Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pabila Nikmat Makan Ditarik Seketika


Sejak 2 menjak ni, selera makan hilang. Bau nasi putih yang ditanak dah membuatkan saya lari masuk bilik siap tutup hidung dengan kain tuala. Belum lagi, bab memasak lauk di dapur. Adakalanya, saya cergas menyediakan juadah. Tapi, saya tak lalu nak makan.

Adakalanya saya giler-giler malas, hingga rasa bersalah. Tapi, saya tidak sengaja begitu. Seolah, tidak memahami pula. Bau makanan pun adakalanya buat saya tidak rasa selesa.

Tidaklah terus muntah cuma rasa tekak mual-mual dan rasa hilang mood. Kalau boleh, saya mahu terperuk je di rumah tanpa lakukan apa-apa. Kalaulah boleh. Huihui.

Saat paling bahagia bila berada di kampung halaman. Rasa bebas, rasa nyaman, rasa malas nak gerak balik JB!

Tapi, saya bekerja. Kehidupan harus diteruskan. Saya tidak pinta untuk dihantar dan dijemput dari tempat kerja. Malah, menghantar anak ke rumah pengasuh juga saya tidak pernah bersungut.

Cuma, bila di rumah, saya terus jadi malas. Kenapakah?? Mungkin kerana tenaga saya sudah hampir habis kerana dari pagi hingga petang saya di tempat kerja. Bila pulang dari kerja, tenaga perlu dicas semula. Tu yang terbaring je. Bukan malas, bukan. Tolonglah faham.

Makan pun sikit-sikit je. Kalau KFC tu macam sedap je kan, bila lapar mau saja, tak boleh tolak. Lagi-lagi KFC Golden Egg, yang baru ni. Eh, sedap di tekak saya.

Tapi, beringat itu lebih baik dari terus terpengaruh dengan nafsu. Hari-hari mau telan KFC, ada pula isi minyak kereta dengan air. Eh, harga RON95 dah turun. Takpe, duit yang ada tu simpan untuk masa depan. Sangat....


Bila tak lalu telan nasi dan seangkatannya, ini saja yang mampu ditelan.









Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. nanti ada lah balik selera nak makan nasi tuu :)

    BalasPadam
  2. Mcm da apa2 ja tu sis..aisyah nak dpt adik ke hhe

    BalasPadam
  3. Dak pergi cek doktor ke.. yelah.. mcm Aisyah nak dapat adik je tu hihii

    BalasPadam
  4. simptom ni normal bagi ibu hamil. tak makan nasik pun x pe, tp lapik perut dgn buah-buahan, kekacang, kurma, kismis, insyaAllah akan ada tenaga sikit.

    BalasPadam
  5. Mmg gtu lah memula kan.. Rasa malas ya amat... Tapi lepas tiga bulan biasanya dh ok.. Perubahan hormon..

    BalasPadam
  6. mcm orang mabuk mengandung je ni mar ... harap hubby mar tu faham lah bila kemalasan tu menjelma ...

    BalasPadam
  7. Bagus jugak sekali sekala tak lalu makan nasik..saya ni asyik berselera je dengan nasik..heheh

    BalasPadam
  8. biasanya kalau simptom x boleh boleh bau nasi di tanak ni biasanya org bawak perut or pregnant...tahniah Mar

    BalasPadam
  9. aida memang sentiasa malas bila balik keje.
    tapi apa kan daya... kerna terpaksa melayan rumahtangga :)
    akhirat semua tu hi hi hi in shaa Allah....

    BalasPadam
  10. Dah namanya pun pembawak budak Mar.... tunggu jerlah cukup 4 bulan nanti...sure selera balik asal hihi... Eh...tetiba Okje pun teringin nak makan KFC....Esoklah

    BalasPadam
  11. eija pun rasa benda yang sama.. prgnant yea?? tahniah :) jom kita pantang sama2 nnt yea

    BalasPadam
  12. kfc golden egg sedap eh hehehe nak try la.. =D

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code