Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pusat Servis Kereta PIlihan


Hari isnin, ambil cuti separuh hari. Monday blues katakan. Alang-alang monday blues, terus bawa kereta untuk diservis. Nak servis kereta, perlu tunggu gaji, kalau tidak, duit minyak pergi balik kerja pun tak lepas. Hoho..realiti hidup. Lagipun ahad ni dah raya haji kan. Lambat-lambat nanti takut tak sempat pula.


Pergi bersama Cik Aisyah


Sampai-sampai, lega pelanggan tidak ramai. Senang hati, tidak perlu mengejar masa untuk masuk kerja nanti. Pusat servis pilihan hati adalah Pusat Servis Perodua di Johor Jaya. Ini bukan cawangan Pusat Servis Perodua, ini dealer. Tetapi, lebih selesa ke sini dari ke Plentong.


Mula-mula je diam


Servis di Pusat servis lebih mahal dari servis di kedai biasa. Punyalah banyak kedai servis kereta di Taman Rinting, ke sini juga ibu tuju. Kira pelanggan tetap la ni. Kenapa ke situ? Entah, dah biasa kot.

Sebelum servis kereta, perlu tahu serba sedikit tentang kereta, tidaklah kita di'kencing' oleh mereka yang lebih 'bijak pandai'. Sekurang-kurangnya kita tahu setiap kali servis, apa yang perlu diservis, tahu mileage kereta.

Walaupun ibu tidak tahu sangat mengenai kereta, tetapi sekurang-kurangnya ibu tahu membidas mengenai apa yang mereka sarankan. Ibu tengok, mereka juga masih meneliti manual dan jadual servis setiap kali memberi penerangan dan cadangan.

Melihat pada mileage kereta ibu sekarang, ibu perlu menukar timing belt yang kosnya mencecah RM330. Selepas diskaun, RM300. Oleh kerana, bajet kewangan kurang dan kereta perlu diservis sebelum raya, tangguh dulu penukaran timing belt, dahulukan servis biasa.

Untuk kereta viva 850cc, disarankan menggantikan timing belt apabila mileage mencecah 80K, jangan sampai 100K, dikhuatiri ia putus. Apabila sudah merancang untuk menukar timing belt, harus diingat air-cond belt dan alternator belt ditukar sekali kerana enjin perlu diturunkan, sebab tu kosnya RM300++ dan servis ini memerlukan setengah hari untuk siap.

Kereta myvi dan alza tidak menggunakan timing belt, ia menggunakan timing chain, tak payah korang dok ralit tengok mileage kereta korang pula.


Saja nak bagi alamat




Nota Kaki : Teringin nak dapat alza seketol..





Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Dari apa yg Mar jelaskan nyata Mar banyak tahu berbanding kakak yg cuma tahu isi petrol aje...

    BalasPadam
  2. Very good info. Byk yg mar tahu. Su tahu isi minyak je ;)

    BalasPadam
  3. Kita pun teringin nak ada alza sis hheee

    BalasPadam
  4. Betul tu Mar, kita kena tahu jugak sikit2 pasal kereta... xdelah kena tipu bulat2... :)

    BalasPadam
  5. Bila pkai kereta ni.. mmg la smpai masa kna bawak spa.. belai2.. servis..

    Tp lya mmg xreti smua ni.. smua suami y handle. Tp kan. Org pompuan mmg kna ambk tau jgk kan..

    BalasPadam
  6. Mmg waktu sesuai utk srvis kereta kan.. :)

    BalasPadam
  7. tak tahu hal kete pon reti jugak bawak gi servis..
    zee ni langsung tak pernah..nak isi angin sendiri pon tak berani..

    BalasPadam
  8. sy pasal kete mmng tak tau apa2 yg tau klu minyak dh dekat E gi isi minyak tu je la ;p

    BalasPadam
  9. saya bab kereta ni
    pandai bawa je, apa-apa tak tahu =)

    BalasPadam
  10. acik lansung tak faham apa2 mar..hi hi..kereta pun tak pernah bawak..tapi sma macam mar..teringin alza

    BalasPadam
  11. fuhyoooo tabik arrrr ngan mar tau serba byk psl kereta.el tau drive je ngan cek myk dan air hehehe

    BalasPadam
  12. Bagus , kena ambik tahu jg pasal kereta ..tak la nanti kena kelentong ..

    BalasPadam
  13. haah bestkan alza
    insha Allah murah rezeki nanti
    mana tau kan :)

    BalasPadam
  14. wah..pandainya..saya lamngsung tak tau apa2 pasal kereta..hahah

    BalasPadam
  15. wah..pandainya..saya lamngsung tak tau apa2 pasal kereta..hahah

    BalasPadam
  16. Ros tak berapa nak tahu pasal kereta..

    BalasPadam
  17. terre lah Mar gi servis kereta sendiri, kalau kak ana memang tak lah kena tunggu boss buat hehe

    BalasPadam
  18. Memang kalau nak servis keta, kenalah tunggu gaji..huhuhu..Mahal kan Mar? saya paling kurang mesti RM200 ke atas jugak

    BalasPadam
  19. Amboi sempat lagi menyelpiekan diri dengan Aishah nampak hehe....
    Bab bab servis ni selalunya hubby OKje Mar...maklumlah OKje tak de kereta hehe

    BalasPadam
  20. Saya bawa kereta je, lain-lain tak tahu apa pun. Sebab itulah main angguk-angguk je tak pernah geleng. Saya pernah je timing belt kereta putus dan terpaksa tinggalkan kereta di parking level B5 sebuah shopping mall sehari semalam. Berangkut pergi mekanik. Parahlah sedekah duit kat pusat servis kereta. Nak nangis rasanya!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code