Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kurus Dengan Per'l Xlim

Assalamualaikum


Nak kurus, nak kurus, nak kurus! Nak kempiskan perut! Itulah bisikan hati aku saban hari bila melihat imbasan diri sendiri di dalam cermin solek.

Tapi, selera makan tu tak hengat, semua benda nak telan. Dulu, aku ambil ESP Shaklee setiap hari. Sedap, memang kenyang je rasa pagi-pagi. So, breakfast memang tak makan berat. Lunch nasi separuh.

Aku ni jenis cepat bosan. Nak tukar-tukar selera kan. Lagi-lagi kalau ambil supplemen tak digalakkan minum minuman berkafein. Rugilah kan ambil supplemen mahal-mahal tapi kurang serapan sebab minum kafein.

Sejak anak dua ni rajin benar bancuh nescafe. Tu yang stop ambil supplemen dulu. Kadang-kadang minum mineral cafe. Kadang-kadang minum Old Town Hazelnut. Kadang-kadang minum Milo. Kadang-kadang minum Horlicks. Kadang-kadang minum Tamar Coco. Tengok tu, punyalah pelbagai citarasa tekak aku ni.

Hari tu beli barang sikit kat Mydin, nampak pula Per'l Xlim keluaran Power Root. Ada dua perisa, coffee dan coklet. Kalau ambil dua pek, dapat 1 pek percuma. Tapi, aku amik 1 pek je, perisa coklet. 1 pek ada 15 sachets. Ala, sikit nauu..


Aku suka hot chocolate. Sedap minum panas-panas. Padahal tak suka makan coklet. So, tiap kali bancuh, memang aku buat panas-panas. Minum panas-panas. Uihh..nikmatnya.

Tengoklah nanti, aku boleh kurus ke tak lepas minum Per'l Xlim ni.





Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. wah..ni yang rasa nak mencuba perl xlim ni mar

    BalasPadam
  2. Nanti update ye, camana lepas minum ni. Macam tak pernah jumpa yang xlim ni, kena pergi supermarket besar kot.

    BalasPadam
  3. pernah jugak beli dulu.. tapi, dah habis sebungkus, dah tak beli dah. hihi. tukar lain pulak.

    BalasPadam
  4. husna pon suka minum minuman kafein.. rasa puas kan..:)

    BalasPadam
  5. aaa.. tadi gi supermarket ada jugak belek belek perl xlim ni..tapi bila ingat perl yg satu lagi belum abis minum, tak jadi beli..hehehee

    BalasPadam
  6. wah! ini sudah bagos...minum2 terus kurus kekdahnye...(baca dgn mata yg bersinar..hahaha) :p

    BalasPadam
  7. lama dah tak minum jenama ni..
    zamaan kerja dlu selalu lah minum..
    bila bila blh lah dh try. sbb dh tak bf baby .hihihi

    BalasPadam
  8. Itulahkan semangat tak kuat. Nampak makanan macam nampak apa. Samalah saya pun macam tu. Selalu kata nak diet tapi ke laut lepas diet akhirnya. Nampak aje yang sedap di mata dan anak tekak, terus lupa segala. Makan dulu, fikir kemudian.

    Kalaulah sekadar minum Pearl X Slim ni boleh kurus tanpa buat apa-apa, saya pun nak 'terjebak' samalah, Mar!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code