Shell Out Sedap dan Murah Hanya di Warong Mak Eton

By Mar Mansor - 9:00 PG

Assalamualaikum
Shell Out Sedap dan Murah Hanya di Warong Mak Eton | Sebut je shellout pasti terbayang makanan laut yang dimasak sedap. Kemudian, dibentang atas hamparan plastik. Woiittt..meleleh air liur!
Dengan harga makanan laut sekarang yang agak mahal. Silap pilih tempat memang ternganga nak membayornya.
Bila bercerita tentang makanan, rata-rata akan memilih makanan yang sedap dan murah. Jadi peniaga ni memang sakit kepala layan tekak pelanggan yang pelbagai. Ada yang sedap tapi harga cekik darah, ada yang murah sedap tapi nak dapatnya pula agak payah. Tapi, zaman sekarang ni, yang tak sedap tu memang bersepah je jual.
Destinasi Shell Out kali ini hanya di Warong Mak Eton di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Warong ini hanyalah warong kampung tapi sedap hingga menjilat jari!
Untuk santapan bajet tapi berbaloi, hanya RM20 untuk 1 set. 1 set untuk dua orang makan. Memang ternyata jimat di situ. 1 kepala hanya  perlu bayar RM10. Nasi putih dan air adalah PERCUMA.


Untuk tempahan pula, mereka masak berdasarkan menu apa yang kita mahu. Mereka akan terangkan makanan laut apa yang mereka masak untuk 1 set tersebut. Nak lebih sayur boleh, tak nak sayur pun boleh. Kiranya, tempahan berdasarkan pilihan kita juga, bergantung pada harga RM20 tersebut.


Kami tempah dahulu sebelum pergi. Bukan apa, takut lambat masuk kerja semula. Sampai-sampai, meja masih kosong dan kami adalah pelanggan pertama. Oleh kerana kami sudah membuat tempahan, hidangan kami sudah siap dimasak dan tunggu untuk dihidangkan je.

Sedap sangat. Rasa berbaloi makan kat sini. Memang kena dengan tekak saya. Udang masak butter dia pun sedap.

Warong mulai dibanjiri pelanggan.


Ini antara menu-menu di Warong Mak Eton. Bolehlah korang planning nak makan apa nanti.


Menu lain kalau nak order.




In sha Allah akan repeat makan kat sini lagi.

Warong Mak Eton
Alamat : Jalan Tenteram, Kg. Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang.

Untuk tempahan : 017-8412 331 / 017-7020 979
Update terkini : Harga terbaru Set Shellout di Warong Mak Eton kini RM25/set.


  • Share:

You Might Also Like

16 comments

  1. x ajak pun...lenkali roger nak makan sana ek..boleh jumpa...memang betul...walau nampak macam pedas je shell out tu,tapi tak sepedas yang digambarkan...sedap sangat...nak repeat makan sana nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah makan banyak baru rasa pedas kak

      Padam
    2. lokasi dimana yer?

      Padam
    3. Di kg pasir putih, pasir gudang. Dekat dengan masjid. nanti ada nampak signboard kecil.

      Padam
  2. Murah sungguh tu Mar..
    Kira berbaloi lah sekepala RM10 tu..
    Dah lah nasi dan air sirap free tu :D

    BalasPadam
  3. huuuiiissshh bestnye ...murah mcm tu boleh mkn seafood

    BalasPadam
  4. YEY.. BEST BEST BEST..

    T NAK AJAK OPISMATE G SINI

    BalasPadam
  5. bestnyaaaa tak pernah jumpa shellout semurah ini!

    BalasPadam
  6. Tk penah jumpa shell out murah cm ni :) mintak ade la yg mncontohi pasal mek nk pegi jhor entah bile --'

    BalasPadam
  7. Alamak..jauhnyee..kalo kat area JB tau tak ekk shell out mana yg sedap..huhu

    BalasPadam
  8. Skrg ni byk tmpat buat shell out RM10/pax cuma tak pnah lagi nak cuba

    BalasPadam
  9. Dari pukol berapa sampai pukol berapa ye

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.