Perkara Yang Perlu Anda Kenalpasti Apabila Memandu Kereta Lain Secara Mengejut

10:43 PG

Assalamualaikum


Perkara Yang Perlu Anda Kenalpasti Apabila Memandu Kereta Lain Secara Mengejut | Saya tahu kebanyakan kita memandu sendiri ke tempat kerja. Baik yang lelaki mahupun perempuan. Sebab tu tak hairan jika jalan jammed sana sini. Dan sudah pasti pack hour adalah awal pagi sebelum semua orang masuk kerja dan lewat petang ketika orang balik kerja. Memang stress.

Jika memandu kereta sendiri, kita sudah lali, dah tahu selok belok kereta sendiri. Di sini saya kongsikan beberapa perkara yang perlu korang kenalpasti sebelum memandu kereta orang lain. 



Maksud lebih tepat, kereta yang korang jarang pandu tapi tiba-tiba korang terpaksa pandu atas sebab musabah tertentu. Kononnya kereta yang korang pandu hari-hari breakdown, so korang terpaksa pinjam kereta kakak korang ke abang korang ke. Atau terpaksa menyewa kereta. Atau atas sebab kecemasan. Siapa tahu.


1. Ketahui tahap pemanduan korang. Korang pandai memandu manual atau automatik.
- Ini sangat penting sebab tak semua orang pandai memandu kereta manual. Atau lebih tepat, tengok la lesen memandu korang tu, zaman sekarang ni kan dah ada perbezaan lesen automatik atau manual.

2. Jenis kereta tersebut.
- Takde niat merendahkan kereta apa pun. Cuma nasihat saya, kalau korang dah biasa pandu kereta besar, sila sedar diri jika korang ditakdirkan memandu kereta kecil pula. Sebab, pickup kereta ni berbeza. Jangan pula korang pandu kereta kecil macam korang pandu kereta besar, power enjin turbo korang tu.

Ketidakbiasaan biasa berlaku kepada pemandu yang memandu kereta kecil, tetapi terpaksa memandu kereta besar. (Sayalah tu). Kenal pasti tahap lebar kereta tersebut. Bahagian hadapan, muncung lebih ke. Bonet belakang terlebih besar ke. Semua itu mempengaruhi pemanduan kita, lebih-lebih lagi bila berhenti di trafik light atau parking. Kadang-kadang lupa kan, selalu pandu kereta kecil, senang cilok, senang parking


 Khas untuk pemanduan kereta manual. Memandu kereta manual, banyak perkara perlu dikenalpasti.
3. Clutch
- Ada yang suka clutch lembut, ada suka yang keras (yang ni tak tau la apa motif suka clutch keras). Maka, sebelum memandu ke jalan besar, seeloknya, uji tahap pemanduan kereta kita dahulu. Biasanya 5 minit dah mahir. Bukan apa, kalau terlupa tentang clutch yang berbeza dengan clutch kereta kita, confirm kereta akan kerap mati sebab terlepas clutch.

4. Brek.
Ini pun satu juga. Ada kereta yang brek sikit dah cengkam. Ada pula kereta yang brek kena tekan lebih sikit baru dia cengkam, dan kalau tak tekan habis, confirm berdentum.

5. Lampu Signal & Wiper
Yang ni sering terjadi, nak bagi signal tapi wiper yang bergerak. Ini pun sering terjadi pada saya sebab saya hari-hari memandu Perodua. Bila memandu Proton, ha,,gelabah,,,sebab confident bagi signal tapi wiper pula yang bergerak.

Tip di atas adalah berdasar pengalaman saya.
Gambar sekadar hiasan



You Might Also Like

10 comments

  1. Bab wiper dan lampu signal memang kakak selalu silap walau guna kereta sendiri tapi sebab tukar-tukar kereta itu yg kadang nak bagi signal tapi wiper yg bergerak.

    BalasPadam
  2. Bagus info ni Mar..
    Akak pun sama dengan kakzakie..
    Selalu tersilap pada wiper dan signal tu..
    Kalau naik kereta exora wiper nya belah kanan..
    Jadi bila nak bagi signal sudah tertekan wiper pulak :D

    BalasPadam
  3. selalu signal dengan viper setiap kereta lain
    saya pakai viva, adik pakai saga
    signal saya kanan, kalau dia kiri
    tensen tau...haha

    manual memang tak penah nya bawa
    last bawa masa kelas memandu aje..haha

    BalasPadam
  4. btl lah akak setuju, mmg kene tau kemampuan diri... tp selalunya jd kt perempuan...
    lelaki bg lah kete apa pun manual atau auto semua boleh gerak...

    mcm laki akak, kete akak auto, kete dia manual tp selamba je kalu akak mau terkial2 bwk manual walaupun sebelum pakai yg auto niih dulu lama jgk lah bwk kete manual...

    BalasPadam
  5. el ni dr dulu bw manual je
    ntah caner kete rosak kena bw auto..pinjam kete mil
    sekali x tau bw auto...sbb byk sgt nak kena set lam otak..dah x biasa kan
    tp alhamdulilah boleh je bw ..tp bila lama2 x bw jd lupa plak haahaha

    BalasPadam
  6. Bagus tips ni. Kena beringat bila kereta baru.

    BalasPadam
  7. Tips yang berguna. Terima kasih. Boleh cuba nanti.

    BalasPadam
  8. Betul tu. Kalau manual lagi banyak kena cek sebelum nak pandu.

    BalasPadam
  9. dah lama bawa auto sampai x reti dah drive kereta manual..huhhuhuhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.