Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Penangan Group FB


Saya sangat aktif berfb sejak dalam pantang. Kalau tidak, tidak berapa aktif juga meskipun ketika itu kawan saya di fb beratus-ratus orang.

Keasyikan saya berfb terbawa-bawa hingga habis pantang. Tapi!!! Jangan salah anggap pula. Tidaklah saya berfb sentiasa. Tidak! Kalau tidak, tidak lah segala urusan rumah, anak, kerja di pejabat boleh beres.

Saya banyak join group dalam masa berpantang. Antara group yang saya suka,


Saya join masa tu ahli baru beberapa ratus. Lepas beberapa hari saja dah naik beribu-ribu. Sekarang ahli dah lebih 300K! Wow!! Macam-macam menu yang buat saya terliur. Dan of course la wujudnya menu viral.


Ini pun saya join ketika masa berpantang. Banyak ilmu yang saya kutip.
Tapi, sejak kebelakangan ni group ni seolah jadi tempat perbalahan, tempat meluahkan perasaan, tempat meminta simpati.
Masing-masing nak beri pendapat masing-masing. Kecam mengecam sampai saya naik bosan. Saya pernah unjoined sekejap, kemudian joined semula. Ermmm..



Group ni pun saya gemar. Macam-macam saya beli. Ada yang preloved, ada yang baru. Ni baru sikit ni.

Baju Aisyah

Baju Alif

JJ Cole body support



Group ni sangat penting bagi ibu hamil dan berpantang. Mahu mencari breastpump dengan harga murah. Malah preloved breastpump dengan condition tip top banyak di letgo di sini.


Dan group last saya join dan suka,


Banyak juga contest yang saya join. Dan pernah menang sekali.
Saya pernah buat contest dan contest sudah tamat pun. Pemenang juga sudah menerima hadiah mereka. Contest sekadar suka-suka kan.
Tapi, terus terang saya katakan saya tak gemar dan tak join contest yang perlu tagging seramai rakan yang boleh dan dapatkan like paling banyak.


Join contest suka-suka kat group fb. Tak sangka pula jadi pemenang saguhati.


Dapat 2 biji bola ada loceng.
Main golek-golek macam kucing.


Semua group ni saya masih follow. Bila bosan-bosan, saya bacalah apa newfeed di wall group-group tersebut.

Kerana group ni semua lah bilangan friend saya juga meningkat. Kebanyakkannya saya ignore je sebab memasing add friend sebad nak jual barang, nak ajak join contest, nak tag.

Sekarang, friend di fb saya lebih 1k. Semua gara-gara group fb ni lah. Tapi, nak dapat 10 likes pon kemain payah. Huhuhu..

*Krik...krik..*





Nota Kaki : Buang yang keruh, ambikl yang jernih. Yang baik kita jadikan pedoman, yang buruk kita tinggalkan jadikan pengajaran.





Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. hehehe sy pun banyak masuk group dkt FB sis. Selain membeli, boleh jugak menjual kan.. kurang skit brg yg x pakai especially baju. Skrg smua hujung jari nak cari apa apa masuk je group yg sesuai. =) salam perkenalan sis!

    BalasPadam
  2. ade grup yg berguna semasa shj..grup yg share bnda xbfaedah kite unjoin,,,

    BalasPadam
  3. sy pn penah join satu gp tp lupa da nama penuh gp tu tp berkaitan dgn menyusu pantang jugak la..rasa2 mcm gp yg sis mention kat atas tu.. sbb left gp sbb mcm sis ckp jgk...masing2 nak bergaduh...serabut tgk so sy left terus hehe...hati pon x sakit...

    baju aliff yg bawah wane biru tu kan sm mcm alma pnya hehe...dlu beli sbb ingatkan dlm perut boboi...ekeke..siap beli 2 kaler, corak sm..biru n kelabu ahaks

    BalasPadam
  4. Wahhh..Byknya group..Sy ada 1 je..Ttg solid food for baby..kiki

    BalasPadam
  5. Byknye group mar join..falsya nie xde langsung join group yg berkaitan dgn anak..hehehe..

    BalasPadam
  6. aida pun byk join grup fb.
    tapi x pernah aktif pun.
    join tu semua sebab nak beli brg ke, resepi ke.
    as for friend fb, aida tapis.
    kalu tak kenal, x approve pun.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code