Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pok Amai-amai


Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk Aisyah pandai
Nanti malam upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Aisyah jangan nangis

.....

Ibu pergi keje ~ Aisyah sambung

Ayah pergi kerja ~ Aisyah sambung lagi



Ramai yang menyanyikan lagu ini sejak anak mereka masih bayi lagi kan? Lagu yang ringkas,  lirik yang mudah dihafal, sambil anak belajar menepuk tangan, sangat menggembirakan.

Aisyah suka nyanyi lagu ini sambil menepuk tangan dan diajak ibu tepuk tangan sama. Meskipun bait-baitnya masih pelat, dia tetap menyanyi dan ibu turut menyanyi bersama. Cuma, bila tiba lirik terakhir, ibu akan diam dan biarkan dia menyanyi. Pandai dia menambah lirik, "ayah pergi kerja.."

Sedih, memang sedih bila mendengarnya. Saat itu baru terasa betapa manisnya dapat mencium pipi mungil itu. Bergolek-golek manja di atas lantai dan gelak riang bersamanya.

Saat indah yang tidak akan pernah ibu lupakan.

Selpie ~ Gambar semalam depan rumah pengasuh.






Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Lagu evergreen ni...aisyah faham ibu pergi work^^

    BalasPadam
  2. waktu adik2 kecik dulu sis pun ajar dorang lagu nih

    BalasPadam
  3. Slalu nynyi masa jaga Ank buah lya time baby2 hhee

    BalasPadam
  4. Memang lagu favourite sejak kecil lagi ni :-)

    BalasPadam
  5. Untuk sesiapa yang ada anak mesti nyanyikan lagu ini agar tak lapuk nanti....akan berterusan kecucu cicit nanti...

    BalasPadam
  6. Lagu ni sangat popular...semua ibu nyanyi untuk anak mereka..tapi tak tahulah ibu muda srkarang

    BalasPadam
  7. sedih memang sedih..nak buat cemana..kan??lama2 nanti dia paham..

    BalasPadam
  8. alolo..ciannnyer aisyah..

    BalasPadam
  9. lagu ni memang evergreen
    teringat kenangan dengan arwah mak
    sampai akak tadika pun dia nyanyikan lagi...

    BalasPadam
  10. Lagu feveret ibu2 tu... mmg evergreen.. :)

    BalasPadam
  11. aisyah saya pun suka nyanyi lagu ni =)

    BalasPadam
  12. Alamak, anak-anak saya tahu ke tidak lagu ni... Setakat tepuk-tepuk tangan main pok amai-amai tu mereka tahulah. Pandai Aisyah ye. Nak buat macamana, makpak bekerja macam nilah Aisyah sayang!

    BalasPadam
  13. Samalah jugak..lagu feveret nak ajar baby tepuk tangan..diorang pon cepat belajar.pandainya Aisyah..

    BalasPadam
  14. so sweet aisyah... dah faham dah ibu dan ayah gi kerja. comel sgt.

    BalasPadam
  15. Lagu wajib untuk anak-anak. Baby saya pun akan tepuk tangan bila saya nyanyi lagu ni.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code