Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Bermain Sambil Belajar Bersama Toysdirect.my

Assalamualaikum


Kanak-kanak dan permainan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi permainan yang mereka minati. Madah pujangga hikmah ada menyatakan bahawa, zaman kanak-kanak adalah memberi keseronokan. Beberapa orang penyelidik turut memperakui betapa pentingnya bermain.
[1] Menurut Fromberg dan Gullo (1992), bermain boleh meningkatkan perkembangan bahasa, kecekapan bersosial, berkreativiti, berimaginasi, dan kemahiran berfikir.
[2] Frost (1992) menyatakan bahawa bermain adalah pemacu kepada perkembangan imaginasi dan kecerdasan, bahasa, kemahiran bersosial, kemampuan persepsi-motor untuk bayi dan kanak-kanak yang muda
[3]  Menurut Garvey (1997), bermain sesuatu yang biasa berlaku sepanjang  zaman kanak-kanak pada pengetahuan kanak-kanak itu sendiri, kefahaman tentang komunikasi verbal dan non-verbal, dan memahami tentang fizikal dan dunia bersosial.
[4] Fromberg (1992) mendakwa bahawa bermain adalah penyepaduan utama kepada pengalaman manusia. Ini bermakna, apabila kanak-kanak bermain, mereka merumuskan dengan pengalaman yang lepas yang pernah mereka lakukan dan alami untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti permainan atau senario bermain.

Sebagai ibubapa, kuasa kawalan ditangan kita. Alang-alang membeli, biarlah permainan tersebut berbaloi dimiliki. Terdapat banyak permainan berbentuk pembelajaran sekarang dan semestinya permainan ini yang menjadi tumpuan para ibubapa!

Di Toydirect.my terdapat banyak pilihan educational toys. Apa itu toydirect.my? Toydirect.my merupakan kedai online yang telah beroperasi sejak 2014. Fokus utama mereka pada alat permainan berpendidikan, bahan Montessori dan buku. Toysdirect juga merupakan peruncit yang menjual mainan pada harga borong dan sangat berpatutan!

Terdapat banyak pilihan permainan di Toydirect.my. Semuanya dihujung jari. Boleh cuci mata, pilih sebaik mungkin sebelum beli. Lebih mudah membeli secara online sebab banyak masa diperuntukkan untuk memilih. 

Untuk Aisyah, aku memilih Literacy Fun Game. Nampak menarik permainan ni. Lebih-lebih lagi Aisyah akan ke sekolah tahun depan. Permainan ini dapat membantu dia mengenal huruf dan sekaligus mengeja. Ia jua nampak tidak membosankan.



Literacy Fun Game
  • Saiz :  24 x 21.5 x 4.5cm
  • 2 x Setiap huruf, berjumlah 56 keping
  • 60 keping kad perkataan
  • Harga : RM19.00



Untuk Alif pula, aku berkenan Building Block. Sesuai dengan usia Alif yang baru setahun 1 bulan. Dia lebih cenderung pada permainan mengenal bentuk dan menyusun.





  • Saiz pek : 21 x 22.3cm
  • Harga : RM83.00


Terdapat banyak pilihan permainan pembelajaran lagi di sini.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. wahh banyak pilihan mainan berbentu pelajaran kan

    BalasPadam
  2. Murah n brmanfaat ! Cam berminat je..

    BalasPadam
  3. Macam-macam mainan cantik-cantik utk budak sekarang
    Sediakan duit ajelah Mar:)

    BalasPadam
  4. Betul...
    kdg² lebih suka bermain sambil belajar...
    lagi cepat dan cekap belajar sesuatu...:)

    BalasPadam
  5. Bagus untuk kanak-kanak.. boleh bermain sambil belajar..

    BalasPadam
  6. Boleh masuk dlm list nih. Anak saya baru 7 bulan tapi list dah sebeban. Hehe.

    BalasPadam
  7. Cantik nampak permainan ni. Sesuai untuk anak-anak

    BalasPadam
  8. Baru tahu tentang website ni, Mar. Boleh juga ushar tengok ada tak yang sesuai dengan anak bujang kecil saya tu.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code