Cabaran20hari

#Cabaran20Hari - Menu Wajib Bulan Puasa

8:30 PG


Bila tiba bulan puasa, saya tidaklah rajin menyenaraikan menu berbuka sepanjang 30 hari berpuasa. Apa yang terdetik itulah yang saya sediakan. Yang penting tidak renyah dan paling-paling penting saya yakin bila saya sediakan juadah tersebut, ianya sedap. Kihkih..

Menu paling wajib saya akan sediakan ialah Nasi Ayam Black Pepper. Saya ni kira expert dah masak nasi ayam, jadi memang rasa kacang jelah. Hari biasa pun kalau teringin nak makan, saya masak je. Menyediakan nasi ayam tidak serumit mana dan bahan-bahan pun mudah je. Yang penting ianya SEDAP! Masak banyak-banyak, buat untuk sahur sekali.

Pinjam dari Google

Ermmm...apa lagi ye menu wajib saya.


Kalau zaman duduk bawah ketiak mak, menu wajib kami adalah Roti Jala Cicah Kari Ayam. Yang sediakan adunan, mestilah mak saya. Saya pula tukang menjala. Jenuh menjala di dapur sebab kena buat sikit-sikit. Berejam rasanya di dapur. Tapi, bila dah masuk mulut, 5 minit dah licin.

Pinjam dari Google - Memang buat style lipat-lipat


Ah sudah...terliur pula bila terbayangkan roti jala cicah kari ayam.


Menu wajib tunjuk-tunjuk di PARAM pula mestilah Murtabak Daging. Macam dah jadi satu tradisi pula, setiap kali ramadhan, mesti terbayang murtabak. Tapi tak suka cicah dengan yang kuah manis warna merah tu. Lebih suka cicah dengan kuah kacang dal. Eh, tiba-tiba lupa pula namanya.

Pinjam dari Google


Yang paling best, saya suka Air Kathira. Ini pun sama. Macam dah satu kemestian pula di bulan puasa. Mesti sibuk cari air kathira. Hari tu ada beli kat param Taman Rinting. RM4.50 kau sebungkus. Yang original punya. Setakat sebungkus tu saya seorang jelah bedal.

Pinjam dari Google


Entri cabaran20hari yang lain:
#cabaran20hari 1
#cabaran20hari 2
#cabaran20hari 3

Nota Kaki : Ntah berapa kali telan air liur saat menaip entri ini. Ish..menci tau..







Giveaway

Giveaway : 2nd Anniversary Yana & Dean

3:00 PTG


Assalamualaikum w.b.t.

1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2015 : Alhamdulillah, hari ni genap 2 tahun usia perkahwinan Yana dengan Mr.Yogi. Suka, duka, masam, manis...berjaya ditempuhi bersama. Tapi masih jauh lagi perjalanan kami. Ulangtahun ke-2 pun, kami masih lagi berdua. Insyaallah...berkat doa berterusan daripada kami berdua, daripada ahli keluarga dan semua yang mengenali, manalah taw bila tiba waktunya nanti kan. 

Hari ini juga, dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, Yana lancarkan 

Klik BANNER untuk join (^^,)

SENARAI HADIAH :

Wang Tunai RM30 x 1 pemenang (Top Referral)
Wang Tunai RM20 x 1 pemenang
Sehelai instant shawl benang hitam x 1 pemenang
Sekotak mineral coffee x 1 pemenang
BVR Collagen x 1 pemenang
Topup RM5 x 1 pemenang
Jeju Mask x 3 pemenang
Keychain Sarawak x 3 pemenang
*Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan menggalakkan (^^,)

TARIKH GIVEAWAY : 1 JUN ~ 1 JULAI 2015


Cabaran20hari

#Cabaran20Hari - Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

9:14 PG


Biasanya kalau dah tahap malas, barulah keluar resepi paling ringkas. Tak pun sebab terlewat bangun.

Resepi paling ringkas saya, jom kita belek resepinya.


Telur mata goreng.

Bahan-bahan :
- 1 biji telur ayam - bergantung kepada jumlah orang yang bersahur, kalau 3 orang sediakan 3 biji telur.
- Minyak untuk menggoreng.
- Kicap.


Cara-cara :
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dahulu untuk elakkan terpecahkan telur busuk.
- Goreng telur hingga masak. ~ Ikut kesukaan masing-masing jika mahu kuning telur separuh masak.
- Angkat dan toskan.
- Hidang bersama curahan kicap.


Pinjam dari Google



Sekian, selamat menjamu selera.


Entri cabaran20hari yang lain:
#cabaran20hari 1
#cabaran20hari 2




Cabaran20hari

#Cabaran20Hari - Pengalaman Sahur

8:30 PG


Emmmm..termenung panjang juga mengimbau kenangan-kenangan lalu, ada ke pengalaman sahur yang best untuk dikongsikan? Ermmmm...fikir lagi.

Saya seorang budak yang baik dari kecil, tidak nakal, sangat mendengar cakap kedua ibu bapa. Bermakna, kalau mak kata A, maka A lah yang saya buat. Dari sekolah rendah, bila bulan puasa je, mak saya orang paling sibuk sebab mak saya merupakan seorang tukang jahit. Bukan tukang jahit je, mak saya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Muar. Sebagai seorang anak yang baik, setiap kali sahur saya adalah orang pertama yang emak kejutkan dan saya akan membantu emak menghidangkan juadah sahur. Tidaklah mewah. Kadangkala hanya berlaukkan telur mata dan kicap.

Hinggalah saya meningkat remaja, bersekolah menengah, itulah rutin harian setiap kali bulan puasa tiba. Saya akan membantu emak menyediakan juadah bersahur. Ambil pinggan, sediakan cawan, ceduk nasi yang masih panas sedangkan emak mula sibuk mengejut adik beradik yang lain.

Bila masuk UiTM, bulan puasa saya raikan bersama rakan-rakan sekuliah dan rakan sebilik. Saya jarang bangun sahur walaupun niat di hati memang nak bersahur. Ketika ini, saya mula sudah nakal-nakal sikit. Kawan sebilik kejut untuk bersahur pun saya tak bangun. Rela buat tahi mata. Maka, hampir hari-harilah saya tidak bersahur. Kalau bangun pun, sekadar makan biskut cicah air milo panas.

2011, tahun pertama saya berpuasa dengan gelaran isteri. Sahur memang wajib bagi suami saya, maka gigihlah saya memasak saban hari. En.suami pula tidaklah cerewet sangat bab menu bersahur, yang penting dia dapat telan nasi untuk tenaga seharian.

Pengalaman biasa ketika sahur dan saya pasti ramai yang lalui adalah terlewat untuk bersahur. Saya ada juga terlewat untuk bangun sahur, memang tak sempat masaklah. Bila dah alang-alang terlewat bangun, tengok jam, takde nafsu nak makan apa-apa, teguk jelah air masak pastu sambung buat tahi mata. Ekekeke...


Pinjam dari Google


Entri Cabaran20hari yang lain :
#cabaran20hari 1


Cabaran20hari

#Cabaran20Hari - Apa Erti Puasa Pada Anda

2:00 PTG


Tahun ini, alhamdulillah saya diberi peluang sekali lagi untuk bertemu ramadhan. Meskipun kandungan saya sudah mencecah 28 minggu (7 bulan), in sha Allah saya akan menunaikan rukun islam ke-3 ini selagi mampu. Tidak ramai wanita yang berpeluang berpuasa penuh sebulan kan?


Berpuasa di bulan ramadhan merupakan rukun islam yang ke-3. Wajib dilaksanakan dan ditunaikan bagi yang mampu. Maksud mampu di sini, tiada kemudaratan kepada kesihatan diri.

Berpuasa bukanlah hanya menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan diri dari dari melakukan kemaksiatan, menjaga perilaku, menjaga lidah dan mata. Banyak yang perlu kita jaga sepanjang bulan ramadhan agar ramdhan kita lebih bermakna.

Seperti biasa, tiba saja bulan ramadhan, PARAM ada di mana-mana, antara rajin tak rajin meredah kesesakan atau tidak saja. Saya tidak lah ke PARAM saban hari. Jika tekak teringin je. Jika tidak, masak saja di rumah.

Bulan puasa sinonim dengan tamar kan? Memang wajib setiap kali berbuka untuk bekalan tenaga. Kebetulan, mak abah baru pulang dari mengerjakan umrah sebelum masuk bulan ramadhan, maka stok tamar tu memang adalah. Tidak perlu beli dah.

Apa pula erti puasa pada kawan-kawan? Jom sahut cabaran 20 hari ni.







Celcom

Saya Pengguna Celcom First

8:52 PG


Setelah terminate U-mobile, kami kembali menggunakan perkhidmatan Celcom. Saya memang pengguna Celcom sejak pertama kali menggunakan handphone. Sampai sekarang saya serasi dengan Celcom walaupun ada juga terbeli simkad-simkad lain yang promosinya nampak menarik. Tapi, Celcom juga jadi pilihan utama.

Pada permulaannya, kami ke Celcom Centre Kipmart Masai untuk menukar simkad en.suami yang rosak. Kebetulan, ada promosi Celcom First, so kami pun setuju untuk daftar.


Inilah pakej yang kami langgan.



Untuk keterangan lanjut boleh la ke Celcom Basic38<---Klik sini. atau terus je ke celcom centre. 






Our Life

Sesi Memunggah

8:30 PG


Gigihlah memunggah kotak-kotak simpanan baju Aisyah sewaktu dia masih bayi. Buka kotak ini, eh takde. Kotak lagi satu pun takde. Ah sudah, mana pula baju bayi ni? Fikir punya fikir, oh di bilik tengah ada lagi kotak. Almaklum lebih 3 tahun kotak-kotak tersebut tersimpan. Lupa pula.

Kelam kabut cari dan buka kotak tersebut. Memang ada baju bayi. Barut, bedung perlu diasingkan. Sarung tangan, sarung kaki pun elok lagi. Adalah 2, 3 helai baju bayi yang sesuai. Yang lain ada yang sesuai juga tapi tinggal seluar sahaja. Mana pula pergi bajunya??


Sebahagian saya sedekah kat orang.


Hujung minggu ni sesi membasuh pula. Perlu membuat persediaan serba sedikit. Minggu depan in sha Allah pulang ke kampung halaman pula. Lama tak balik kampung tau. Nak berbuka puasa dengan keluarga sendiri sebab tahun ini giliran beraya sebelah suami.







Aisyah Humaira

Jubah Puteri Di Hanni Raniaku

8:30 PG


Ramaaaaaaiii yang berkenan dengan Jubah Princess ni. Saya pun berkenan juga. Mula-mula skodeng page dia dah jatuh cinta dengan jubah princess tu. Comel kalau Aisyah yang pakai. Kebetulan, gambar yang diupload cuma warna pink dan hijau emerald.

Terus whatApps owner tanya harga dan warna. Keciwa sebab warna yang diinginkan takde. Ermmm.. Tapi, beberapa hari lepas tu ada pula open order untuk warna-warna lain. Termasuklah warna yang saya inginkan. Apa lagi, laju-laju tanya.

Sebenarnya, kami telah ke kedai mereka pada hari Ahad tapi stok belum sampai dan untuk mereka yang menempah sahaja. Alamak!! Saya tak tempah pun, cuma bertanyakan stok dan harga sahaja.

Sewaktu kami mengundurkan kereta, owner memanggil kami dan dia akan beritahu kami kalau ada re-stock. Dan sudah tertulis ia rezeki kami, dapat juga. Alhamdulillah...


Ini jubah anak buah suami saya. Saiz 6 tahun. Siap dengan tudung beriben.


Ini pula gaya Puteri Cik Aisyah. Bukan main suka dia dapat pakai jubah ni.
Saiz 4 tahun. Warna, biarlah rahsia.


Mujur kedai mereka tidak jauh dari rumah kami. Dan mujur juga kami ke kedai mereka dan mencuba jubah tersebut. Aisyah yang berumur 3 tahun lebih perlu memakai jubah bersaiz 4 tahun tau. Kalau saya beli online, mungkin saya akan keciwa sekali lagi.

Jenis material memang terbaik. Sebab saya sudah belek sebelum beli kan. Sesuai untuk kanak-kanak. Lembut dan serap peluh. Dek kecantikan dan keselesaan jubah tersebut, saya yakin kebarangkalian untuk berboria di pagi raya amat tinggi. Keh..keh..

Mereka bukan sahaja menjual jubah yang cantik ni, tapi pelbagai baju kanak-kanak lain. Harga pula, pada saya agak murah berbanding tempat lain. Nak tau apa lagi yang mereka jual?? Jom skodeng.



Saya beli di sini!!!



WhatApps : 014-9895 124

Alamat :
No. 53, Jalan Sagu 15,
Taman Daya,
81100 Johor Bahru.







Celoteh Je

Ujian Di Awal Ramadhan

8:30 PG


22 Jun 2015 - Masuk hari ke-5 berpuasa, tak sangka boleh rasa nak pitam. Di awal pagi terasa sakit perut, tapi kian beransur. Bercadang mahu masuk kerja tengahari, ambil cuti setengah hari. Tapi, jam 11 pagi terasa tekak loya dan kepala pusing. Berdiri lama terasa lain macam. Apatah lagi mahu memandu ke tempat kerja.

Rehat tengahari, en.suami pulang dan bawa saya ke klinik. Dapatlah MC satu hari. Terus terang saya katakan, saya memang mahukan MC sebab mahu rehat di rumah. MC bukan suka-suka. Tapi, doktor klinik panel kami tu takde pon check saya. Tanya soalan je. Takde pula check tekanan darah saya ke apa ke.

RM35, diberi ubat demam sahaja sebab saya mengandung. Bila saya ajukan soalan, kenapa kepala saya pening, nak pitam? Sebab saya puasa ke? Doktor tu jawab acuh tak acuh je, "mungkin kurang air.."

Ok, mungkin!

Tapi, saya dapat MC pun dah ok. Boleh berehat. Kalau saya ke klinik ibu dan anak, tak dapat claim pula. Bila dah larat, saya terpaksa berbuka. Alang-alang sudah berbuka, saya minum air masak banyak-banyak, makan tamar dan rebus sayur bayam untuk tambah darah. Yela, hari ni je terpaksa 'tuang puasa', esok lusa perlu berpuasa selagi tidak memudaratkan saya dan bayi dalam kandungan.

Dalam keadaan sebegini, Tamar Koko banyak membantu. Salah satu fungsinya adalah antioksidan, urat kaki saya kurang rasa kejang-kejang.


Ini pula kisah hari Sabtu. Jumaat petang, en.suami tegur yang tayar kereta kurang angin. Lohhh... Pagi sabtu, pergi kerja seperti biasa sebab jarak rumah dengan tempat kerja dalam 15 minit sahaja. Jam 10 pagi nanti pergi kedai tayar berdekataan dengan kilang untuk tampal tayarlah.




2 batang paku di tayar kiri dan sebatang paku di tayar kanan pula. Dua-dua tayar belah belakang. Redha sajalah, RM15 melayang untuk tampal tayar sahaja. Kawasan parking kami yang banyak paku kot.

Itu kisah hari sabtu. Pagi selasa, tayar sebelah kanan belakang mula kurang angin pula. Petanda tayar harus ditukar mungkin.





Nota Kaki : Nak raya ni macam-macam pula...




Luahan Hati

Teringin

8:30 PG


Terus terang saya katakan, dalam hidup ini semua orang ada kemahuan, ada hasrat terpendam, ada keinginan. Begitu juga saya. Terlalu banyak perkara yang saya inginkan dalam hidup ini. Memang banyak.

Tapi, saya tahu, hidup ini adil. Tidak semua perkara yang kita inginkan akan tercapai. Mungkin akan tercapai, dengan usaha gigih dan keizinan dariNya.

Mungkin hari ini saya tidak dapat mencapainya, siapa tahu hari esok, tahun depan, mungkin 10 tahun mendatang. Wallahuaklam. Andai umur panjang.

Perjalanan tidak selalunya lurus.
Ada kalanya terjumpa juga jalan yang bengkang bengkok bak ular dipalu.
Ada kalanya terjumpa juga jalan yang naik bukit, turun bukit.
Ada kalanya terjumpa juga jalan yang rosak, penuh lubang-lubang.

Begitu juga dalam kehidupan kita.
Adakalanya hari ini cerah hingga ke petang,
Adakalanya hari ini cuaca mendung tetapi mulai cerah di petang hari.
Adakalanya hari ini cuaca cerah di siang hari tetapi hujan ribut di malam hari.

Bagaimana dengan perasaan kita?
Adakalanya kita rasa bahagia.
Adakalanya kita rasa sedih, tersisih dan tidak dihargai.
Adakalanya kita rasa dunia ini tidak adil.

Bilamana berlaku sesuatu dalam diri, adakalanya nafsu, akal nan pendek dan hasutan iblis mudah meresap dalam jiwa. Tika itu, adakalanya terasa ingin pergi jauh, tetapi IMAN yang senipis bawang masih gigih membantu. Memperbetulkan akal fikiran yang berserabut, memperbetulkan akidah yang mula tersasar.

Kadang kala saya terfikir sendiri yang keinginan saya itu simple sahaja. Bukan tidak pernah suarakan. Pernah. Tapi, setiap kali saya suarakan, dibalas pula dengan sindiran. Saya akur. Mungkin keinginan saya ini sesuatu yang berat.

Bagaimana 'suatu' yang kita inginkan dipandang enteng sahaja sedangkan hidup ini sementara cuma. Entah esok lusa salah seorang dari kita mungkin sudah tiada. Siapa tahu.

Di bulan yang mulia ini, saya ingin terus berdoa dan terus berdoa..




Advertorial

Minumlah Tamar Koko

8:30 PG


Kandungan kedua setiap kali checkup, HB memanjang rendah. Biasanya 10.2, 10.4, 10.8. Tapi yang seeloknya atas 11.0. Sejak  usia kandungan 4 bulan lagi. Pil? memang ada telan hari-hari. Dah kena ulang alik ke KK 2 minggu sekali.

======================================

Dek kerana itu, saya ambil supplemen tambahan lain. Dan mencuba minuman koko yang diperkatakan ramai ini.

Kebaikannya tidak dapat disangkalkan lagi. Ramai yang sudah mencuba. Saya je baru cuba-cuba minum. Tamar Koko merupakan campuran gula halus, krimer tanpa tenusu dan estrak Tamar (Kurma) serta serbuk koko yang lazat dan berkhasiat, dengan piawaian IMP. Rasa koko seakan-akan milo tapi memang lebih rasa kokonya




Khasiat Kurma Dan Koko
  • Kurma yang mengandungi zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). Malah wanita yang mengalami haid yang terlalu banyak setiap bulan juga memerlukan zat besi.
  • Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangandan menurunkan tekanan darah.
  • Kaya dengan khasiat protein, serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium.
  • Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi.
  • Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat.
  • Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids.
  • Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan.
  • koko melambatkan proses penuaan.
  • membantu membanyakkan susu ibu (berdasarkan testimoni).


"Berminat untuk rasa keenakan Tamar Koko?

Saya ada jual. Harga kasih sayang hokeyyy..


WhatAps : 019-7095 318 ( Mar Mansor )

FB : Mar Mansor



Blog Janji Kita

Kembali Kosong

8:30 PG


Meskipun berblog sekadar suka-suka, saya tetap meletakkan iklan Nuffnang di blog saya. Hasilnya, ada juga duit jajan buat saya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi tidaklah jadi bukit. Busut pun tidak.

Saya baru cash out  dan akaun Nuffnang saya kembali kosong. Sepanjang berblog sejak tahun 2012, ini adalah kali ke 2 saya cash out. Walaupun jumlahnya tidaklah cecah ratusan tetapi ia tetap duit. Alhamdulillah.


Kembali 0


Masih ada beberapa iklan yang ongoing. Meskipun jumlahnya hanya sen-sen, tapi saya tetap akan kumpul juga. Tahun depan, umur panjang, dapat cash out lagi. In sha Allah..




Nota Kaki : Terima kasih kepada pengunjung blog ini.



Giveaway

Giveaway Duit Raya Dari BBL

10:00 PG



< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang

Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti

BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya




Hello Kitty

Hello Kitty Lunch Box Tiada Stok

8:30 PG


Perasaan teruja yang berubah kecewa apabila barang sampai di tangan. Sob..sob.. Patah. Saya ada kongsikan di SINI. Beli di Lazada sebab ada less. Dan saya pun sukaaaaa lunch box ni. Dah lama nak beli. Bila terdapat kerosakan, segera call Lazada dan return back barang tersebut.

Tapi, stok sudah habis. Kecewa. Kecewa sebab ia sesuatu yang comel berwarna merah jambu dan yang penting Hello Kitty!! Maka, pihak Lazada refund. Duit akan masuk tak lama lagi. Mungkin plan akan beli lunch box yang lain. Cari yang banyak kegunaan. Takpe, banyak pilihan lain.

Tujuan membelinya pun untuk memudahkan saya memasak untuk sahur di bulan puasa. Almaklumlah, walaupun keluarga saya ni kecil saja, tapi perlu memasak dua kali. Memasak untuk berbuka biasanya menu pilihan bukan nasi. Tapi, untuk bersahur en.suami perlu makan nasi.

Selain itu, ia mampu memanaskan makanan. Tekan je suis. Harga pula, mampu milik. Itu yang teruja sikit.






Islam Agamaku

Makna Bacaan Dalam Solat

8:30 PG



Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Nota Kaki : Perkongsian


Our Life

Mengecat Rumah

10:19 PG



Raya tahun ni memang perlu cat rumah. Mana tidaknya dinding sudah penuh dengan hasil seni anak dara. Lagipula, dinding sudah mula berkulat. Cat asal kan warna putih coating gitu je. Masa masuk rumah lebih 3 tahun yang lalu, tak sempat nak mengecat sebab seminggu lepas kami pindah, saya sudah selamat melahirkan puteri sulung kami.

Ketika itu, berpindah kerana rumah sewa kami agak tidak selesa jika ada anak kecil. Dan kebetulan rumah kami pun baru je siap, segala kunci sudah dapat. Meter api dan air juga sudah pasang. Dan kami hanya membuat pemasangan grill dan tinted sliding door demi keselamatan. Kebetulan juga barisan rumah kami sudah ada keluarga yang pindah, terburu-buru juga pindah demi anak yang bakal dilahirkan.


Bersemangat Cik Aisyah membantu


Perancangan asal, sebelum masuk bulan Ramadhan sudah siap. Tapi, dek aral yang mendatang, terpaksa tangguh-tangguh, tong cat terbiar di bilik belakang hinggalah 2 hari lalu baru dapat menjalankan proses pengecatan. Itu pun, dapat buat sikit je. Yelah, malam-malam mengecat. 

Semalam pula, en.suami ada hal. Terpaksa sambung malam tadi. Mungkin akan mengambil masa sehari dua lagi. Cepat siap, senang. Boleh la en.suami ke surau menjalankan ibadah terawih.




Nota Kaki : Warna cat adalah pilihan mem...^___^


Islam Agamaku

Salam Ramadhan 1436H

9:36 PG



Hari terakhir di bulan Syaaban, saya menyusun 10 jari memohon keampunan atas kesalahan dan kekhilafan saya. Andai ada tulisan saya yang menyinggung hati sesiapa yang membacanya. Siapa tahu. Harap bukakan hati untuk mengampunkan.







Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua kawan dan pembaca yang sudi singgah di blog ini.



Nota Kaki : Nak tengok harga makanan kat Bazar nanti..









Islam Agamaku

Siapa Tak Sentap?

9:00 PG






Siapa yang tak sentap bila baca 'status' ni? Memang 'sakitnya tuh di sini'. Tapi, bila baca status macam ni di laman sosial secara tiba-tiba, adakah kita terus tinggalkan gadget kita tu ye?

Rasa sentap sekejap, kemudian, buat lagi. Itu sayalah. Bukan orang lain. Tapi saya takdelah pegang gadget 24 jam, hingga up status 5 minit sekali, hingga orang akan mudah berfikir, "eh dia ni rajin up status, takde keje eh?" Itu pendapat orang yang melihat secara kasar dan secara logik.



Nota Kaki : Muhasabah diri, moga bulan puasa ni mampu khatam







Kehidupan

Tanggungjawab Seorang Pengasuh

8:30 PG


Terus terang saya katakan, zaman sekarang, zaman yang menuntut kewangan. Bukan kerana mahu mewah tetapi untuk kelangsungan hidup yang tak masuk dek akal. Rezeki masing-masing telah ditentukan, kita yang perlu menentukan hala tuju kita sendiri.
Jika kita mahu jadi suri rumah, teruskan usaha dan jangan sesekali bersungut dan berbeza-bezakan tanggungjawab suri rumah dan wanita bekerja.

Jika kita seorng yang bekerja, punya kerjaya yang bagus jangan sesekali memperlekehkan suri rumah. Bila berbicara tentang suri rumah, saya pun ada cita-cita ke arah itu. Menjaga dan mendidik anak sendiri di rumah.
Jika saya seorang suri rumah, saya akan jadi pengasuh. Mahu berniaga, tidak pandai. Mahu buat kuih pun belum cukup kemahiran dan peralatan. Untuk menambahkan duit poket bulanan, bolehlah saya asuh dan jaga anak-anak mereka yang memerlukan pengasuh. 
Bukan mudah jadi seorang pengasuh. Tanggungjawab besar. Diberi amanah untuk menjaga anak orang. Dalam masa yang sama, seorang pengasuh juga akan mendidik dan membantu ibu bapa yang bekerja.
Betapa murninya tanggungjawab itu. Kalau hanya lihat pada wang semata-mata, memang hilang kemurniaan itu. Seorang pengasuh walaupun bayaran bulanan tidak sebesar mana tapi ia satu 'pekerjaan' yang penting.
 
Mana tidaknya..

Seorang pengasuh membantu ibu bapa yang bekerja menjaga anak mereka.
Seorang pengasuh membantu mengurangkan kerisauan ibu bapa yang bekerja.
Seorang pengasuh membantu mendidik anak bangsa sendiri.
Seorang pengasuh membantu meringankan beban dan tanggungjawab ibu bapa yang bekerja.

Seorang pengasuh perlu punya hati yang tulus. Tanpa hati yang tulus, kerja pun tidak semurni mana. Betapa besarnya jasa seorang pengasuh dalam kehidupan seharian kita.


Cinta hati saya ~ Gambar lama

Jika pengasuh sakit, kita pun risau sebab perlu ambil cuti.
Bila pengasuh mahu ambil cuti atas urusan mereka, kita juga risau sebab kita perlu ambil cuti juga.

Tidak kiralah kita di mana, hakikatnya pengasuh itu seorang manusia seperti kita juga. Ada kalanya sakit, adakalanya ada urusan dunia yang kita sendiri tidak tahu ketentuanNya.
Doa saya buat semua pengasuh, moga pengasuh yang mengasuh anak-anak ini murah rezeki sebab sudi menjaga anak-anak kita.
Nota Kaki : Jangan dipandang pada wang ringgit sahaja.. sedangkan sifat insani terbang bak duit yang kita belanjakan..




Keluarga

Mereka Sudah Pulang

8:30 PG


2 minggu yang lalu, mereka berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Dan mereka sudah selamat kembali pada hari isnin, 8 Jun 2015 jam 1.00 pagi. Alhmadulillah. Sejuta kesyukuran saya panjatkan. Mereka masih di Rawang, rumah kakak saya. Sihat-sihat sahaja, cuma batuk-batuk.

Kan cuti sekolah, kakak saya bercuti ke Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Adik saya pula memang duduk dengan kakak saya tu. Bujang lagi. Adik sayalah yang menjemput mereka di airport. Dan khamis malam, kakak saya dan suaminya pula pulang ke tanahair.


Kenangan mereka








Pengalamanku

Terminate U Mobile

8:30 PG

Assalamualaikum

Terminate U Mobile | Masa tarik pelanggan, bukan main kebabom dia terangkan sampai saya boleh terpengaruh. 10G katanya. Check kawasan liputan, budak u mobile tu cakap, line ok tu. Pendaftaran sebanyak RM150 saya pejam mata je bayar. Tapi, selepas selesai pendaftaran, barulah tahu 5G untuk waktu siang, sementara baki 5G lagi sebelah malam pula. Ada pula kami beronline jam 2, 3 pagi. Ciss..

10 bulan pertama, hanya perlu bayar RM58. Selepas 10 bulan, barulah bayar RM68. Tiada kontrak dan boleh terminate bila-bila masa sahaja.

Bulan pertama dan ke dua laju uii... Masuk bulan ke 3 dah lemau. Makin lemau dan lemau. Lama juga guan sebelum nekad nak terminate. Line macam siput. Menyampah nak guna. Sampai saya tak berapa guna pun line internet ni. Memang tak berbaloi rasanya bayar RM58 sebulan untuk 5G yang tak berapa guna. Mana tidaknya saya guna line Celcom di tab, RM38 sebulan sebanyak 2G ok je. Memang geram habis.

Lagi best, bila GST dilancarkan, bil sudah menjadi RM61.48. Cas GST sebanyak RM3.48~ RM3.50 telah dikenakan. Ermmm...

Bil selepas GST


Setelah berbincang dengan en.suami, keputusan telah dibuat. Terminate! Terus ke centre U Mobile di taman molek. Terus juga bayar bil yang tertunggak.

Bil yang perlu dijelaskan untuk potong line internet sendu tu.


Garu kepala jugalah bila jumlah yang perlu dibayar sebanyak RM129.32. Aik? Takkan lebih 2 bulan tak bayar? Tiap-tiap bulan kami bayar. Itu harga setelah dicampur GST tau. Sekali lagi pejam mata keluarkan duit tapi bukan duit saya. Hehehe..

Dan sekarang kami beralih ke line internet lain pula. Berbalik kepada asal. Apa dia? Nanti saya kongsikan.



Amaran : Ini adalah pengalaman benar saya. Tiada niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Sebagai pengguna, saya berhak untuk memilih dan komplen apa jua perkhidmatan yang saya rasa tidak adil, tamak dan tidak berbaloi. Hak pengguna. Mereka yang berkaitan U Mobile tidak berhak untuk marah dengan entri saya ini. Sekian, terima kasih daun keladi.


Nota Kaki : Makin menyampah dengan GST.. >___<





Islam Agamaku

Golongan Manusia

8:30 PG


Diriwayatkan satu kisah oleh Wahab Bin Munabbih yang mengatakan: "Sesungguhnya Iblis pernah bertemu dengan Nabi Allah Yahya bin Zakaria a.s, lalu Nabi Zakaria a.s berkata kepada Iblis: "Ceritakan kepadaku tabiat perangai manusia menurut pandangan kamu". Lalu Iblis menjawab:

1. Golongan pertama dari manusia ialah seperti kamu ini. Mereka ini terpelihara (dari kejahatan dan dosa).

2. Golongan yang kedua adalah mereka yang berada dalam genggaman kami sebagaimana bola berada di tangan anak-anak kamu. Mereka menyerah diri mereka bulat-bulat kepada kami.

3. Golongan yang ketiga ialah golongan yang sangat sukar untuk kami kuasai mereka. Kami menemui salah seorang dari mereka dan kami berjaya memperdayakannya dan mencapai hajat kami tetapi ia segera memohon keampunan (bila ia sedar) dan dengan istighfar itu rosaklah apa yang kami dapati darinya. Maka kami tetap tidak berputus asa untuk menggodanya dan kami tidak akan mendapati hajat kami tercapai.

Apabila terlibat dalam kesalahan mereka segera bertaubat. Begitu juga bila mereka melakukan maksiat mereka segera sedar dan menyesal serta memohon keampunan dari Allah.


Allah swt berfirman:
وَالَّذِينَ إِ َ ذا َفعَلُوا فَاحِشًَة َأوْ َ ظَلمُوا َأنْفُسَهُمْ َ ذ َ كرُوا اللَّهَ فَاسْتَغَْفرُوا لِ ُ ذنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ
إِلَّا اللَّهُ وََلمْ يُصِرُّوا عََلى مَا َفعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُو َ ن
Maksudnya: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah Al-'Imran 3: Ayat 135)


Nabi saw bersabda  "Setiap anak Adam (manusia) itu melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang bertaubat.
(Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi).




Nota Kaki : Perkongsian

Islam Agamaku

Berhati-hati Memilih

8:30 PG


Viral mengenai telekung bercorak salib yang sudah mula memasuki pasaran Malaysia. Saya sangat terkejut bila wujudnya telekung bercorak macam tu. Ish..minta dijauhkan dari kita semua. Nauzubillah..


Pinjam dari Google


Sebelum ni pun viral mengenai telekung kanak-kanak bercorak frozen. Satu lagi perkara yang tidak logik dek akal. Telekung adalah pakaian solat. Sedangkan orang lelaki, tidak boleh memakai baju t-shirt yang bukan-bukan ketika solat.

Pinjam dari Google


Sekarang ni pula lambakan tudung frozen pula dijual. Ini bukan baru, sudah berbulan-bulan juga di pasaran. Kenapa perlu meletakkan gambar kartun tidak bertudung, tidak menutup aurat di tudung? Di baju kurung, malahan jubah pun. 

Memang tidak dapat disangkalkan, budak perempuan ramai yang menggilai kartun ini, tapi sebagai ibubapa,tanya diri sendiri.

Apa tujuan kita mengajar anak untuk menutup aurat? Untuk menjaga maruah seorang perempuan bukan? Untuk menutup rambut. Tuntutan agama.

Pinjam dari Google


Saya memang tidak berkenan sejak ia dipasarkan. Kalau di baju mungkin tidak berat, perkara biasa. Tapi, untuk tujuan menutup aurat, ia sesuatu yang tidak logik! Seolah kita mengagungkan kartun barat ini, hingga menutup kepala pun ada wajah mereka. Memang mengarut.

Pakai tudung, tutup aurat tapi di kepala ada kartun yang seksi. Hurmm...

Tidaklah berniat untuk menjatuhkan business orang lain. Tapi, kita dikuniakan akal fikiran. Business, business juga. Mana yang baik kita kongsikan, yang rasa tak baik tu kita jauhkan.




Pilihan di tangan masing-masing. Tepuk dada, tanya iman.
~ Wallahuaklam ~



Aisyah Humaira

Bila Anak Suka Menconteng

8:30 PG


Aisyah mula mengenal pensel, belajar memegang pensel sejak berusia setahun lebih. Waktu itu, pengasuh Aisyah turut menjaga seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun. Sudah ke sekolah tadika. Apa yang kakaknya buat, Aisyah akan tiru.

Aisyah memang pantang dengan benda yang bernama PENSEL! Pensel upin ipin yang tidak boleh hilang dari pandangan matanya, dibeli ketika saya mengisi minyak kereta di Petron. Masuk je kedai tu, terus dia nampak bahagian barangan upin ipin, minta bekas pensel berserta peralatan menulis yang berharga RM16.90! Erkkk...tercekik mak.


Tu dia, pensel Upin Ipin dan buku kecil sentiasa di tangan.


Saya ada menonton video seorang kanak-kanak di Iraq yang sudah kematian ibunya, melukis gambar ibu di lantai dan kemudian tidur sambil memeluk gambar yang dilukisnya itu. Memang sayu menonton video tersebut. Kebetulan, Aisyah juga menonton video tersebut. Dia sudah faham akan perasaan sedih.


Maka, terhasillah wajah 'ibu' di dinding.


Touching wehh walaupun geram sebab dia sesuka hati menconteng dinding rumah. Kemudian, saya beri kertas pula. Aisyah minta saya lukis IBU. Kemudian, lukis ANAK. Kemudian, lukis AYAH.

Punyalah suka hingga dia simpan lukisan tersebut dalam almari bajunya. Bila ayahnya masuk ke bilik, terus dia tarik tangan ayah dan tunjuk lukisan itu.


Aisyah : Ayah, sini. Tengok ni. Ini ibu dia, ini anak dia, ini ayah dia.


Terus en.suami peluk dan cium dia. Alahai...melting habis. Babak anak beranak sungguh. Saya yang sekadar menjadi pemerhati rasa terharu sangat.


Kenapa ye budak suka menconteng dinding?

Bak kata bos saya, jangan marah bila anak menconteng dinding, biarkan. Jangan sekat perkembangan otak dia. Budak memang macam tu. Kita bagi kertas macamana pun dia tetap akan menconteng dinding. Budak cepat bosan hanya melukis di helaian kertas yang agak limit. Di dinding, permukaannya luas dan dia boleh berimaginasi seluas-luasnya. Dia stress asyik conteng kertas je, mak pak nya pula stress nak mengecat rumah. Ngeh ngeh..



Penyudahnya, kami redha dengan keadaan dinding rumah yang penuh 'seni'. Pandai pula tu, buat kerja ketika orang tidak memerhatikannya. Tiba-tiba ada je hasil karya baru.





Nota Kaki : Nak raya ni, kena cat rumah..