Petua Rawat Tumit Kaki Pecah

8:30 PG


1. Buah kedondong dan kunyit hidup.
Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur.
Letakkan bahan yang telah ditumbuk itu di atas daun sirih. Lipatkan.
Layur lipatan daun tersebut atas api kecil. Apabila suam-suam, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan sehingga seminggu.

2. Bawang merah
Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

3. Belimbing buluh
Gosok buah belimbing buluh pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

4. Asam Jawa
Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam. Seeloknya guna garam bukit. Lakukan selalu hingga tumit kaki licin.

5. Rumput
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari hingga berpuas hati.

6. Lemak ayam
Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

7. Nasi
Lenyekkan beberapa butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari beberapa kali.

8. Daun pisang
Ramas beberapa helai daun pisang yang kering. Gosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

9. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil yang berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

10. Betik muda
Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.


Selamat mencuba





~Sumber : fb

You Might Also Like

7 comments

  1. tetiba akak termengidam buah kedondong

    BalasPadam
  2. banyak rupanya petua..naknkena rajin je ni..klu malas beli krim jelah sapu kan.hehe

    BalasPadam
  3. sejak el mkn vit c ni kan kulit merekah kat tumit tu hilang...terasa diriku begitu berharga hehe

    BalasPadam
  4. Bagus tips no, syukur setakat ni kaki lya x da brmslh

    BalasPadam
  5. Terima kasih, tips yang berguna
    Kena pakai selipar dalam rumah, kalau tak memang cepat pecat tumit

    BalasPadam
  6. boleh cuba..tak perlu g watson beli yg mahal

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.