Roti Jala

9:00 PG

Assalamualaikum

Seminggu dua ni agak sibuk. Penat mengalahkan orang yang siapkan order biskut raya. Persiapan raya kami, adalah 10% je siap. Kali ni sangat-sangat bersederhana.

Banyak-banyak menu, ini je yang sempat snap. Selalunya, siap masak tak dan dah nak buat apa-apa. Terus stanby nak berbuka. Lagi mau snap gambo? Takde maknanya... Laporr uii..

Roti jala simple ni, sesimple resepinya juga. Alah, mudah bebenor, nak menjala je kadang-kadang malas sikit. Simple tapi sedap, sekali hadap 10 keping masuk mulut.


Roti Jala Simple

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum,
2 sudu besar minyak masak,
1 susu kecil garam,
1 biji telur,
2 cawan air/ santan/ atau susu segar (saya letak 1 cawan susu segar + 1 cawan air),
sedikit pewarna kuning.

Cara-cara:
Blend semua bahan hingga sebati. Tuang dalam mangkuk besar. Godak-godak lagi. Testing, aduan ok ke tak.
Tebar jala atas kuali non-stick, saya sapu minyak sikit dengan daun pandan bagi aroma wangi.


Cicah kari sotong dalam tin. Sebab baru teringat ayam dalam peti ais dah habis.


Kalau kat luar, orang jual singgit 4 keping. RM2.50 adalah 10 keping. Kan? Saya jala kat dapur, 2 cawan tepung dapat 32 keping. Makanlah kami suami isteri dengan penuh nikmat.









You Might Also Like

13 comments

  1. Itulah hikmahnya kalau rajin
    Makan pun puas hati ikut selera kita.

    BalasPadam
  2. Rajin kena ada ye Mar..
    Akak ni dah tua ..
    Malas benor nak masak hehehe..
    Puas hati dapat makan ikut tekak sendiri ye Mar..

    BalasPadam
  3. Adehhh..Bestnya nmpk roti jala tu..Sy baru terkedek2 nk belajar buat..huhu

    BalasPadam
  4. Tak pernah buat hihi...
    Selalu my adik yg rajin buat, bestnya

    BalasPadam
  5. sedapnye..mcm nak masak roti jala plak hari ni..

    BalasPadam
  6. akak hari ni pon buka makan roti jala tapi beli punye bukan bikin sendiri...hari tu ada masak kari ayam sepatutnya bole je buat..camne ntah bole tak terpikir

    BalasPadam
  7. Wahh... roti jala mmg tak pernah tak best klu buat berbuka... slmt berbuka Mar... :)

    BalasPadam
  8. Mcm teringin pulak nak buat Roti jala Mar...sedapnya

    BalasPadam
  9. Untungkan buat sendiri. Bukan sikit alang dapat tu, 32 keping. Memang bermaharajalela suami isteri makan roti jala. Itulah kalau rajin sikit, saya pun rasanya nak juga menjala. Lepas tu boleh makan sampai kenyang tapi mengomel pasal harga beli roti jala mahal benar ^_^

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.