Kenangan 5 Syawal 1437H

9:00 PG

Assalamualaikum
Kami nak balik dah! Setelah sekian lama bercuti raya. Alahai, masa ni, terasa cepatnya masa berlalu. Tau-tau, nak naik kerja dah. Sebak pula.
Masa ni memang tawakal ajelah dalam hati, confirm jalam jammed. Hari ahad kan, semua orang nak balik dah. Mana yang patut naik kerja hari ahad, dapat extend cuti pula kan. Bertambahlah jammed. Argh...stress bila dikenang.
Kakak balik ke Rawang, kami ke JB. Huhuiii...


Dalam 9.45 pagi kami bertolak ke Kluang pula. Singgah dulu rumah adik ipar. Kawasan perumahan dia terletak di kawasan perumahan yang luas amat berdekatan dengan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

Sayalah jadi driver. Kadang-kadang malas suruh en.suami drive jalan dalam sebab dia jenis tak tahu hala tuju. Bukan nak tengok signboard. Tengok signboard pun dia tak tahu nak ke mana. Akekeke.. Hishh.. Kalau dia yang drive, memang saya tak dapat rilek, apatah lagi tidur. Dapat tidur kat highway ajelah..

Penat tau kat rumah kitalah terkontang kanting mengemas segalanya. Dari beg pakaian, mandian anak, mandikan anak, pakaikan baju anak, bakal susu anak (paling penting air panas, air masak, susu dia cukup), check ada baju tertinggal tak kat ampai. Dia tinggal loading barang je. Pastu, patutnya dalam kereta dapat berehat, tapi tak dapat. So, baik saya drive. Saya tak kisah kalau orang belakang nak tidur pun.

Kami selamat sampai dalam 11.40 pagi. Makan kuih raya, minum air, berbual-bual, kemudiam kami dihidang makan tengahari. Alhamdulillah..


Boboi yang tak reti duduk diam sekarang


Usai zohor, berkemas sikit. Dalam jam 2.30 petang, kami bergerak ke JB. Saya juga yang drive. Masuk highway Simpang Renggam. Opssss,, jammed melekat! Nangis dalam hati.

Dalam jammed camtu, boleh pula Alif berak. Arghhh...bertambah stress sebab dia mula rasa tak selesa. Tekan minyak 30km, 40km. Gigil lutut tekan clutch. Ermm..menguap pun ntah dah berapa juta kali, aku pun tak tau dah. Nak keluar tol Sedenak dah 2 jam oii..

Lega bila Alif dapat dimandikan di toilet awam tol Sedenak. Dan kami pun meneruskan perjalanan pulang ke JB melalui jalan dalam! Kali ni en.suami yang drive. Saya nak tido!




You Might Also Like

9 comments

  1. mana2 pun jem time .... kami blk hr isnin tgh mlm pun jem jg

    BalasPadam
  2. raya dan jem memang tak dapat dipisahkan..kalau keluar beraya rasanya masa ada ats jln raya lagi lama dr beraya kat umah sedara mara..bertabahlah wahai ht..tambah2 kalau ada anak kecik lg kesian

    BalasPadam
  3. Hahaha..Pandai drive ok la boleh ganti2..Kalo sy yg drive mmg 60km/jam..kiki

    BalasPadam
  4. skrg nie mana² pun jem...
    byk sgt keretaa..

    BalasPadam
  5. Tapi cuti raya kali ini memana sana-sini jem yg jenis melekat
    Betul-betul menagih kesabaran.

    BalasPadam
  6. senarai pemenang dah keluar tau.. mari kita tengok siapa yang kenaaaa =)

    http://sitiyangmenaip.blogspot.my/2016/07/pemenang-pemenang-daehan-minguk.html

    BalasPadam
  7. time nak balik raya di kpg tu mmg x bape jem
    time nak balik umah tu semua pakat balik hari yg sama..mmg jem teruk
    mmg penat lau balik dr holiday..tu yg plan balik sehari sebelum..boleh relax2 lagi hehe

    BalasPadam
  8. aida x langsung terkena jem.
    umah dekat2 :)

    BalasPadam
  9. Saya sejak kahwin memang tak pernah bawa kereta. HD tu lebih arif selok belok jalan berbanding dengan saya. Suruh ajelah HD pandu tapi saya jenis tak reti tidur dalam kereta dek kerana nak jadi teman berbual driver katanya...

    Nasib baik saya pukul 6.30 pagi Ahad dah bertolak balik ke KL. Jalan lengang. Tol Sg Besi pun lengang aje. Sempatlah kami breakfast mamak sebelum balik rumah!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.