Apa Perlu Dilakukan Bila Anak Demam

9:00 PG

Assalamualaikum
Bila anak demam, ada masanya dia merengek minta perhatian dan belaian. Bila anak demam, seeloknya ibu yang berkerja ambil cuti dan beri perhatian sepenuhnya kepadanya.

Anak lebih cepat baik apabila ibunya sendiri yang menjaganya. Malah, dia rasa sangat selesa berdamping dengan ibunya.

Beri ubat dengan dos yang doktor syorkan. Selain itu, beri makanan yang lembut dan berkhasiat seperti bubur ayam.

Kerap lap badan anak untuk elakkan suhu badannya naik. Sentiasa pantau suhu anak. Suhu badan panas melampau boleh menyebabkan sawan.



Lap badan anak bermula dari kaki. Bawa ke perut, belakang badan dan kemudian terus naik ke atas dan akhirnya kepala.

Penggunaan cool fever bagi membantu mengurangkan panas badan dan membantu menyerap panas. Cool fever boleh dilekatkan di dahi anak usai lap satu badannya.

Jika demam anak tidak kebah selepas 3 hari, bawa jumpa doktor dengan segera. Biasanya, darah akan diambil untuk memastikan darah bersih tanpa jangkitan kuman.


Seperti kes Alif, darahnya bersih tapi dikhuatiri demam denggi. Suspek denggi. Maka, doktor menyuruh kami datang lagi esok hari untuk menguji darah Alif.


Dua hari berulang alik ke KK, bagi memastikan darah Alif bebas kuman dan sebarang jangkitan. Alhamdulillah, Alif baik-baik sahaja. Lepas balik KK, cukup masa untuk makan ubat, dia dah kebah. Lega sangat.


Bujang ni manja terlebih berbanding Kak Aisyah.


Laju je dia memapah sekarang. Belum bab memanjat. Pantang sungguh bila nampak ibu dia letak makanan atas meja jepun. Hui,,,laju dia memanjat meja.

Orang kata, demam nak pandai. Nak pandai jalan kot. Merangkak la dulu dik oi..

You Might Also Like

16 comments

  1. selamat pagi..jalan2 sini ambil mood raya.. ^_^

    BalasPadam
  2. Huhu..Ammar pun demam hari tu..TP mujur sehari je dh ok..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..
    Dah semakin aktif si bujang Mar ni..
    Masa baby ni penjagaan ibu memang kena rapi Mar..
    Nak bagi dia besarkan..

    BalasPadam
  4. memang tak senang duduk kalau anak ni demam..nak pulak jenis yang demam malam kan...

    BalasPadam
  5. anak demam ...bg mandi air lemon pun ok jgk

    BalasPadam
  6. thanks sharing.. good info

    BalasPadam
  7. panduan yang berguna sangat Mar, Alhamdulillah Alif dah sihat ye. :)

    BalasPadam
  8. kita ni sebagai emak bekerja mmg kena spare cuti utk anak2 sakit/demam. akak dulu masa anak kecik2 cuti habis ke anak aje. lg satu, thermometer pun kena simpan, risau mereka demam secara tiba2, suhu badan naikturun. akak cukup risau anak demam kena sawan tarik.

    syukur lah Alif dah sihat. biasalah org kata baby demam sebab nak pandai sesuatu yg baru kan.

    BalasPadam
  9. demam nak jalan ni...gitu la kan kalau mak2 yg bekerja kene la amik cuti kalau anak2 tak sehat...kalau keje pon badan je kat opis tapi hati tetap la dok teringat yg sakit kat rumah...alhamdulillah baby comey dah sehat

    BalasPadam
  10. Betullah tu demam nak tambah akal org tua kata
    Memang ada budak tak merangkaklah Mar.
    Dia terus memapah dan jalan..

    BalasPadam
  11. Demam nak pandai manjat kot Mar hihi

    BalasPadam
  12. Oh.. Ldy bru thu kne lap bermula dari kaki.. Biasanya lady lap dr blkg bdn.. Kaki tu xpnh lap.. Huhu

    BalasPadam
  13. alahai kesiannyer dia, harap2 kini dah sembuh sepenuhnyer..

    Salam ramadhan dari bunda.

    BalasPadam
  14. mmg betul bdk2 bila demam perlu penjagaan rapi
    akak pun baru je cuti semalam jaga aiyan dmm... nsb arini dh ok dh

    kalau dmm mmg kene selalu mandikan pastu pakaikan baju yg nipis je, teringat kalau dulu2 masa akak kck org tua2 kita kalau dmm kene pakai selimut tebal2... tak blh mandi ptt pun lambat sihat hehehhe

    BalasPadam
  15. Kebetulan anak-anak saya dua-dua pun demam. Cuaca kembali panas balik kotnya. Tak pun penat ikut MommyDaddy pergi shopping baju raya. Mujurlah pagi tadi sentuh dahi dan badan dan kebah sikit. Kalau demam berlarutan, lagilah tersiksa rasanya tengok anak tak sihat!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.