Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kuatkan Dia

Assalamualaikum


Sampai hari ini aku seolah-olah bermimpi. Mimpi dengan khabar berita seorang rakan. Tiba-tiba terasa seolah satu kehilangan. Selalu ada je dia dalam whataps group kami. Bila dia senyap, terasa 'hilang' seorang rakan tempat bergurau senda, mengadu domba.

Bila mendapat berita buruk, ucapkan...

Hari ini, hari ke-3 aku mengetahui berita itu. Sedangkan dia sudah lama lena di situ. Kandungan gula dalam badannya terlalu tinggi, menyebabkan dia sesak nafas dan dia ditahan wad.

Dia ditidurkan pada tanggal 19/11/2016. Sewaktu aku melawatnya, dia sudah 3 hari ditidurkan.

Lidah ku kelu. Aku terkedu. Melihat dia terbaring di situ. Dengan pelbagai mesin di sisi. Wayar berselirat sana sini, hinggakan mata ini tidak tahu wayar yang ini ke mana, yang ini pula ke mana.

Hati ini sayu. Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih. Dalam masa yang sama, aku mensyukuri nikmat kesihatan yang aku kecapi. Allahuakbar..

Aku diam, tapi sambil tu ada juga bercakap dengan kawan seorang lagi. Wad ICU, hanya dibenarkan 2 orang pelawat untuk satu masa. Aku tidak menyapa dia sebab aku tahu, aku akan menangis.

Bayi dalam kandungannya, alhamdulillah sihat. Bayi belum cukup matang lagi, baru 31 minggu. Dalam keadaan tidur, sesekali tangan dan kakinya bergerak. Lebih menghibakan, melihat airmatanya mengalir. Aku terdiam. Melihat dia tidak lama, sebab mungkin ada orang lain yang menanti diluar untuk melawanya.

"Aku balik dulu, ina. Assalamualaikum.."

Suara aku bergetar. Aku tahu, andai aku berbicara lagi, airmataku akan tumpah. Aku hanya terus doakan dia dalam hati.

In sha Allah, kau kuat. In sha Allah kau akan sedar nanti. In sha Allah bayi kau akan selamat. Aku doakan kau cepat sedar, keadaan kau stabil dan kau menjalani kehidupan seperti biasa.






Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Semoga kawan mar cepat sembuh. Sedih baca nih ☺

    BalasPadam
  2. huhu sedihnya
    semoga ina cepat baik dan bayi tu pun sihat
    semoga dipermudahkan semuanya amin

    BalasPadam
  3. naper akak baca akak yg rasa nk nngis nih...

    moga di berikan kekuatan n kesembuhan bt ina...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code