Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Bukan Kisah Tong Sampah Semata-mata


Tong sampah SWM telah diberikan satu untuk sebuah rumah. Sampah pula akan dikutip dua kali seminggu. Takkan tong sampah yang besar tu tak muat, melainkan barang-barang dalam rumah yang tidak digunakan turut dibuang sama.

Itu hal lain. Tak kan pemalas sangat nak fikir macamana nak buang sampah sarap seperti itu. Kalau kami, kami angkut je barang yang tak digunakan tu dan buang ke tong besar yang disediakan di hadapan kedai-kedai. Tak kan nak longgok depan rumah pula kan.

Berbalik kepada kisah tong sampah SWM, boleh klik SINI untuk cerita lalu. Kami ambil sendiri tong sampah tersebut demi kegunaan harian. Penting!

Sejak kami ada tong sampah tu, saya hairan bila ada orang lain yang tak malu buang sampah dalam tong sampah kami tu. Mula-mula memang saya tidak kisah, kejiranan juga kan. Jiran saya sendiri pun kalau mahu tumpang buang di tong sampah SWM tersebut akan minta izin dari kami. Positifkan diri dan ikhlaskan hati. Takpe, setiap kebaikan akan dibalas kebaikan.

Bermula dari bungkusan McD yang dibuang begitu sahaja. Kemudian, ada pula bungkusan polistrin makanan yang tidak berikat. Selamba je buang macam tu je. Ingat tong sampah kami tu takde harga diri ke? Ikat lah kemas-kemas sikit. Cisss.. Ada juga yang lain-lain tapi malaslah cerita, positif.

Paling menyakitkan hati kami, kad jemputan jiran depan rumah kami sempena majlis aqiqah putera pertama mereka yang bakal berlangsung minggu depan di buang ke tong sampah kami! Kalau jiran kami tu nampak macamana? Tidak semena-mena dia ingat kami sengaja buang kad jemputan mereka tu.

Kalau pun tak suka dengan jemputan tersebut, tak sudi nak pergi pun, eh buanglah dalam tong sampah sendiri. Apa kena mengena dengan kami ni??

Ada cerita lain juga. Berlaku beberapa bulan lalu. Ada kalanya kami pelik, tiap kali pulang dari kerja kami dapati car porch kami ada saja sampah seperti plastik aiskrim, plastik jajan. Ada pernah tu penuh dengan daun kering dari pokok yang di tanam di hadapan rumah. Tapi, pokok di hadapan rumah kami telah ditebang! Depan rumah jiran hadapan kami pun sudah ditebang.

Walaupun pelik, kami tidak berkata bukan-bukan. Masih dikurniakan kudrat untuk membersihkan halaman. Bila hari cuti, kami ada di rumah tidak pula ada sampah sarap sebegitu. Daun kering pun adalah selai dua yang tersesat di tiup angin. Emm,,

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat



Pinjam dari Google








Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. susahlah kan kalau ada jiran macam tu mar.,..kang di tegur,lain pulak cerita nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak tahu jiran yang mana ntah buat macam tu.

      Padam
  2. sabar lah ye mar. jalan jalan ke sini

    BalasPadam
  3. Kesian dgn org yg bersikap begitu krn dia kekurangan kesedaran sivik. Smg dia terbuka hati utk berubah.

    BalasPadam
  4. tong sampah pon adde harga diri jugak kan kak mar..
    ishhh

    BalasPadam
  5. nampak gaya ada hasad dengki,, cemburu dan iri hati,, kesiah kat jiran yang perangainya seperti itu,, semoga dia berubah kearah kebaikan,, sama2 kita doa untuk dia,,

    BalasPadam
  6. Susahnya kalau dpt jiran macam ini Mar
    Jiran kakak bukan Melayu tapi semuanya ok..
    Siap boleh siramkan pokok bunga kakak lagi bila kakak balik kampung.

    BalasPadam
  7. mar, kes sama macam area rumah akak, sampah suka2 hati buang merata tepi2 rumah akak, parking tepi2 rumah aakak jugak...sebab rumah corner lot....kdg2 geram dgn sikap mereka...kdg2 parking depan gate rumah akak....mereka ingat kita prg kerja mereka suka2 parking.tp masih senyap...tutupkan mata...

    BalasPadam
  8. aduhai siap pi buangs ampah dlm tong sampah org .. huhu pelik betui kejirannan ko ni kan .. takan rumah die tk dpt tong sampah tu kot ... bkn ke semua ruamh dpt sorg 1 ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang takde sebab lorong rumah kami termiss..kami ambil sendiri. Jiran-jiran kami pun ramai ambil sendiri. Yang taknak ambil tu lantak dia la.pemalas kot.

      Padam
  9. lau jd kat iols pung..iols dah bising
    mar buat signboard mar..jgn buat sampah di sini..tp rsnya itu pun x jalan
    mar jd spy mar...kita tgk sape yg kena

    BalasPadam
  10. klu dok bejiran mmng ada perangai mcm gini pelik..

    BalasPadam
  11. susahnya klu ada yg berhati busuk.. sabarlah dapat jiran macm tu.. ni jiran saya, asyik memekak tak kira waktu.. kul 2 3 pagi boleh plak memekak.. sabar aja lah..

    BalasPadam
  12. Jiran kan mmg macam2 ragam.mertua sy amik je tong sampah tu letak kt luar.tak guna pun tau.buang sampah kt tong besar tepi Jalan..mgkin awak bley amik inisiatif camtu gak.simpan je tong smpah kt luar,kt kawasan porch keteta..bergate jadi derang tak bley masuk.takdelah sesuka hati nk guna..kata org buat baik berpada2.klu dh smp tak semena mungkin membusukkan nama awk n suami lg tak bagus..

    BalasPadam
  13. Ni yang jadi kes sama macam saya pernah update kat blog saya dulu la..buang sampah depan rumah saya..pelik je sebab lori sampah kutip sampah kat belakang ..Bukan kat depan..berharap yang kami kutip sampah dia dan buang kat belakang kot..silap orang la..saya angkat sampah dia tu dan letak tengah jalan..biar setiap kali dia lalu kat jalan ni dia nampak sampah dia kat tengah jalan tu..

    BalasPadam
  14. Org yg buang sampah tu takde tong sampah kat rumah dia ke? Atau dia tak ambil lagi tong sampah dia di SWM? Tak sopan betul mereka2 tu. Kalo ye pun nak buang sampah kalo ikat elok2 kan lagi baik.

    BalasPadam
  15. Huhu... mmg ltih la dpt jiran cmni..

    BalasPadam
  16. adus macam tu pulak dah huuurm.. betul2 CT benci betol orang yang tak reti nak sort sampah betul2. ikatlah paling kurang. then yang basah2 tu cepat2 buang. isk.. dahla tumpang tapi xpela skit aje kan tapi bradap la walaupun buang sampah aje

    BalasPadam
  17. erk, mcm2 perangai manusia.mudah2an dijauhkan dari sebarang fitnah & pergaduhan sesama jiran..amiin!

    BalasPadam
  18. adohai.. bagus la awak banyak bersabar kan. takpa banyakkan memberi satu hari pasti ada balasan yang baik buat mar sekeluarga

    BalasPadam
  19. klu nak sabar pun , ada hadnya kan . nak tegur kena ada bukti . tapi mcm mana blh ada perasaan x malu buat jiran camtu . takkan mrk tak ada tong sampah sendiri kan . susah amat bila dpt jiran camni . ibarat ditelan mati mak , diluah mati bapak ...

    BalasPadam
  20. Sapala yg x brtgjwb tu ye sis, ibarat buang najis merata2 plak

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code