Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Jalan-Jalan Ke Puteri Harbour


Aktiviti yang tidak mengeluarkan perbelanjaan banyak pastinya sekadar jalan-jalan. Hanya keluar duit minyak kereta sahaja. Ambil gambar bersama-sama sambil menikmati pemandangan yang indah. Rugi tidak hayati keindahan alam yang sememangnya percuma untuk ditatapi.


Ahad lalu, kami sekadar pusing-pusing melihat destinasi menarik. Maka ke Puteri Harbourlah kami. Tidak lah masuk ke dalam Hello Kitty Town dan Big Club tu. Sekadar bergambar di luar. Bila lapar, makan bekal yang saya bawa bersama. Mihun goreng baki sarapan dan nugget. Sejak membesar ni, Aisyah boleh habiskan 3 ketul nugget sekali hadap. Air tin beli je kat kedai. Ada juga air kedondong asam boi saya bancuh siap-siap. Bakul susu Cik Aisyah memang tidak boleh tinggal. Bila lapar, semuanya habis licin.


 Klik sini untuk baca pengalaman kami ~ hello-kitty-town-2nd-anniversary


Cik Aisyah yang ketakutan dengan patung-patung besar. Menjeling-jeling..


Parking sekitar situ memang penuh. Almaklum hari ahad, tambah pula cuti sekolah. Masing-masing bawa anak berjalan-jalan ke situ. Banyak lagi pembangunan yang masih dalam pembinaan di sekitarnya. Setiap tahun pasti akan ada saja perubahan.

Yang belum ke Hello Kitty Town dan Big Club, silalah pergi bawa anak-anak. Tapi, sesuai untuk kanak-kanak yang besar, setakat umur bawah 3 tahun tak best kot bawa sebab kanak-kanak seusia itu belum pandai melakukan aktiviti yang diadakan (kredit to blog sinuha) dan di big club pula permainan agak mencabar juga.




Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. klu jln2 percuma plak tu mmng i loikeeee ;p

    BalasPadam
  2. hello kitty town dan big club memang best...tak rugi spend duit utk anak anak...

    BalasPadam
  3. Kali jln2 di johor nanti boleh la singgah sana :)

    BalasPadam
  4. bila la nak sampai sini..nak pi Kluang umah kakak pon x pegi2 ..
    Jln2 tgk pemandangan pon best!..janji berjalan..amik angin..:)

    BalasPadam
  5. chantek nyer... kalau x tgk betul2, da mcm d langkawi pon ada bler byk kapal gitu ;)

    BalasPadam
  6. hello kitty is my all time fav character.. kawan kawan pun da tahu tapi bilaaalah nak sampai sane eh nak pi tengok..

    BalasPadam
  7. Bestnye jalan2...suka jalan2 tapi yang suka tulah yang selalu tak dapat nak buat..huhuhu

    BalasPadam
  8. aida sudah pegi jumpa hello kitty :)
    best!
    seharian di sana last time :)

    BalasPadam
  9. Pernah lalu sekali je dulu sewaktu bali kampung tapi tak berpeluang betul2 berjalan2 lagi... seronoklah.. :)

    BalasPadam
  10. kalau saya pun berjalan tak turun kereta pun
    itu pun dah kira seronok..hehe
    cam best aje hello kitty town tu ye

    BalasPadam
  11. Geram saya sampai akhir 2014 tak dapat turun ke selatan! Padahal itinerary dah siap tu :) Kalau plan macam nilah selalu jadinya. Kalau main terjah aje, mesti best. Saya pun kalau dapat bawa anak-anak keluar berjalan-jalan, dah rasa seronok sangat.

    BalasPadam
  12. Teringin jugak nak bawak anak-anak pergi sana tapi kalau balik johor ja mesti xtvt padat melawat saudara-mara. Tak sempat nk singgah.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code