Setelah Bercuti 3 Hari

8:48 PG

Assalamualaikum


Mood pagi ni agak swing. Sedih.. Pagi-pagi air mata dah mengalir sebab Cik Aisyah tinggal ibu ayah dia, ikut nenek dan atuknya balik kampung. Seboleh-bolehnya dia nak ikut nenek dan atuk. Siap masuk kereta atuk dah. Ibu pula kelam kabut kemas pakaian dia, susu dia untuk dibawa.

Dah tak makan pujuk.

Ibu cakap nanti balik kampung, ibu ayah takde.
Adik takde.
Kakak duduk dengan nenek, dengan atuk, dengan pak chik mak chik.
Dengan Aliya.

Aisyah angguk je. Ermmm...

Ibu pula yang meleleh airmata. Sebak. Drive pergi kerja pun teringat dia. Tapi, cepat-cepat tarik nafas dalam-dalam dan fikir baik-baik. Lega.

Sekarang, depan PC, update blog dulu sebab nak buang perasaan sedih ni. Eiii sebak lain macam lah hati ni.
Cop dokumen pun ada yang senget benget.

T____________T

Tak pernah berenggang dengan dia. Tak pernah berjauhan walau sehari, apatah lagi berhari-hari. Hari-hari tidur sebelah. Tiba-tiba dia takde. Walaupun perjalanan ke kampung 2 jam sahaja, tetap rindu dia. Terasa rumah sunyi nanti.
Adik Alif pun monyok je muka pagi tadi. Perasan kakak takde duduk seat belakang. Biasa mulut becok dia tak berhenti cakap macam-macam, tanya macam-macam. Dalam kereta terasa sunyi je.
Harap Aisyah tak cari ibu malam nanti. Ibu dah pesan, ubu takde. Ibu tak balik rumah nenek. Ibu kerja. Ayah kerja.

You Might Also Like

10 comments

  1. biasalah tu mar..mmg lau bab2 anak ni mmg emo sikit
    hihi lau dekat ngan el bole p ngeteh :)

    BalasPadam
  2. Hihi... anak-anak kalau dah jumpa nenek/atok gitulah Mar
    Mar belum biasa berjauhan memang sedih.
    Nanti lama-lama ok tu..

    BalasPadam
  3. simptom mak² memang macam tu mar...hahaha..kalau boleh nak diorang depan mata

    BalasPadam
  4. Tak apa Mar..
    Biar dia belajar berdikari..
    Memang kita sedih..
    Dorang suka jer ikut atuk nenek balik kampung kan..

    BalasPadam
  5. Tak perlu risau sangat.
    Atuk nenek dia bukan orang lain pun.
    Lama2 nanti biasalah.

    BalasPadam
  6. insyallah ok nyer tuh... takut2 ibu nye je yg tak blh tido teringat2 kt aisyah kt kampung

    BalasPadam
  7. Be Strong..Kejab aje tu...Huhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.