Contest

Balik Kampung Untuk Beraya : Lazada Blogger Contest

8:00 PG

Assalamualaikum

Balik Kampung Untuk Beraya : Lazada Blogger Contest | Lagi 2 hari jeeeeee nak raya. Korang beraya mana ye tahun ni? Saya percaya ada yang dah sampai kampung halaman pun. Tak kurang juga ada yang masih bekerja. Macam saya. Hehehe..

Walau di mana kita beraya, saya doakan kawan-kawan semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Moga raya kali ini meriah seperti tahun sebelum-sebelumnya.

Di hari baik, bulan baik, bermaaf-maafan lah sesama kita. Yang jauh kita dekatkan. Yang dekat, kita rapatkan. Moga kegembiraan terus terpancar di wajah masing-masing. Lebih-lebih lagi bila dapat shopping di Lazada.

Sempat lagi ni kalau korang nak shopping untuk hari raya di Lazada. Jangan tak tahu, Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/masih lagi berlangsung dari 19 May hingga 30 Jun 2017 dan menawarkan diskaun hingga 90%!


Week Four Contest: //HAPPENING NOW . Rakan blogger semua, sempat lagi nak sertai contest ni. Untuk syarat, boleh klik SINI.

Theme: Travelling Back Home 

 Contest period: 16 June 2017 - 30 June 2017 
 Title of the article: Any title related to the Article 

 a. Where do you celebrate Raya this year? 
 b. List down your "balik kampung" essentials. 
 c. What would you like to buy on Lazada’s platform to bring along for "balik kampung"? 

❤❤❤

❤ Where do you celebrate Raya this year? ❤

Raya 2017, Syawal 1438H, giliran sebelah en.suami. Maka, kami beraya di Majidi, Johor Bahru sahaja. Tak jauh mana pun, tak sampai 30 minit dari rumah kami kalau tak jammed teruk.
 
Raya ke-2, selepas Zohor akan ke Mersing, kampung nenek saya. Kemudian, hari raya ke-3 akan pulang ke kampung halaman saya! Segamat.


❤ List down your "balik kampung" essentials ❤

Balik kampung sempena raya perlu fikir banyak faktor. Ye banyak sangat! Kalau dah hari raya, pasti adik- beradik lain juga akan pulang sama. Rumah emak abah pasti akan penuh.

- Baju Raya
Perkara paling utama, mestilah baju raya kami sekeluarga.

- Seterika
Dah ada baju raya, mestilah nak gosok pula. Seterika tu penting, perlu bawa sendiri punya seketol. Pula tu bukan sekali guna, esok lusa selama kita berada di kampung mesti nak beraya ke mana-mana dan baju dan tudung perlu di gosok

- Hanger
Dah gosok baju raya, kena gantung. Kalau tak, penat je gosok kan. Selain itu, hanger memang penting untuk gantung baju bila dibasuh. Kalau kampung dekat dengan pekan yang ada dobi layan diri, mudah sedikit kan. Boleh gunakan khidmat dobi 24 jam tu.

- Baju yang cukup
Lebih-lebih lagi yang ada anak kecil. Memang perlu bawa baju lebih. Tau jelah budak-budak kan. Makan, kotor. Main, kotor.

- Diaper anak
- Penting sangat ni lebih lagi kalau kawasan kampung, kedai runcit mana lah yang buka bila tiba hari raya. Sebaiknya, bawalah stok diaper yang secukupnya.

- Susu anak
Sama seperti diaper, anak sendiri perlulah kita tahu stok perlu sediakan banyak mana.

- Duit raya
Sudah sedia dimasukkan ke dalam sampul duit raya. Tidaklah kelam-kabut nanti. Duit raya untuk emak, ayah, atuk, nenek, perlu disediakan awal.

- Kuih Raya
Bawalah balik sejenis dua kuih raya buat emak atau mak mertua kita. Ambil hati orang tua sikit. Tak luah pun duit tu.

- Top-up TNG
Paling penting bila kita melalui lebuh raya, jangan lupa untuk top-up TNG. Jangan menyusahkan orang lain. Jangan fikirkan diri sendiri sahaja.

- Selenggara Kereta
Kalau kereta sudah tiba waktu servisnya, servislah dahulu sebelum pulang ke kampung atau memulakan perjalanan yang jauh. Moga kita selamat sampai ke destinasi. Kalau ternampak mereka yang memerlukan pertolongan, berilah pertolongan. Jangan pula ada yang  mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. In sha Allah..


❤ What would you like to buy on Lazada’s platform to bring along for "balik kampung" ❤

Sudah lama teringin nak beli luggage. Lebih mudah untuk susun pakaian dan lebih kemas bila diletakkan. Tapi, kereta comel sangat. In sha Allah kot rezekit tahun depan.

3 In 1 ABS Travel Luggage (Hello Kitty Love)  - Klik Travel Luggage


Terasa pula kepentingan power bank. Yelah bila hari raya ni masing-masing kadang-kadang lupa nak charge handphone. Bila nak guna, bateri dah flat. Kalau ada power bank, mudah sikit kan.

3

PINENG POWER BANK PN-999 20000MAH-GOLD + POUCH BAG  - Klik Power Bank




Aktiviti

Gunting Rambut Sebelum Raya

8:00 PG

Assalamualaikum

Gunting Rambut Sebelum Raya | Hari raya semakin hampir dan semakin suntuklah waktu untuk membuat persiapan raya. Hari ahad lepas, kami ambil kesempatan untuk potong rambut Alif. Rambut Alif dah panjang, dan dah dekat-dekat raya baru potong, jimat sikit duit potong rambut.

Tak sangka pula dia boleh meratap hiba macam tu. Yelah kan, semakin dia membesar dia semakin faham situasi. Perasaan takut tu mula menebal dalam diri.

Kelam kabut amoi ni nak gunting rambut Alif. Alif pula serba tak keruan. Saya perlu ada di hadapannya sepanjang proses potong rambut.


Adalah senyap sekejap, kemudian sambung balik menangis. Alahai Alif..


Tada...

Kita dah gunting rambut..


Handsome tak kita?


Kereta

Sarung Seat Baru Untuk Cik Viva

8:00 PG

Assalamualaikum

Sarung Seat Baru Untuk Cik Viva | Sebelum-sebelum ni tak terfikir nak pakaikan sarung seat kereta ni. Bila dah hampir 8 tahun usianya baru nak pakaikan sarung seat lain. Itu pun bila tengok seat kereta tu dah macam belacan.
Alif jenis yang suka makan dan campak makanan bila tak suka atau dah tak nak makan. Kadang-kadang tu dia suka teraburkan makanan. Haihh la anak. Sudah ditegah, diajar, mengamuk pula.
Maka, belilah sarung seat untuk cik viva kesayangan saya ni. En.suami beli online di FB. Barang dan shipment terus dari China. Dalam 2 minggu dah sampai. Berhuhulah kami laki bini memasang sarung baru ni.

Tiada arahan pemasangan. Belek-belek dan sarung ajelah!




Bukan senang nak pasang ui. Berpeluh juga. Makan masa hampir 3 jam untuk siapkan semua. Tarik tali getah di hujung setiap sarung tegang-tegang, barulah seat akan kelihatan tegang dan kemas. Saya dah macam mekanik kereta, tertonggeng sana sini, mujur lah badan saya ni kecil, senang nak cilok dalam kereta comel saya ni.




SGShop

Shopping di SGShop Dengan Kredit Percuma

8:00 PG

Assalamualaikum

Shopping di SGShop Dengan Kredit Percuma | Tempoh hari saya telah menang giveaway anjuran Busyra Takiyudin. Saya telah menang kredit percuma RM100 di SGShop.
Alang-alang dah menang tu, dan kebetulan pula nak raya, saya gunalah kredit percuma tu untuk membeli beberapa helai baju Alif, anak bujang saya. Target saya memang mencari barang yang ringan-ringan sahaja.

Saya beli 3 helai. Minggu lepas dah sampai 2 helai.


Inilah hasil tangkapan saya di SGShop.


Korang dah guna kredit percuma tu ke belum? Korang beli apa?


Alexa

Ranking Alexa #10 200617

2:00 PTG

Assalamualaikum

Ranking Alexa #10 200617 | Muka ada senyummm hari ni sebab traffic rank in My semakin baik.


Alexa Traffic Rank : 830, 850
Traffic Rank in MY : 8, 921
Sumber : Terjah!

Entri sebelum, boleh klik SINI


Perkongsian

Joyfresh Yang Wangi

8:00 PG

Assalamualaikum
Joyfresh Yang Wangi | Lama juga dah air freshner ni. Saya beli sekali semasa beli sabun untuk gotong-royong di pkayik dulu.

>> Jom Baca <<


Bau honey dew memang best. Banyak lagi pilihan haruman yang lain. Boleh ke cawangan Joywash yang terdekat.




Contest

Sedondon Di Hari Raya : Lazada Blogger Contest

1:08 PTG

Assalamualaikum
Sedondon Di Hari Raya : Lazada Blogger Contest | Ianya hadir setahun sekali bagi meraikan hari kemenangan umat Islam seluruh dunia setelah sebulan mengerjakan ibadah puasa. Bila tiba hari kemenangan, rata-rata semua mula berfikir tema dan warna busana aidilfitri masing-masing. Malah tukang jahit sudah tutup tempahan 2 bulan sebelum hari raya menjelma!
Alangkah gembiranya hati bila satu keluarga dapat mengenakan pakaian yang sedondon. Tak dapat baju sama warna pun, dapat tudung warna yang sama pun dah suka dah.

Sempena hari raya yang bakal menjelang tiba, Lazada sekali lagi mengadakan contest. Jom kita sertai beramai-ramai ye. Klik http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ untuk baca syarat penyertaan.

❤❤❤
3. Week Three Contest: //HAPPENING NOW! 

Theme: Looking Good & Beautiful 

 Contest period: 9 June 2017 – 19 June 2017 
 Title of the article: Any title related to the Article 

 a. What's your color theme for this Raya? 
 b. Share your outfit details for this Raya 
 c. What outfit/clothes would you like to buy on Lazada’s platform for this Raya? 
❤❤❤

❤ What's your color theme for this Raya? 

Tema warna kami kali ini adalah pink belacan. Bukanlah pilihan saya atau en.suami tapi pilihan kakak saya. Warna ini adalah pilihan saya ketika bersanding 6 tahun lalu, tapi terpaksa tukar warna lain bila emak saya cakap, warna ini kurang berseri.

Jadi, tahun 2017 ni cubaan mengenakan tema ini. Warna yang agak sweet and soft pada saya.


❤ Share your outfit details for this Raya 

Tadaa...


Meskipun kita merayakan hari yang mulia dengan meriah, jangan dilupa, tetamu wajib dilayan. Sepanjang 33 tahun beraya, belum pernah saya mengenakan baju yang terlalu sarat dengan manik-manik mahupun aksesori. Pada saya, ia agak leceh untuk digayakan memandangkan kebiasaaan kita perlu menghidang juadah kepada para tetamu.

Pilihan saya pastilah baju kurung moden. Nampak ringkas, anggun dan bergaya. Asalkan kita pandai menggayakannya.

Untuk en.suami pula, fesyen kurta menjadi pilihan kakak saya di mana mengikut peredaran fesyen. Glamer fesyen kurta ni pada tahun ini.


❤ What outfit/clothes would you like to buy on Lazada’s platform for this Raya?  

Perempuan dengan baju memang tak dapat dipisahkan. Kalau boleh, sebulan raya tu nak pakai baju baru. Huhu..

Memang rambang mata bila dapat cuci mata di Lazada ni. Banyak koleksi yang menjadi dambaan hati.

Tiba-tiba teringin untuk pakai telekung SK ni di pagi raya untuk solat hari raya.

Siti Khadijah Basic Kain (White)

Klik - Telekung


Dah lama tak pakai wedges, tiba-tiba teringin pula nak pakai. Dapat seketol macam ni pun cun juga

Carlo Rino 333001-068-08 Sandal Wedges Platform (Black) 

Klik - Wedges


Sempat lagi ni kalau korang nak shopping untuk hari raya di Lazada. Jangan tak tahu, Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/masih lagi berlangsung dari 19 May hingga 30 Jun 2017 dan menawarkan diskaun hingga 90%!


Lazada

Spin Mop Dari Lazada

8:00 PG

Assalamualaikum

Spin Mop Dari Lazada | Memang berkenan sejak 2, 3 bulan lepas. Masa tu harganya dalam RM50-60. Ini gara-gara terjebak dengan GoShop, harga seratus lebih gitu. Yelah berpadanan dengan kualitinya kan..

Masih berlangsung sales di Lazada sempena Riang Ria Raya. Rugi tak grab sales 90% tau! Memandangkan mop kat rumah pun dah lama, saya belilah baru. Untuk mop lantai rumah sendiri juga.

Harga spin mop ni hanya RM29.90 sahaja dan saya memilih cash on delivery. Penghantaran Lazada memang terbaik. Barang sampai tepat seperti yang dijanjikan.

Inilah rupa spin mop sebelum dipasang. Lengkap semuanya. Barang bersesuaian dengan harganya yang mampu milik. Memang tak expect tinggi macam kat GoShop lah.

Warna ungu menjadi pilihan sebab macam banyak barang warna ungu di rumah, so saya macam nak lengkapkan dengan warna ungu je, senang.


Setelah berjaya dipasang, seperti biasalah bos kecik ni rasmikan dulu. Selagi tak puas buat main, selagi tu dia tak lepaskan. Benda baru kan. Apa yang best dibuat main pun saya tak tahu.


Saiznya sangat bersesuaian pada saya. Meskipun review pembeli ada yang kurang berpuas hati sebab saiznya kecil, tapi pada saya, saya suka saiznya. Tak besar, tak kecil pada saya. Bukan saya nak mop rumah banglo 4 tingkat pun. Heheh..

Saya sudah guna beberapa hari spin mop ni dan saya berpuas hati menggunakannya.


Letak dalam bilik air tak mengganggu pun sebab saiznya yang comel dan lebar.

Sample Shampoo Clear Men

8:00 PG

Assalamualaikum
Sample Shampoo Clear Men | Balik kerja hari tu tengok-tengok dalam peti surat ada sampul surat berisi sesuatu. Rupa-rupanya ini di dalamnya.

Saya memang suka request sample barang. Tak kira lah barang apa pun yang penting halal.


Comel je botol sample ni tau. Saya bagi en.suami lah sebab untuk lelaki.

Nota Hati

Nota Hati #7 : Mengkritik

8:00 PG

Assalamualaikum

Setiap kali kita mengkritik orang lain kita telah menjatuhkan martabat kita. Orang berjaya hanya fokus pada apa yang dia suka dan positif. Mereka ignore manusia dan peristiwa negatif dan menggunakan tenaga ke arah tujuan hidup mereka.

Kita jangan mengharap pada orang lain untuk atasi masalah kita. Ambil tanggungjawab darn banyak berdoa. Hati manusia hanya genggaman Allah.
Siapa yang Allah sayang manusia akan sayang.
Kalau isteri atau suami tak sayang bererti kemungkinan Allah tak sayang. Ubah dunia dalaman untuk ubah dunia luaran kita.
Hormati privacy orang lain. Kalau kita tak suka diganggu, manusia lain juga tidak suka diganggu.

Islam Itu Indah

10 Malam Terakhir Ramadhan

4:00 PTG

Assalamualaikum

Berikut beberapa amalan yang pelaksanaannya sangat dianjurkan pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.


Pertama: Qiyamul Lail
Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang berdiri (untuk mengerjakan shalat) pada lailatul qadr karena keimanan dan hal mengharap pahala, akan diampuni untuknya segala dosanya yang telah berlalu.” 

Perihal amalan ini juga diterangkan oleh Aisyah radhiyallâhu ‘anhâ,
“Adalah Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam, bila sepuluh malam terakhir telah masuk, mengencangkan sarungnya, menghidupkan malamnya, dan membangunkan keluarganya.” 

Kedua: Membaca Al-Qur`an
Al-Qur`an Al-Karim memiliki kekhususan kuat berkaitan dengan bulan Ramadhan bahwa Allah Subhânahu wa Ta’âlâ berfirman,
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur`an.” [Al-Baqarah: 185]

Dimaklumi pula bahwa Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam memberi perhatian lebih terhadap Al-Qur`an pada bulan Ramadhan sehingga Jibril turun pada bulan Ramadhan untuk Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam yang membaca Al-Qur`an sebagaimana dalam hadits Abdullah bin Abbas radhiyallâhu ‘anhumâ bahwa beliau berkata,
“Adalah Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam orang yang terbaik dengan kebaikan, dan beliau lebih terbaik pada bulan Ramadhan. Sesungguhnya Jibril menjumpai beliau setiap tahun pada (bulan) Ramadhan hingga bulan berlalu. Beliau shallallâhu ‘alaihi wa sallam memperhadapkan Al-Qur`an kepada (Jibril). Apabila Jibril menjumpai (Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam), beliau shallallâhu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang lebih baik dengan kebaikan daripada angin yang berembus tenang.” 
Dimaklumi oleh setiap muslim, keutamaan Al-Qur`an dalam segala hal, baik dalam membacanya, menadabburinya, mempelajarinya, maupun hal-hal selainnya.

Ketiga: I’tikaf
I’tikaf berarti berdiam di masjid dalam rangka beribadah kepada Allah Subhânahu wa Ta’âlâ. Tidaklah seseorang keluar dari masjid, kecuali untuk memenuhi hajatnya sebagai manusia.
I’tikaf adalah ibadah sunnah pada bulan Ramadhan serta di luar Ramadhan. Amalan tersebut adalah syariat yang telah ada pada umat-umat sebelum umat Islam dan merupakan mahligai kaum salaf shalih.
Dasar pensyariatan amalan itu adalah firman Allah Subhânahu wa Ta’âlâ,
“Sedang kalian beri’tikaf di dalam masjid.” [Al-Baqarah: 187]
Ayat di atas masih dalam rangkaian penjelasan hukum-hukum seputar puasa Ramadhan. Jadi, I’tikaf memiliki kekhususan berkaitan dengan Ramadhan. Oleh karena itu, Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sebagaimana diterangkan oleh hadits Aisyah radhiyallâhu ‘anhâ,
“Sesungguhnya Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian istri beliau beri’tikaf setelah itu."

Keempat: Memperbanyak Doa
Doa adalah ibadah yang sangat agung, merupakan sifat para nabi dan rasul serta ciri orang shalih. Keutamaan, perintah, dan manfaat doa sangatlah banyak diterangkan dalam Al-Qur`an dan sunnah Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam.
Keberadaan doa pada bulan Ramadhan sangatlah kuat. Allah Subhânahu wa Ta’âlâ menyebut tentang amalan tersebut di sela-sela pembicaraan tentang hukum-hukum puasa. Allah Subhânahu wa Ta’âlâ berfirman,“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” [Al-Baqarah: 186]

Dimaklumi pula bahwa pertengahan malam adalah waktu yang baik untuk berdoa,
“Rabb kita Tabâraka wa Ta’âlâ turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam terakhir tersisa (dalam salah satu riwayat Muslim, ‘Ketika sepertiga malam pertama telah berlalu,’ dan dalam riwayat beliau yang lain, ‘Apabila seperdua atau dua pertiga malam telah berlalu,’), kemudian berfirman, ‘Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, Aku akan mengabulkan untuknya, barangsiapa yang meminta kepada-Ku, Aku akan memberikan untuknya, dan barangsiapa yang memohon ampunan kepada-Ku, Aku akan mengampuninya.’.” 

Kelima: Taubat dan Istighfar
Taubat dan istighfar adalah amalan yang dituntut pada seluruh keadaan. Allah Subhânahu wa Ta’âlâ berfirman,
“Dan bertaubatlah kalian seluruhnya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kalian beruntung.” [An-Nûr: 31]

Malam hari adalah tempat untuk bertaubat dan beristighfar bagi orang-orang yang bertakwa. Allah Subhânahu wa Ta’âlâ berfirman,
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (surga) dan pada mata air-mata air, sambil mengambil sesuatu yang diberikan oleh Rabb mereka kepada mereka. Sesungguhnya, sebelumnya di dunia, mereka adalah orang-orang yang berbuat baik; Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam; Dan pada akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” [Adz-Dzâriyât: 15-18]

Keenam: Umrah
Umrah termasuk amalan shalih yang agung, penuh dengan keutamaan dan kebaikan, serta lebih utama untuk diamalkan pada bulan Ramadhan karena Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Umrah pada bulan Ramadhan menggantikan haji bersamaku.”  


Demikian beberapa contoh amalan shalih pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Wallâhu A’lam.

Giveaway

Giveaway Mengejar Lailatul Qadar

12:00 PTG

Assalamualaikum

 nnn
Klik banner untuk sertai
  1. Follow blog Shawal
  2. Like fanpage  || 
  3. Add google+ : +Mohd Noor Shawal
  4. Buat entry tajuk "Giveaway Mengejar Lailatul Qadar"
  5. Letak banner GA dan backlinkkan ke blog ni 
  6. Dah siap, publish then komen link penyertaan di entri ni.. Done..
  7. Wajib baca dan hayati poster dibawah..
Image result for poster lailatul qadar


Tamat: 24 June 2017

Kuih Tradisional

Resepi Kuih Akok

8:00 PG

Assalamualaikum

Resepi Kuih Akok | Biasalah ke param sesaja untuk mencari makanan yang rasa mata sedap memandang dan tekak terliur. Bila bulan puasa ni, terasa suka makan kuih manis meskipun hakikatnya tidaklah makan sangat, lebih kepada teringin dan merasa.
Kuih akok ini saya beli RM2/ 3 biji. Sebab teringin nak rasa dan tak pernah makan pun sebelum ni. Rasa dia lemak-lemak telur gitu ek. Dah macam puding karamel versi bakar pun ada. Teksturnya lembut. Oklah..

Saya simpa resepi ini di sini agar mudah saya rujuk.


Kuih Akok

Bahan-Bahan :-
(Sukatan cawan/ mangkuk/bekas yg sama)
- 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan gula kabung/gula melaka yg diracik halus (3/4 cwn-manis just nice)
- 1 cawan air 1/2 cawan gandum 3 helai daun pandan (carik-carik)
- Secubit garam

Cara-Cara :-
- Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.
- Masukkan acuan ke dalam oven.
- Satukan gula kabung, air dan daun pandan.
- Masak hingga gula hancur.
- Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
- Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).
- Tapiskan 
- Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut 
- Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) guna api atas dan bawah.

~ Sumber : SINI



Blog Janji Kita

Follower Ke-1000

4:00 PTG

Assalamualaikum
Follower Ke-1000 | Akhirnya follower blog Janji Kita telah capai 1000! Terima kasih kepada rakan-rakan blogger lain yang sudi follow blog saya ni.

Tahniah kepada Nona Sani pemilik blog Life with ❤ yang telah berjaya mendapat duit raya dari saya. Awal dia dapat duit raya..

Kepada rakan lain jangan berkecil hati ye. Korang tetap rakan yang best. In sha Allah akan datang saya akan buat top komentator setiap 3 bulan dan nantikan juga hadiah misteri dari saya. Sebagai tanda penghargaan saya kepada rakan yang sudi berkunjung ke blog saya.



Recipes

Soto Mudah Dan Sedap

3:00 PTG

Assalamualaikum

Soto Mudah Dan Sedap | Menu yang tak miss untuk saya masak setiap kali bulan puasa. Kalau tak bulan puasa pun, sebulan sekali mesti saya masak menu ni. Saya suka soto.



Bila dah siap masak dan tunggu azan maghrib berkumandanga, baru perasan sambal kicap dalam peti ais dah habis. Aisehhh.. spoil betul. Biasa sambal kicap memang sentiasa ada stok je. 


Oleh kerana sambal kicap takde, dan cili pun takde dalam peti ais, maka saya lawankan soto dengan sambal hitam pahang je. Eh..sedap juga. Kena dengan tekak saya..


Letak buah kuras untuk rasa lebih sedap dan memekatkan kuah. Buah keras pun sentiasa ada stok sekarang.


Alif Ziyad

Perkembangan Alif : 22 bulan

12:00 PTG

Assalamualaikum

Perkembangan Alif : 22 bulan | Pejam celik pejam celik dia dah menjangkau 22 bulan. Lagi 2 bulan akan genap 2 tahun. Semakin besar semakin nakal. Ada je karenah dia yang mencuit hati. Dan semakin tinggi juga kesabaran untuk menjaganya sebab dia jenis sentap, sensitif dan kuat mengamuk.

Silap sikit...nangis. Marah sikit..nangis. Tak dapat apa yang dia nak..nangis. Menangis tahap guling kat lantai. Menangis macam kena dera. Kadang-kadang tu saya biar je dia menangis sambil guling-guling sebab dah penat pujuk.

Bayi seusia Alif sudah pandai buka baju dan seluar sendiri. Begitu juga Alif. Sudah pandai sedikit. Pakai baju pun dia cuba pakai sendiri walaupun terbalik lah, salah masuk lah. Layan ajelah..

Gambar ini ditangkap di awal pagi sebelum kami keluar rumah. Saya cakap, "nak pergi rumah emak ni..ibu nak keje.."

Laju je dia capai seluar dan sarungkan ke kaki. Saya perhatikan, dah betul dah cuma tak pandai tarik sampai pinggang, sangkut di diaper. Hahaha..

Baju pula belum pandai betul. Main taram je dia masuk ke kepala. Bila tak berjaya, baju tu dibalingnya.

05.06.17 - Bawa Alif checkup 22 bulan untuk timbang berat badan dan semak perkembangannya. Macam biasalah, semakin melasak ni, berat badan Alif tak berapa naik. 8.6 kg je nak oiii.. Alif ni sangat lasak dan aktif. Pendek kata, cuma diam bila tak sihat dan tidur je.

So far, Alif ok je. Cuma bak saya cerita di ataslah, semakin dia membesar, semakin besar jugalah kesabaran kami diuji. Memang menjaga dia ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Sebab kuat mengamuk. Tapi, waktu dia pandai dan nakal, memang geram dan terhibur je dengan telatah dia. Memang pandaii..

Temujanji akan datang untuk usia 2 tahun telah ditetapkan pada 11/09/2017. Lewat 2 minggu sebab checkup kawasan perumahan kami hanya pada hari Isnin sahaja dan tarikh Alif genap 2 tahun selisih pula dengan Hari Kemerdekaan negara dan Hari Raya Haji.

Rindu masa dia macam ni..


Recipes

Resepi : Air Soda Herbs

8:00 PG

Assalamualaikum
Resepi : Air Soda Herbs | Bulan puasa ni tak kira lah air apa pun yang peniaga jual pasti laku punya. Air biasa-biasa sebungkus dah RM2. Lagikan air luar biasa!

Dek teringin nak minum laju jugalah membeli air ni di sebuah gerai si param. RM5! Hammmik kau.. Kalau diperhatikan, bahannya tidaklah susah mana. Tapi yelah kan, lemon pun mahal. Tak pepasal melayang RM5..


Air Soda Herbs

Bahan-bahan :-
- Sebotol air aiskrim soda
- 1 tin laici - diambil buahnya sahaja
- 1/ 2 batang serai
- Daun pudina - terpulang nak letak berapa helai
- Sebiji lemon
- Asam boi putih - terpulang nak letak berapa biji
- Ais

Cara-cara :-
- Cuci lemon, hiris nipis.
- Sediakan bekas yang bersesuain.
- Letakkan daun pudina. Kemudian, masukkan lemon yang telah dihiris tadi.
- Masukkan pula asam boi.
- Masukkan buah laici.
- Tuangkan air aiskrim soda.
- Bubuh ais.
- Masukkan serai yang telah dititik

Ok, sedia diminum bila azan berkumandang.

Kami

Progress Rumah Flat #1

2:00 PTG

Assalamualaikum

Progress Rumah Flat #1 | Ini kisah seminggu sebelum berpuasa. Gigih la menolong en.suami mengecat rumah flat kami. Perlu cat semula sebab bila report defect, pemaju tampal-tampal rekahan dengan simen sahaja tanpa cat semula. Cat putih je sebab murah.

Lepas raya nanti rumah ini akan disewakan, tu yang gigih mengecat. So far, wiring telah dilakukan oleh en.suami. Buatlah sikit-sikit bila cuti sabtu dan ahad. Lampu sudah ada cuma belum ada kipas.
 

Masa ni Alif tinggal bersama pengasuh. Hanya Cik Aisyah yang ikut, itu pun habis cat meleleh dibuatnya.


Saya pun turut membantu mengecat rumah tersebut. Masya-Allah letihnya mengecat rumah. Masa mengecat tu ok je. Dapatlah siapkan dinding di 2 bilik dan ruang tamu. Lepas cat dah habis, kami pun stop. Masa tu sebotol air besar pun rasa tak cukup!

Balik rumah rasa letih sangat-sangat. Lepas Isyak terus zzzZZZ.


Cerita Saya

Gadjet Pilihan Hati

8:00 PG

Assalamualaikum

Gadjet Pilihan Hati | Akhirnya saya sambar juga seketul. Memang dah lama idamkan handphone baru. Sebelum ni saya pakai tablet Samsung (tak ingat jenis apa). Ok je cuma besar lah!
Sejak ada rezeki sikit-sikit review produk, memang saya memerlukan handphone berkamera cantik. Selalu pinjam handphone en.suami je. En.suami pakai Samsung Note 4. Kamera memang cantiklah.

Baru grab minggu lepas. Tab saya pun dah mula cari pasal, whataps tak masuklah sebab memory asyik full. Lagi-lagi lambakan group whataps di aplikasi whataps. Belum termasuk group whataps job review. Maka, terpaksalah saya quit dari group whataps yang saya tak berapa aktif.

Dah lama berkenan dengan Samsung Galaxy J7 Prime ni sebab saiznya sedang-sedang, tak lah kecil sangat. Skrin bersaiz 5.5". Gambar pun cantik. Memory handphone besar tau iaitu 32G. Besar kan. Boleh masuk 2 simkad.

Asalnya saya mahukan cover berwarna merah jambu tapi stok dah habis. Ini pun stok handphone jenis ini cuma tinggal 3 unit sahaja. 2 unit berwarna hitam dan 1 unit berwarna putih + gold. Cepat je saya grab warna putih + gold. Cantik juga.

Saya beli di Seng Heng outlet sebab memang yakin mereka jual yang original. Sebelum ni, tablet samsung saya pun beli di Seng Heng, Termasuklah handphone en.suami.