Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Meja Piknik

Assalamualaikum


Meja ni aku dah perasan sejak tahun lepas ke 2 tahun lepas ke. Banyak seller jual kat facebook, instagram.


Pinjam dari Google



First impression aku, terkejut beruk!!!!

Kenapa?

Sebab...

Ini design aku masa aku form 3. Masa tu tahun 1999!! 

Kalau korang ingat, kita ada kelas kemahiran hidup. ERT. Ekonomi Rumah Tangga. Tapi, tetap perlu buat kerja bertukang, bercucuk tanam.
Bukan setakat memasak dan menjahit sarung kotak muzik besar gedabak yang diperbuat dari kayu.
Aku ingat lagi, aku dan partner decide nak buat simple-simple je. Kawan-kawan lain pun kebanyakkannya ikut idea orang-orang lama.
Pada aku, emm...tak best tiru idea lama. Macam takde idea lain je, tak berkembang. Ciss. Tapi, oleh sebab aku ni kategori kreatif (suatu masa dahulu), ada je idea yang orang tak terfikir yang aku buat. Tapi, mujur masa tu cuma nak siapkan folio je. So, aku cuma design dalam folio tu.

Bercerita mengenai kreatif, aku tak nafikan aku agak kreatif hingga apa design pun yang aku buat, ramai kawan aku ikut. Kalau melukis tu, aku buat cincai tapi hasilnya wow!! Macam aku pun tak expect jadi macam tu. Dan setiap bulan, hasil aku mesti dipamerkan dalam bilik seni.

Tapi, itu dulu. Sekarang, otak dah beku. Jari jemari pun dah kematu dek hari-hari menekan papan kekunci.

Berbalik ke folio Kemahiran Hidup Tingkatan 3 Tahun 1999 tu. Dalam folio tu, aku design menggunakan kayu dan play wood. Penyambungan lain, hanyalah menggunakan engsel dan skru (macam engsel tingkap kayu tu). Selebihnya paku.
Pinjam dari Google ~ Ini engsel tingkap.
Yang aku imagine jadi penyambung setiap bahagian yang berlipat. Siap curik engsel abah aku konon nak menjayakan misi "Meja Briefcase" aku tu.


Dan kejadian selepas dilipat adalah sama juga. Dalam briefcase!! Tapi, design aku tu totally dengan kayu lah.

Dalam hati aku, takkan lah idea boleh 100% sama. Bila aku tengok produk tu memang terjual dengan meluas, aku terfikir, masa tahun 1999 tu cuma ada televisyen. Itu pun jarang dapat tengok sebab kawalan maksimum dari abah, tak boleh mengadap tv je.

Kalau komputer tu, tak silap aku, aku form 5 baru kat sekolah ada komputer. Itu pun adalah 5 buah, tanpa internet. Almaklumlah, sekolah kampung.
Dalam hati, kalaulah aku dapat buktikan yang wujudnya folio 'khazanah' aku tu. Emmm,...yelah folio tu mestilah hantar kepada cikgu Kemahiran Hidup (ert) dulu. Mesti generasi kemudian, ada tengok folio aku tu, macam aku juga la kan ada tengok folio zaman kakak aku yang beza 4 tahun dengan aku. Mungkin,,,mungkin,,



Nota Hati : Yakin ciptaan sendiri kan,,,







Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Easy peasy kann, bole ambik angin luar..

    BalasPadam
  2. Wah macam back to the future, Kalau buat dan patented dah jadi hak milik..

    BalasPadam
  3. Suka masuk kelas kemahiran hidup. Rasa rindu nak masuk skolah balik ☺☺

    BalasPadam
  4. ala..rugi..sebab dlu mne ada nak masuk web bagai..kalau boleh dah boleh buat watermark.paling best masuk ERT

    BalasPadam
  5. Meja ni sy dh guna mase lepas SPM..Mase tu duk rumah sewa..Akak housemate beli..huhu

    BalasPadam
  6. Meja ni mudah guna kan Mar..
    Bagus mar.. dari dulu dah kreatif..

    BalasPadam
  7. xpenah nampak pula meja nie kat kedai..hihi

    BalasPadam
  8. La, betul ke ni, Mar? Jangan-jangan memang betul idea asal Mar yang ditiru. Saya pun ada meja ni tapi dah bertahun lama dulu saya beli. Dah hilang dah pun kena curi orang! Dulu-dulu kalau pergi PD mesti bawa sebab suka letak kat tepi pantai nak makan-makan senang!

    BalasPadam
  9. Waaa bangga sis... sebab dah pernah terfikir idea meja ni... At least boleh kenang setiap kali terpandang meja plastik tu... :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code