dan rezeki dikongsi bersama walaupun sedikit. Dia dapat kembangkan perniagaannya, saya turut gembira kerana berjaya membantu.

Tidak kira apa jua barang dagangan asalkan ianya tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna dan disahkan HALAL. Saya sudi membantu. Boleh hubungi saya melalui email mar84nadzri83@gmail.com.

Sudi-sudikanlah klik apa jua iklan di blog Janji Kita ye.


=======================================================


Terima kasih Nuffnang atas kesudian memberikan CPUV lagi dan lagi. Walaupun amountnya agak mengecewakan tapi, bersyukurlah seadanya.





Nota Kaki : Tetiba berbangkit isu GST pulok..


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. pening kan klo gst dh mula diperkenalkan.hmm

    BalasPadam
  2. tahniah..makin ligat nuffnang sejak nak akhir tahun ni hehe

    BalasPadam
  3. moga terus success mar
    pasal gst tu, kurang tahu la pula =)

    BalasPadam
  4. Moga trus maju sis..psl gst tu lya msh kurang fhm

    BalasPadam
  5. semoga tawaran pengiklanan itu terus mendapat sambutan yer Mar?

    BalasPadam
  6. Gst hanya utk perniagaan 500K setahun.

    BalasPadam
  7. Terus maju harapnya, Mar. Berdikit-dikit dahulu. Untung walaupun kecil, lama-lama jadi bukit.

    BalasPadam
  8. wah..dah nak penuh dah kotak iklan tu..kalau war2 kan kat fb lagi cepat sebab kat situ ramai peniaga2 onine nih..

    BalasPadam
  9. Bagus tolong-menolong.
    Harap sama2 dimurahkan rezeki :)

    BalasPadam
  10. Semoga Mar sekeluarga dimurahkan rezeki kerana niat ikhlas Mar untuk membantu :)

    BalasPadam
  11. murah rezeki ek...klu jumpa bleh blanje mkn ;p

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code