Aisyah Humaira

Aisyah Dulu & Sekarang

9:58 PG

Assalamualaikum

Godek-godek handphone, jumpa pula gambar-gambar lama dia. Rindunya dengan keletah dia suatu masa dahulu. Tak lama lagi, Alif pula akan beraksi macam dia.


Masa ni ayah dia sibuk study sebab nak attend interview. Dia pula sibuk kacau kertas-kertas yang ada.



Di hadapan rumah nenek atuknya di kampung. Ketika hari raya Korban 2 tahun lepas. Rambut pun masih pendek lagi.


Juga di rumah atuk neneknya di kampung. Waktu ini saya masih dalam pantang. Berangan mahu jadi pari-pari. Mahu jaga ibu katanya.


Di nursery tepi jalan di Labis. Penuh pasu bunga cantik-cantik. Rambang mata. Dia ikut nenek dan Cik Uminya berjalan.



Gambar bulan lepas. Dia yang sekarang, kian membesar. Sudah jadi kakak. Tahun depan nak sekolah dah. Sob..sob...touching..





Doa

Ibu, Janganlah Gaduh

1:22 PTG

Assalamualaikum
"Ibu, janganlah gaduh. Tak baik tau. Nanti Allah marah"



Ada kisah disebalik kata-kata itu. Bukan aku yang bergaduh. Tapi, kalau ikutkan hati nak je bagi penumbuk kat perempuan mereng berkereta Honda putih tu.

Gara-gara perkara kecil, keluar gangster kampung, nak hentak en.suami. Gangster kampung tu, suami perempuan mereng tu. Dasar tak sedar diri, menumpang di negeri orang (perempuan mereng tu).

Sebelum ada yang pecah muka, dileraikan oleh pakciknya. Rumah pakciknya dekat je. Kami beransur kerana menghormati orang-orang tua di situ. Tidak habis di situ, lelaki yang katanya cukup terkenal di situ mengejar kami dengan motor.

"Ketepi-ketepi!"

Mengarah kereta kami ke tepi seolah polis trafik. (sila bayangkan). Berhentilah kami di tepi jalan. Dia memberhentikan motornya di hadapan kereta kami.
En.suami bersalaman dengannya. 

"Nak tau je apa cite sebenar"

Masa nak hentak orang tu takde pula tanya, hal sebenar. Pangpung pangpung. Cerita macam tak habis-habis. Tapi, style orang lelaki kan rilek-rileks je.

Aku tak puas hati. Keluar dari perut kereta.

"Dah la.benda kecik je pon. kalau saya jadi isteri awak tu. Saya undur kereta la.benda macam ni pun nak gaduh"

Dia tak puas hati dengan aku.

"Sekarang dah setel kan? Ko cam muka aku"

Giler kerek kan orang macam ni.

"Aku cam muka ko. Hari-hari aku lalu lalang kat sini"

Perkara yang tak boleh dihadam hingga kini, meskipun aku tidak gentar dengan dia. 

-------------------------

Pengajaran di sini, selama 4 tahun berulang alik ke kampung tersebut, pertama kali berlaku kejadian seperti itu. Bukan tidak pernah bertembung dengan kereta lain, lori, motor, di jalan tersebut. Masing-masing boleh je mengalah.

Sama-sama guna jalan.

Sama-sama hidup bermasyarakat.

Orang sekeliling sudah kenal dengan kami. Dengan aku, apatah lagi. Meskipun aku orang luar kampung tu. Tapi, aku hormat semua.



Blog Janji Kita

Wajah Baru Janji Kita

12:10 PTG

Assalamualaikum


Ada yang datang jengah blog saya tak? Ada nampak perubahan apa-apa tak?
Mesti nampak kan?



Blog saya sudah berwajah baru. Saya rasa ianya lebih kemas, simple dan yang pasti, cantik.

Kali ini diubah suai mengikut citarasa saya. Cuma agak kecewa sedikit sebab template jenis ini tak mesra telefon. Mobile unfriendly.


Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak pada Kak Kathy, yang bertungkus lumus menyiapkan tempahannya.


Saya sangat berpuas hati dengan hasilnya.



Nak edit blog?

Boleh cari Kak Kathy ye.






Alif Ziyad

Perjalanan : Semakin Melasak

9:00 PG

Assalamualaikum

Melihat perkembangannya saban hari, tidak pernah menjemukan. Dari celik matanya, pandai meniarap, menonggeng, mengengsot dan menjalar.

Dek cuaca panas dan bahang sekarang, dia kerap tidak berbaju bila di rumah. Rumah tidak berair-cond. Tapi, tangannya pandai mencabut pita pelekat diaper pula. Hep...terpaksa pakaikan seluar pendek.


Senyuman manis dia yang buat saya rindu selalu.


Momen yang best bila Kak Aisyah selalu mengalah dengan adiknya. Kakak sayang Adik kan.. 

Alif, tak padan kecil, sering berebut botol susu dengan Kak Aisyah. Berebut pinggan nasi dengan Kak Aisyah. Pendek kata, apa sahaja yang kakaknya pegang, dia pun mahu.

Bab berebut botol susu, bila dia melihat kakaknya minum susu, dia pun mahu. Sebab sudah haus, sudah tiba masa dia menyusu. Yang paling menyenangkan, dia pandai capai botol susu sendiri dan terus baring sambil menyua puting susu ke mulutnya. Pandai pegang botol susu sendiri. Pandai menolak susu bila sudah kenyang.


Semakin ligat menjalar di dalam rumah. Lantai rumah perlu sentiasa bersih, perlu dimop entah berapa kali bila berada di rumah. Perlu pastikan tiada barang bahaya yang dapat dia ambil.

Maka, keluarlah segala bantal untuk menghalang dia dari pergi ke tempat-tempat yang merbahaya. Lebih-lebih lagi di kawasan yang ada wayar.


Kami tidak mengajar dia naik walker pada awalnya. Tetapi, oleh sebab dia menjalar dengan laju hingga mahu ke bilik air sebentar pun hati tidak tenang, terpaksalah keluarkan walker lama Kak Aisyah. 

Bercerita mengenai walker, pada awalnya mahu beli yang baru sebab en.suami kata walker tersebut ada patah depan sikit. Bila saya cari walker tersebut, eh elok je?? Saya hanya perlu lap bersih-bersih dan basuh tempat duduknya. Cantik lagi dan masih kukuh.




Dia suka sangat naik walker hingga dia pandai menuju sendiri ke walkernya. Kemudian, tarik-tarik walker seolah mahu naik sendiri. Sebolehmya, saya mahu limitkan penggunaan walker sebab dia sudah mula mahu merangkak. Tapi, pandai pula tuju sendiri ke walker!


Benarlah, anak lelaki, kudrat dan lasaknya 2 kali ganda anak perempuan. Baru baringkan di atas toto, seminit kemudian sudah ada di bawah meja jepun.


Port kegemaran sekarang, sambil tolak kerusi Kak Aisyah.






Makan Gaji

Nikmat Makan Dalam Dulang di Restoran Dulang

9:00 PG

Assalamualaikum


Diakui zaman sekarang jarang makan dalam dulang/ talam. Peredaran masa barangkali. Orang lebih senang dengan konsep buffet, layan diri. Lebih mudah.

Saya masih ingat ketika bersekolah dahulu. Tidak kira sekolah rendah, sekolah agama mahupun sekolah menengah, bila ada makan-makan di sekolah, mesti makan dalam dulang. Lebih-lebih lagi majlis sambutan maulidur rasul. Mengambil keberkatan makan dalam dulang.

Hatta, jika ada kenduri kendara pun makan dalam dulang. Dulang menjadi satu benda wajib ada di rumah. Macam rumah mak saya, bersusun dulang dengan pelbagai corak.


Dulang macam di rumah mak saya ~ Sumber google


“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664)

Tempohari diberi kesempatan makan berjemaah di sebuah restoran baru di permas. Restoran Dulang. Menu ala-ala arabic. Terima kasih banyak-banyak pada sahabat kami yang sudi belanja makan kat sini.

Pemilik blog Pelangi Itu Indah.

Buat masa sekarang, di awal pembukaan, Restoran Dulang menyajikan menu Nasi Arab, Nasi Beringin dan Nasi Beriani.


Menu makanan dan lauk.


Antara menu yang disedikan. Maaf andai tidak jelas.

Menu air ~ Kebanyakkan air jenis bersusu, berkrim ala-ala starbuck.


Dicadangkan andai datang berdua, pilihlah 1 portion sahaja sebab 1 portion membolehkan makan untuk 2 orang!

Kami makan berempat. Dan kami memilih portion hanya untuk 2 orang makan. Itu pun kenyang sangat-sangat.

Kami memilih Nasi Arab dan Nasi Beringin. Lauk pula, daging masak rendang hitam, ayam masak merah, acar sayur dan papadom.

Hidangan kami


Oleh kerana menu makanan sudah agak berat, kami memilih untuk hanya minum teh o ais limau sahaja. Perlu memilih eleman limau atau lemon untuk mencairkan lemak-lemak yang masuk.




1 cawan minuman boleh kongsi dua orang juga saya kira. Tapi, bagi mereka yang makan sulam air, mungkin minuman cukup-cukup.

Bagi kami, makanan sedap. Agak memuaskan. Pertama kali saya makan beringin ala-ala arab begini, terasa seakan berangin bila makan.

Daging masak rendang hitam memang sedap. Mabeles. Kiranya, menu itu yang kami kejarkan dulu. Ayam masak merah juga sedap tapi biasa-biasa sahaja.


Masa untuk bergambar


Sesuai dengan nama restoran, restoran ini makan di dalam dulang dan duduk bersila. Duduk serapat mungkin andai ramai. Ada disediakan sudu tapi lebih baik menggunakan tangan.



Sekitar restoran



Restoran Dulang

Block A, Permas Mall, 16G, Jalan Permas Utama,
Bandar Baru Permas Jaya,
81750 Masai, Johor, Malaysia

Atau

Klik SINI untuk direction





Johor

Nasi Ayam Penyet Crispy Terbaikk

9:00 PG


 Kalau sebut nasi ayam penyet, mesti ramai pernah makan kan. Cuba sebut Nasi Ayam Penyet Crispy. Siapa pernah makan??

Ayam dia tu yang crispy. Salutan tepung membaluti peha ayam, digoreng dalam minyak panas, digoreng garing dan dihidangkan panas-panas.

Sedap! Sesedap namanya juga.

Sila lap ailio korang..

Nasi Ayam Penyet Crispy


Seperti nasi ayam penyet biasa, Nasi Ayam Penyet Crispy turut dihidangkan bersama sup, timun, salad/ kobis, tauhu dan tempe goreng. Tak lupa, sambal belacan.

Sambal belacannya sedap, tidak terlalu pedas. Siapa yang suka pedas mungkin tak cukup, perlu minta sambal extra.

Kaedah makan seperti biasa. Samada nak pakai sudu atau tangan, terpulanglah. Kawan-kawan kata, makan nasi dicampur dengan crispy lebih sedap. Crispy seakan rasa keropok kering ganu.


Bagi orang Johor Bahru yang suka jalan-jalan cari makan, bolehlah singgah makan di sini. Kedai makan ini dibuka siang hari untuk lunch hingga petang. Kemudian, beroperasi semula selepas maghrib.




Restoran RMJ

Block A, Permas Mall, 16G, Jalan Permas Utama,
Bandar Baru Permas Jaya,
81750 Masai, Johor, Malaysia

Atau

Klik SINI untuk direction

Sebab asal kami makan menu special ni bagi meraikan seorang sahabat kami yang baru dinaikkan pangkat. Tahniah buat dia. Kami semua tumpang gembira.


Dia yang tidak beruniform bertudung hijau. Pinggan masing-masing dah licin.



Nota Kaki : Semoga saya dapat belanja kawan-kawan saya juga satu hari nanti








Luahan Hati

Tak Mahu Layu

1:05 PTG





Seperti bunga mekar di dalam pasu itu, aku juga mahu kekal mekar begitu.
Tidak mahu layu hanya kerana 'sedikit terik mentari'.


Makan-makan

Potluck 'Shell Out'

9:00 PG


2 April 2016 - Ada makan-makan di kalangan ahli keluarga suami. Tapi, tak semua yang ada. Kami, 4 keluarga sahaja. Itu pun kalau diikutkan, kami tak dapat join sebab en.suami bekerja pada hari sabtu. Agak sukar untuk ke mana-mana.

Bila ada 2 anak ni, saya agak malas mahu keluar sendirian. Tunggu Alif besar sikit kalau mahu keluar sendiri tanpa ditemani en.suami.

Saya mengoffer mereka menjamu selera di rumah kami, makanya saya dapatlah join!



1 keluarga bawa dua lauk. Saya cuma buat ikan pari bakar, sotong bakar, masak nasi putih dan sediakan air.

Sirap bandung soda hasil tangan saya memang laku keras. Saya hanya buat 2 botol sirap bandung dan 1 jug air mangga. Ais, sudah pasti. Oleh kerana en.suami pulang agak lewat dari yang dijanjikan, itu sahajalah air yang ada. Kordial habis, huhuhu..




Bila en.suami balik, adalah ais tambahan! Maklumlah dengan cuaca panas menyengat ni, masing-masing mahu sejukkan tekak.

2 botol sirap bandung soda saya sediakan lagi. Licin lagi!


Menu : Ikan pari bakar, sotong sambal bakar, sambal udang, kupang masak tumis, ketam masak lemak cili padi, sayur brokoli jagung, jagung bakar & ayam madu.




Alif Ziyad

Perjalanan : Check-up 6 Bulan Alif

9:00 PG


Agak lewat dia check-up 6 bulan. Lewat sebulan. Nurse bagi tarikh, kami ikut je. Nurse cakap, takpe lewat pun tapi nanti dia tanya balik kenapa lewat ye tarikh appointment? Speechless..



Berat dia 7 bulan, 6.3 kg je. Nampak macam gebu bebenor kan? Tidak lah. Dia tetap baka comel.

Giginya tumbuh seawal 6 bulan setengah. Sudah ada dua batang di bawah. Terasa sakit bila digigit. Sudahlah dia suka menggigit. Nampak gaya macam nak tumbuh lagi gigi dia.

Sekarang dia sudah 7 bulan 2 minggu. Sudah semakin laju meniarap. Agak lasak. Semakin laju bergerak ke hadapan. Sudah mula angkat bontot dan mahu merangkak. Bersedia sajalah dari sekarang. Tau-tau laju je dia mengemop lantai rumah kan..

Bila ada anak lelaki, terasa perbezaan ketara antara anak perempuan dan lelaki. Anak lelaki memang lasak lain macam. Tenaganya kuat. Mandi pun boleh bergaduh. Aktif sangat-sangat.

Dia sudah laju mencapai barang. Semua benda mahu dicapainya dan masuk mulut. Pantang melihat orang makan, laju je dia datang. Bajet orang kesian tengok muka comel dia.

Sudah pandai berebut mainan dengan Kak Aisyah. Laju dia meluru bila nampak kakaknya pegang benda pelik-pelik. Remote astro dan handphone adalah benda yang paling suka dia kejar. Pantang nampak, menggelupur nak ambil. Merajuk sungguh-sungguh kalau orang lain ambil remote dari tangannya.


Check-up seterusnya bulan 5 nanti.







Hati Seorang Ibu

Hati Seorang Ibu ~ Dia Sehelai Kain Putih

9:00 PG



"Assalamualaikum wbt"

"Assalamualaikum wbt"


Aku menoleh wajah comel yang menanti di atas katil. Dia tersenyum lebar. Aku balas senyumannya lalu menadah tangan memanjat sejuta kesyukuran dan doa.

Usai begitu, aku bangkit. Duduk di birai katil memandang wajah suci itu. Telekung belum kubuka. Menanti Isyak pula.

Aduhai anak, comelnya kamu. Geram. Aku cium. Dia senyum lagi. Lebar. Manis.

Tangan kecilnya memegang wajah aku. Diusap pipiku dan dia memandangku lama. Bebola matanya terus meneliti wajahku. Tidak berkedip.

Aku senyum lagi. Dia membalas senyumku. Lebar dan malu-malu. Aku terus merenungnya tanpa jemu. Dia usap lagi pipiku.


=====================

Sucinya kau duhai anak. Bersih, tiada kotoran lagi. Aku dan ayahmu lah yang bakal mencorakkan kamu. Berat amanah ini.

Terima kasih Allah atas "pinjaman" Mu ini.




Mereka berdua..










Barang Bayi

Growell - Makanan Bayi

9:00 PG


Mesti ramai tau kan Growell tu apa. Saya baru tahu bila ada anak ke-2. Padahal, produk ini sudah lama ada di pasaran. Produk keluaran Era Edar.

500gm ~ Jenuh juga nak habiskan


Growell diformulasi berasaskan BTS (garam tisu biokimia) merupakan makanan tambahan khusus untuk bayi. Ianya berkhasiat dan dapat membantu tumbesaran serta perkembangan bayi.

Bijiran beras yang telah dikisar sehalus tepung dan sangat mudah untuk disediakan.

Ianya berkhasiat, baik untuk :
 Menolong tumbesara dan perkembangan bayi.
 Menolong penghadaman.
 Menambahkan selera.
 Menghindari kembung perut, sembelit & ragam tangis.
 Menyenyakkan tidur.
 Membantu membina darah, tulang dan gigi.
 Menguatkan otot & sendi.
 Menghindarkan penyakit kulit.
Membantu perkembangan akan yang cerdas.

Cara penyediaan :
Masukkan 2-3 sudu besar Growell ke dalam bekas makanan. Campurkan air panas serta susu. Kacau hingga sebati.


Tapi,


Biasanya saya tanak atas api kecil dan sentiasa kacau hingga likat. Teskturnya lebih lembut.


Semangat Alif makan. Berselera dia.