Hujan Akan Berhenti

By Mar Mansor - 8:00 PG



Gerimis rintik-rintik bertukar menjadi hujan. Di luar, langit kelihatan hitam pekat. Hujan turun tidak deras, tidak lebat. Dia termenung di hadapan televisyen yang baru sahaja dimatikan. Duduk diam di sofa memandang luar.

Hujan yang membasahi bumi seolah memahami jiwanya yang sunyi.
Seolah memahami hatinya yang menangis. Tapi dia akur.

Adakalanya dia kuat.
Adakalanya dia tewas.
Penantian satu penyeksaan.

Dalam kesedihan dia pasrah. Dia redha. Tapi, dia masih berharap agar ada sinar buat dia dan insan tersayang. Mengharapkan mentari muncul sesudah hujan berhenti.

Setiap dugaan yang datang perlu dihadapi dengan tabah hati dan sabar. Ujian ini diturunkan untuk menguji keimanan manusia, oleh itu maka, (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (al-Insyirah : 5)



Percayalah hujan akan berhenti. Saat itu, kau akan terpegun dengan kehadiran sang pelangi yang mewarnai alam. Tika itu kau lupa akan 'hujan'. Lupa akan kenangan yang memedihkan. Dan kau hanya mahu tersenyum dan tidak mahu pelangi itu hilang.

Saat itu kau percaya, hujan yang membasahi membawa pergi segala kedukaan yang kau alami. Tiada ada apa yang tertinggal. Hanya parut yang semakin pulih kerana sejuk dilitupi air hujan.

... dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar.."
                                                - Surah al-Furqan ayat 20










 "





  • Share:

You Might Also Like

18 comments

  1. in sha Allah setiap dugaan pasti ade hikmahnyer...moga kehidupan kite sentiasa dirahmati Allah taala....

    BalasPadam
  2. Puitisnya tulisan mar ni. Boleh dibuat novel. Setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Kita diuji sbb Allah syg :)

    BalasPadam
  3. betul. selepas hujan ada pelangi. jadi selepas ujian ada harapan :D

    BalasPadam
  4. Jika kita mampu memujuk hati yg sarat itu dengan iman pasti keindahan terasa bagaikan sudah pasti dpt digenggam Mar.

    BalasPadam
  5. pujuklah hati dengan kesabaran, Alhamdulillah hari ini, mentari muncul kembali.. :)

    BalasPadam
  6. Yup, betul.
    Masalahnya kadangkala kita terlalu cepat mengalah dgn hujan, tak sabar sabar nak tgk pelangi.

    BalasPadam
  7. Puitis... Allah sentiasa bersama2 org yg bersabar. Semoga kita semua sentiasa diberi ketabahan dan kesabaran dlm menghadapi setiap dugaanNya.. aamiin.

    BalasPadam
  8. Sesungguhnya ujian yg Allah beri kerana sygkan hambanya..semoga kita semua tdk leka dan bersyukur dgn kurniaan Dia..inshaaAllah..

    BalasPadam
  9. sdap ayat dlm entry ni... sonok baca.. hujan akan berhenti... skrg ni dah tak brapa ada hujan.. spt sebelum2 ni.. lebat, n setiap hari ada je hujan... dan cuaca mulai panas skrg...

    BalasPadam
  10. Kat tempat zumal cuaca berangin aje... Sejuk sangat pepagi ^-^

    BalasPadam
  11. Penuh bersastera ya sis hhehe...setiap dugaan pasti da hikmahbyg trsembunyi

    BalasPadam
  12. insya Allah bak tema blog saya there is sunshine after every rainfall

    BalasPadam
  13. Pandai Mar mengarang. Realiti kehidupan begitulah. Ada pasang surutnya. Eh, bercakap pasal hujan, dah beberapa tak hujan di area rumah saya. Panas berdeting, berpeluh-peluh dibuatnya!

    BalasPadam
  14. Yup... betul tu... lps hujan muncul pelangi..lps ujian akan muncul hikmah yg manis.. :)

    BalasPadam
  15. Wahh...pandai jugak awak berpuisi ye Mar hihi Dalam hati ada taman rupanya

    BalasPadam
  16. Betuk..bila Allah turunkan hujan pasti akan ada pelangi..mcm tuh la kaitan dgn khpan harian kita...bila bersedih pasti kita akan gembira

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.