Our Life

Lambatkanlah Waktu

12:48 PTG


Cepatnya masa berlalu! Dari ahad lepas kami 3 beranak sudah pulang ke rumah. Berat hati nak meninggalkan kampung.



Maka, merasalah saya menjadi surirumah sepenuh masa selama seminggu sebelum masuk kerja isnin depan.

Tinggal 2 hari je lagi.

Anak Ke2

Rindukan Momen Itu

8:40 PG


Viral paling hot di kalangan para ibu dan membuat saya terkesan.



Saat paling indah bila si kecil yang dikandung selama 9 bulan 1 hari selamat dilahirkan. Bertambah indah bila si kecil mula menghisap susu badan ibunya. Satu momen yang cukup indah bila bayi kenyang dengan menghisap susu ibunya.

Saya lalui momen itu. Waktu itu, Ya Allah, bahagianya saya. Gembiranya hati ini kerana dapat menyusukan bayi sendiri. Tiap kali bayi menangis minta susu, saya terus angkat dan meribanya. Bagi susu badan. Bersyukur sangat dapat menyusukan anak ke-2 ini. Anak pertama dahulu, susu ada tapi ntah kenapa kering.

Oleh kerana anak pertama saya gagal menyusukan anak, saya sudah nekad untuk menyusukan bayi ke-2 saya dengan susu badan. Saya yakin, saya boleh. Doa tidak pernah putus.

Pam sudah dibeli. Stanby susu formula? Tidak sama sekali. Saya tahu saya boleh.

10 hari pertama ketika berpantang adalah saat yang indah buat saya. Susu saya mampu mengenyangkan bayi saya. TAPI,dia kerap bangun dan menangis, mulalah kedengaran suara sumbang, saya takde susu!

Saya memang marah. Sakit hati mendengarnya. Saya sabarkan hati dan tetap yakin, air susu saya cukup untuk dia. Perut dia kecil sebab tu dia bangun setiap 30 minit menyusu. Dia berak, kencing. Memang yakin dia kenyang.

Saya hanya mampu berkata, "Janganlah cakap takde susu. Cakaplah susu cukup untuk adik" Kemudian, saya rasa nak nangis.

Keadaan bertambah buruk bila emak dan abah saya pulang ke kampung dalam 2 hari. Ada hal sikit. Saya baru bersalin 4 hari, badan lemah lagi. Bila emak takde, saya rasa susah. Dengan kakak yang tengah nakal. Adik pula perlu berulang alik ke klinik sebab ada kuning. Kalau tidak kerana ada temujanji adik di HSA, dah lama saya balik kampung.

Bila emak takde, saya menangis juga. Makan saya entah ke mana, nak mandi pun, jerang air sendiri. Tengahari baru dapat mandi. En suami pula ada urusan adiknya mahu kahwin. Cari kadi lah apalah. Waktu itu rasa nak marah je dengan semua orang dalam rumah yang tak membantu tapi semak dalam rumah saya. Marah juga pada orang yang sibuk minta bantuan en suami sedangkan saya lebih memerlukan bantuan.

Orang kata, waktu berpantang memang banyak cabarannya. Saya sabarkan hati. Positifkan minda demi anak. Bila bacaan kuning adik kembali naik, saya dikecam lagi. Takde susu! Dek kerana marah, saya beli susu formula untuk adik. Mamex cherish sepertimana yang Cik Aisyah minum dulu. 400gm, RM44.50. Nah!!

Tapi, bf tetap saya teruskan. Kalau bancuh susu formula, tidak berusik. Saya gembira sebab mampu menyakinkan mereka.

Selepas 8 hari di rumah sendiri, kuning adik tidak juga turun, saya pulang ke kampung bersama emak abah. Kuning adik turun dari sehari ke sehari.

Lepas kuning adik baik, makoihhh kuat betul dia minum susu. Tapi, saya yakin saya boleh. Ya, susu saya cukup. Bermulalah kajian pemakanan saya lakukan agar susu terus mencukupi untuk adik. Hari-hari menu saya mesti makanan yang membantu membanyakkan susu badan.

Tapi, bila Allah sudah tentukan itu sahaja rezeki untuk adik, saya hanya mampu tawakal. Hinggalah satu masa, adik terus tak mahu df. Miss b saya diluahnya, tak mahu hisap. Ohhhh anak...

Saya tetap pam. Walaupun hasiknya tidak mampu mengenyangkan adik walau untuk sekali dia minum, tapi saya tetap terus pam mengikut jadual.

Ya, saya akui saya rasa sikit kecewa dengan hasil pam saya. Tapi, saya masih lagi berusaha. Sebelum saya naik kerja minggu depan.

Produk milkbooster yang ada jual di pasaran juga saya ada beli. Lepas habis 1 jenama, saya cuba jenama lain pula. Berurut, pun dah buat. Pendek kata, segala petua yang orang kongsikan saya dah cuba.

Ada terbaca di satu page FB, komen seorang ahli yang membuatkan jiwa saya sayu,, menyampah.

"Susu ibu mudah dihadam. Susu formula lambat hadam sebab tu baby tidur je. Baby penat. Kesian kat baby"



Nota Kaki : Nanti sambung lagi..



Anak Ke2

Milkbooster Saya

8:30 PG


Dalam masa saya kecewa dengan diri sendiri, saya tetap amalkan makanan yang membantu menghasilkan susu badan.

Ye, susu badan saya tidak seperti mereka yang melimpah ruah. Ada orang tu tidak perlu makan pantang bagai, mencurah-curah air susu keluar. Itu rezeki anak dia. Saya sedar saya perlu usaha lebih.

Tak mahu dah berhabisan duit, terjebak dengan lambakan iklan-iklan milkbooster.



Susu dan ESP shaklee adalah stok wajib saya. Asalnya amalkan ESP sebab mahukan kulit cantik. Sampai kini masih mengamalnya. Ramai yang serasi menjadikan ESP sebagai milkbooster.

Bila bosan minum bersama susu, saya ambil bersama tamar koko pula. Tukar-tukar selera. Tapi, saya lebih banyak minum susu.

Horlick pun bertujuan untuk tukar-tukar selera. Selalunya, ambil waktu pagi bersama susu.

Campuran kurma merah dan longan pula pemberian kawan saya sewaktu melawat saya tempoh hari. Dia amalkan minuman ini dan setiap kali sesi perahan dia mampu mengepam hingga 8 oz.


Bagi saya, saya tetap bersyukur dengan pemberiannya. Sikit atau banyak.





Anak Ke2

MGTT Selepas Bersalin

9:05 PG


Diabetes ketika hamil seperti saya, WAJIB minum air gula selepas 6 minggu bersalin. Sewaktu nurse klinik desa keluarkan surat dan memberikan tarikh untuk minum air gula, tekak sudah terasa kembang. Ingatkan, selepas bersalin dah lega. Ermmmm... nangis...

Maka, berpuasalah saya. Lapar wehhh..



13 Oktober 2015 - Saya ke KK Chaah untuk minum air gula. Mula-mula, saya ke klinik desa maokil. Ciss, takde buat minum air gula kat situ rupanya walhal saya ingat lagi saya telah bertanya sebanyak 2 kali.

Saat menaip entri ini, saya tercangok di kerusi klinik menunggu 2 jam untuk proses seterusnya. Air gula di KK Chaah ada perisa oren. Hishhh.... Terus terang saya katakan, saya rela minum tanpa perisa. Tapi, laju je saya telan air gula tu sebab saya anggap macam air coca cola, bila teguk sekali, mahu berkali-kali.

Tujuan minum air gula kali ini adalah untuk memastikan ibu free diabetes selepas bersalin. Harapnya tidak lah melekat penyakit ni.








Anak Ke2

Baby Wipes

8:30 PG


Terus terang saya katakan, selama tempoh berpantang anak ke-2 ini saya kerap keluar rumah. 15 hari pertama, ke klinik sebab bayi ada jaundis.

Selain itu, saya perlu membeli barang kelengkapan bayi dan abah sayalah yang jadi driver. Emak selalu pesan, bia berjalan perlu hati-hati. Silap langkah lain pula jadinya.

Lampin pakai buang dan baby wipes memang larap. 1 beg diaper yang berkuantiti 64 keping hanya bertahan 6 hari. Secara purata, sehari 10 keping penggunaan.

Kalau nak tunggu en.suami agak payah. Dia tidak boleh sangat balik kampung hujung minggu. Kerja sebagai chargeman memang macam tu.

Hari tu singgah Guardian, ada less. Belian ke-2 dapat separuh harga. Agak berbaloi. Itu pun rasa menyesal cuma grab 2 beg je baby wipes. 1 beg ada 2 pek dan 1 pek ada 90 keping. Saya lebih suka guna ini dari jenama lain.



Alang-alang tu, grab sekali tisu muka. 2 pek ni hanya RM5. 1 pek ada sedozen. Wallah.





Nota Kaki : Tak ingat pula sampai bila..



Alif Ziyad

Ye..Saya Cemburu

8:32 PG


Saya faham perasaan seorang ibu apabila dia rasa bersalah tidak dapat memberikan susu ibu sepenuhnya. Mungkin ada ramai ibu diluar sana akan memberikan banyak nasihat, dan cuba meyakinkan ibu yang mengalami situasi ini.

Sebagai seorang ibu, saya sudah berniat, nekad untuk menyusukan bayi saya dengan susu ibu sepenuhnya sekurang-kurang 6 bulan. Dan akan terus berusaha hingga 2 tahun.

Saya sangat cemburu dengan ibu-ibu yang mempunyai susu badan melimpah ruah. Hingga basah lencun jika tidak dipam. Saya pula..ermmm..

Rezeki bayi-bayinya



Tolong jangan tambahkan derita perasaan saya.

Klik untuk baca


Jika tidak, tidaklah saya sudah membeli pam susu, Lacte Duet ketika usia kandungan 4 bulan. Sebagai motivasi dan membulatkan lagi tekad saya.

15 hari pertama, susu saya cukup untuk bayi saya. Bila bayi semakin membesar, hingga naik 600gm dalam masa 20 hari, dia kerap mengamuk bila saya berikan susu badan. Meraung. Tapi, saya tetap yakin, susu saya cukup untuk dia. SAYA YAKIN!! dan doa tidak pernah putus.



SAYA ANGGAP INI UJIAN BUAT SAYA..

Setiap kali pam, hanya dapat 1 oz. Kadang tu, tidak sampai pun. Saya cuba positifkan diri, menghiburkan hati sendiri. Setiap kali sesi mengepam, saya santaikan diri. Setiap 3 jam saya pam, cuma sesekali ada termiss. Tapi, hasil tetap sama.

Saya tidak akan putus asa. Perjalanan masih jauh lagi.

Siapa tak sedih bila terpaksa memberikan susu formula kepada bayi. Tapi, mak saya cakap, KITA DAH USAHA. BUKAN TAK USAHA..

Supplemen saya ada ambil. In sha Allah, saya akan terus mengepam walaupun sikit. Itu hak bayi saya meskipun sikit.


Kata-kata semangat untuk saya..





Luahan Hati

Bila Cuti

8:21 PG


Sebulan cuti bersalin telah berlalu. Ada 4 minggu lagi sebelum saya naik kerja semula. Bila sudah lama bercuti, rakan sekerja tanya mengenai kerja, mulalah blurr. Mana nak ingat, sebab otak dah tepu, stress tak cukup tidur lagi.

Tapi, berblog dan berwhataps, tak tinggal. Benda tak stress kan.

Maaflah kawanku, saya blurr bila tanya pasal kerja. Tapi, dalam masa yang sama, saya risau juga kerana sedikit kesalahan yang saya lakukan, kecoh hingga menyalahkan orang lain. Mungkinlah saya yang buat salah. Saya pun dah tak ingat.

Lagi best, kot naik kerja nanti saya disuruh letak notis ke kan. Maklumlah, bapak tiri kat singapore tu tak boleh diduga. Aloh, setakat gaji saya ni, tak luak pun duit dia tu. Setakat duit makan malam dia je kalau diconvert dalam dolar.

Dari kena maki "are u stupid, right", baiklah hantar notis. Tapi, ini imaginasi saya je. Sebagaimana yang berlaku terhadap bekas staff yang saya gantikan 8 tahun yang lalu.








Alif Ziyad

Adik Sudah Sebulan

8:30 PG


Nama si adik, Muhammad Alif Ziyad. Yang bermaksud, kelebihan kawan rapat. Lebih kurang begitu.

Lahir dengan berat 2.4kg.

Selepas 10 hari, beratnya 2.5kg.

Selepas 15 hari, kes jaundis adik ditutup. Lega.

Selepas 20 hari, beratnya 3.0kg.

Dan selepas 30 hari, beratnya 3.49kg.

Semakin semangat dia. Menyusu memang kuat. Adik sihat, perkembangannya memuaskan.

Pemeriksaan kesihatan sebulan, adik kena cucuk. Menangis lah. Lepas tu dia tidur. Minum susu, tidur. Minum susu tidur.

Sehingga hari ini, saya masih cuba untuk menyusukan adik walaupun campur dengan susu formula juga. In sha Allah, satu hari nanti impian saya tercapai.