Tampil Berseri Dengan 3D GOLD STEMCELL SERUM Dari MY BEAUTY HERBS

9:00 PG

Assalamualaikum


Terasa diri cukup bertuah setelah terpilih untuk mencuba produk terbaru MY Beauty Herbs ini. Saya merupakan salah seorang dari 40 blogger yang terpilih melalui giveaway yang kak mia anjurkan.

Melalui detik 30-an ni bukan mudah. Bila mengadap cermin, ada saja yang mahu dibelek. Kedut-kedut kecil pasti akan mulai kelihatan. Mulalah terfikir cara hilangkan garis halus dan kedutan muka. Belum lagi hilangkan gelap bawah mata.


Teruja sangat bila serum sampai. 


3D Gold Stemcell Serum keluaran MY Beauty Herbs merupakan produk buatan Malaysia yang diformulasikan di France dan mendapat kelulusan dari KKM (No. KKM : NOT160106092K).

Ia mempunyai kelebihan tersendiri kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermcom.




Formula hebat ini mampu memberi kesan "Instant Lifting" pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang, anjalkan kulit muka akan dapat dirasai.


Apa kelebihan 3D Stemcell Serum ni? 

Antara kelebihan dan kebaikan 3D Gold Stemcell Serum:

- Hilangkan parut hitam.
- Hilangkan dan cegah jeragat.
- Mencegah luka jerawat.
- Menutupi liang pori.
- Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata.
- Lembapkan kulit.
- Menganjalkan kulit.
- Mengawal minyak pada wajah.
- Mencerahkan kulit.
- Menegangkan kerutan di mata.
- Pudarkan gelap bawah mata.
- Melindungi kulit dari sinaran UV.
- Menggalakkan penghasilan kolagen.
- Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten.



3D Gold Stemcell Serum - digunakan pada waktu siang selepas penggunaan toner, sebelum make up.



Cara Penggunaan 3D Gold Stemcell Serum:

- Tekan sekali atau 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.

- Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan Serum.

- Krim rawatan dipakai pada waktu mala selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
- Minum minima 8 gelas air kosong sehari.


Treatment Cream - digunakan pada waktu malam sebelum tidur dengan cara sapu nipis di kulit muka.



 .: Pengalaman saya :.

Masalah utama kulit saya adalah liang pori yang terbuka dan kulit muka agak berminyak. Jerawat halus mudah timbul jika salah makan. Dan yang pasti, saya nak kulit flawless bak telur dikupas.

12 Oktober 2016 - Hari pertama penggunaan.


Siapa sangka, dengan picit-picit sahaja kita mampu dapatkan kulit tona sekata. Saya menggunakan serum ini sebelum memakai mekap. Di pakai di pagi hari bertujuan untuk melindungi kulit dari sinaran UV


Serum ini tidak melekit, cepat meresap ke kulit setelah disapu. Sambil sapu, usap dan urut-urut lembut kulit wajah. Cara ini dapat menbantu tegangkan kulit muka yang menggeleber

Dalam tempoh pemakaian


Apa yang saya suka dengan serum ini, ia didatangi dengan botol yang cukup elegen. Tidak mudah tumpah dan tidak risau untuk dibawa ke mana-mana. Picit, baru serum akan keluar. Sekali picit je sudah memadai untuk seluruh muka dan leher. Memang menjimatkan!

Tiada bauan yang pelik. Bau cukup menyenangkan. Tidak perlu risau terasa melekit sebab ianya tidak melekit!

Krim malam (treatment cream) pula diberi percuma membantu. Ia mampu kecutkan jerawat. Krim malam juga tiada bauan pelik, agak melekit ditangan tetapi setelah disapu, ia tidak terasa melekit lagi.

Dalam tempoh pemakaian, saya dapat rasakan kulit muka terasa lembut dan minyak dimuka juga berkurangan. 

26 Oktober 2016 - Selepas 2 minggu pemakaian.


Selepas penggunaan selama 2 minggu, serum ini mampu kawal minyak muka disamping cerahkan kulit wajah. Ini menunjukkan serum juga mampu kecilkan liang pori. Wah..wah...menakjubkan.

Selain masalah jerawat dan penuaan, serum ini juga diformulasikan untuk menghilangkan parut hitam dan cara berkesan untuk menghilangkan jeragat.


Moga ia berterusan menjadi rahsia dan petua kulit flawless semua wanita.
Nota Hati : Baju dan skaf adalah sama sebab saya memakai uniform sebelum pergi kerja. Gambar pula diambil dipagi hari setelah memakai serum. Tarikh adalah benar.


Kesan pemakaian berbeza bagi setiap orang. Dan setiap kulit juga tidak sama tahap keupayaan dan kesihatannya. Macam saya, usia menjangkau 32 tahun mungkin kesannya lambat sedikit. Saya tetap menggunakan serum 3D Gold Stemcell ini hingga habis.

Pagi 27 Oktober 2016


"Calit calit merecik. Rahsia saya kekal muda anggun. Kulit flawless tau"
Feeya Iskandar, duta 3D Gold Stemcell Serum



Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.









You Might Also Like

19 comments

  1. wah dah ada dah review,,:)) kalau setia dengan produk ni lagi nampak resultnya ..sebab cepat lambat tu bergantung atas keupayaan kulit ... set produk ni memang tak ada pencuci muka ??

    BalasPadam
  2. menariknya produk ni.. nampak keberkesanan nya tu.. all the best :)

    BalasPadam
  3. Mek pn jenis salah mkn mesti naik jerawat --'

    BalasPadam
  4. nampak ada perubahan tu... sangat bagus ni good luck ya

    BalasPadam
  5. wahhhh..nampak bezanya sebelum dan selepas

    BalasPadam
  6. wah terbaik laaa...gud luck kak.. :)

    BalasPadam
  7. Salam..Singgah dari Giveaway Review yang sama http://www.akifimtiyaz.com/2016/10/kulit-wajah-flawless-hanya-dengan-3d.html

    semoga berjaya..

    BalasPadam
  8. Slm daripada Fiza. Semoga berjaya.. Singgah BW dr segmen yang sama.. http://ourmemoria.blogspot.my/2016/10/wajah-menawan-dengan-3d-gold-stemcell.html

    BalasPadam
  9. Singgah bw dari segmen yang sama. Good Luck yea..
    http://www.tengkubutang.com/2016/10/eyebag-berkurangan-kulit-wajah-makin.html

    BalasPadam
  10. Singgah bw dari segmen yang sama. Good Luck yea..
    http://www.tengkubutang.com/2016/10/eyebag-berkurangan-kulit-wajah-makin.html

    BalasPadam

  11. Salam. Terima kasih hantaer entri review produk Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

    Entri ini telah disenaraikan. Good Luck!

    - Mia Liana -

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.