Bersangka Baik Dengan Allah

9:00 PG

Assalamualaikum

Kisah ini saya dapat ketika mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh Doktor Azhar Yaakub (PensyarahUM) di Madrasah Al-Muttaqin yang terletak berhampiran dengan Stesen LRT Taman Melati.

Kebiasaannya beliau mengajar Tafsir tetapi oleh kerana sekarang bulan Ramadhan, beliau membawa kisah ini untuk dijadikan pengajaran buat semua yang hadir.


====================


Cerita ini bermula di sebuah kampung terdapat 3 orang perempuan yang sudah layak bergelar 'mak cik' yang berkawan rapat.Mereka ini mempunyai pekerjaan yang sama iaitu menjual kuih-muih.

Jadi, tiap hari rutin mereka sama iaitu pada setiap pagi jam 6.30 mereka sama-sama menunggu bas untuk pergi ke pekan bagi menjual kuih. Mereka berniaga dan pulang ke kampung kembali pada jam 5.30 petang.

Pada sebelah malam pula mereka akan sibuk dengan membuat adunan dan seterusnya memasak kuih untuk di jual pada keesokannya. Begitulah rutin harian 3 orang mak cik ini. Tapi salah seorang daripada mereka iaitu mak cik ke-3 ada rutin tambahan iaitu; bangun untuk qiammullail setiap hari pada jam 3 pagi, solat dhuha, membaca Al-Quran pada setiap malam, berdoa, dzikir serta beberapa lagi amalan sunat.

Ditakdirkan oleh Allah pada suatu pagi ketika mak cik yang ke-3 berjalan meredah keheningan subuh hari yang gelap gelita sambil menjunjung bekas yang terisi penuh dengan kuih di atas kepala untuk ke pondok menunggu bas tiba-tiba ,dia telah terpijak Ular Sawa..!

Bayangkan betapa terkejut mak cik tadi tapi mulutnya tidak lupa untuk mengucap kalimah Astaghfirullah. Namun, amat malang sekali ketika dia melompat apabila terpijak ular itu bekas yang berisi kuih terlepas daripada pegangannya. Habis semua kuih turut terjatuh bahkan bergolek masuk ke dalam longkang di tepi jalan tersebut.

Kejadian ini turut disaksikan oleh 2 lagi kawan mak cik itu tetapi apakan daya mereka kerana ia telah pun berlaku. Ketika itu juga bas yang biasa mereka naiki pun tiba maka 2 mak cik itu pun terus bertolak ke pekan. Dengan linangan air mata mak cik ke3 itu memandang bas itu berlalu pergi sambil memikirkan nasib malang yang menimpanya hari itu.

Kuih untuk dijual telah habis masuk ke dalam longkang dan sekaligus kerugian yang ditanggungnya hari itu. Dia pun pulang kembali ke rumah dengan perasaan penuh kehampaan dan kesedihan. Sambil duduk di atas kerusi di ruang tamu rumahnya, terdetik di hatinya "Mengapa ALLAH memilih beliau untuk dikenakan ujian sebegini rupa?mengapa tidak 2 lagi kawannya itu yang terpijak ular dan jatuh semua kuih ke dalam longkang?Tidak cukup lagi ke amal ibadah yang aku buat selama ini?Aku sentiasa bangun qiam,mengaji,berdoa,dzikir..."

Begitulah cetusan rasa tidak puas hati itu dan bersangka buruk terhadap ALLAH atas apa yang menimpanya hari itu. Mak cik itu terus merungut dan bersedih sehingga lah ke petang. Pada tepat jam 5 petang mak cik itu membuka televisyen dan memilih untuk menonton saluran RTM 1 yang telah menjadi 'pilihan hati'nya buat sekian lama.

Berkebetulan ketika itu Warta Negeri sedang dibaca oleh pembaca berita yang berambut warna itu. Ada 1 berita yang agak mengemparkan:"Kemalangan ngeri telah berlaku apabila lori yang penuh dengan muatan petrol telah bertembung dengan sebuah bas. Lori dan bas habis terbakar. Yang lebih menyayat hati ialah pemandu & kelindan lori, pemandu bas serta 20 orang penumpang turut rentung kerana kejadian yang berlaku terlalu pantas sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan diri.

Diberitakan juga terdapat 2 orang mak cik yang sentiasa membawa jualan kuih mereka ke pekan turut menjadi mangsa". Tidak ada kalimah lain yang terpacul di mulut mak cik ke3 itu selain "Alhamdulillah,syukur kerana aku tak sempat untuk menaiki bas itu pagi tadi.Kalau tidak,pasti dengan aku sekali rentung di dalamnya".

Sungguhpun demikian, mak cik itu turut berasa sedih kerana antara yang menjadi mangsa dalam kejadian itu adalah kawan seperniagaannya untuk sekian lama. Mak cik ke-3 tadi turut berkata dalam hatinya; "Aku amat beruntung kerana ditakdirkan ALLAH untuk terpijak ular pagi tadi lalu habis semua kuih aku jatuh ke dalam longkang dan tidak sempat untuk menaiki bas malang itu, ALLAH Maha Berkuasa".

Selepas kejadian itu,kehidupan mak cik itu semakin senang dan agak mewah apabila perniagaan kuihnya di pekan itu semakin berkembang maju dan untung berlipat ganda kerana tiada lagi saingan dari kawan-kawannya dulu.

Demikianlah sahaja cerita yang ingin dikongsi. Untuk pengetahuan semua cerita ini hanyalah rekaan semata-mata,tak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia.

=====================


Yang penting ialah PENGAJARAN yang kita boleh ambil daripada kisah ini.:

1) Janganlah kita terlalu cepat bersangka buruk kepada Allah kerana DIA Yang Maha Kuasa untuk menentukan segalanya .Bukan kah ada hadis nabi;"Bersangka baik terhadap Allah adalah sebaik-baik ibadah"


2) Setiap ujian yang melanda pasti ada hikmah yang tersembunyi.Cuma bila ia akan muncul kita tak tahu yang penting banyakkan berSABAR dan berdoa kepada Ilahi

Pengajaran yang ke 3,ke 4 dan seterusnya anda buatlah sendiri....


sumber: whatapps

You Might Also Like

8 comments

  1. Salam Jumaat penuh barokah.. semoga Allah memberkati setiap usahamu.. tq for the nice sharing here.. :)

    BalasPadam
  2. Nice sharing...ada pengajaran disebaliknya...Allah takkan menguji diluar kemampuan kite

    BalasPadam
  3. Kuihnya jatuh. Tapi nyawa makcik tu selamat. Ada hikmah Allah buat macam tu kan.

    BalasPadam
  4. Kadang kita manusia tak nampak semua tu. Bila jadi macam tu beru tahu kenapa Allah SWT buat semua tu kan.

    BalasPadam
  5. Saya ada baca cerita ni dari whatsapp.. mmm memang pengajaran yang perlu diambil.bersangka baik dan bersyukur :)

    BalasPadam
  6. Betullah tu bagai dikata - setiap yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun kejadian terpijak ular tu sesuatu yang malang, akhir kisahnya makcik ke-3 masih bernasib baik kerana dipanjangkan umurnya. Kalau ikutkanlah, terpijak ular, peluang dipatuk ular, mungkin pendek dah nyawa makcik ke-3 tu tapi sebaliknya yang berlaku!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.