Formula Untuk Redha

9:00 PG

Assalamualaikum


Formula Untuk Redha | Perkongsian dari Whataps Group. Satu tazkirah yang pada saya cukup buat kita terkesan.

📌Bagaimana untuk REDHA?
[ Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman. ]
Ali Imran ayat 139

📌Bicara tentang formula REDHA, saya sendiri seakan tergagap untuk berbicara tentang, sedang diri sendiri masih bersoal jawab dengan hati sendiri.

📌Apakah diri ini sendiri sudah benar-benar REDHA atas ketentuan ilahi?

Hanya hati sendiri ada jawapannya, Redha?

Apa yang kita faham tentang REDHA....??

👉REDHA apa bila kita tidak lagi bertanya kenapa. 

👉REDHA bermakna menerima setiap ketentuan ALLAH tanpa KELUHAN dan RUNGUTAN. 

👉REDHA itu menerima TANPA SEBARANG PERTIKAIAN. 

👉REDHA itu TIDAK MENCERITAKan pada sesiapa KECUALI MENGADU KEPADA ALLAH!


📌Jujur saya katakan memang bibir mudah melafaz REDHA. aku REDHA.

Tapi hakikat hati sendiri yang tahu. REDHA itu payah nak dapat.

📌Mungkin kita mula belajar untuk REDHA, tapi dalam tempoh belajar untuk REDHA itu pasti ada ujian untuk melihat keteguhan iman kita pada ALLAH.

📌Kita manusia biasa, bukan kita tak pernah  berusaha untuk REDHA namun hakikat untuk mendidik hati sendiri itu jauh lebih payah dari mendidik hati orang lain, kadang ego kononnya aku REDHA.

📌Tapi bila datang lagi ujian mengeluh lagi, YA ALLAH kenapa aku?

Bagaimana Untuk REDHA?

📌Nak REDHA, satu kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya, sudah tertulis dalam rencanaNya sejak dulu lagi.

Cuba tanam sifat “berbaik sangka” pada ALLAH. Terus terang saya cakap bersangka baik saya ujian datang bertimpa-timpa itu sukar, kerana saya pernah  melalui fasa itu.

Fasa di mana bibir ini bertanya pada ALLAH mengapa semua ini terjadi, saat air mata mengalir, menerima hakikat kehidupan yang tak selalu indah.

📌Hikmah, teringat pada kata-kata seorang adik disampaikan oleh sahabat saya. “akak, setiap kali ALLAH ,menguji, adik tercari-cari hikmah apa yang ALLAB nak bagi”.

ALLAHU saya tersentak dengan kata-kata itu, lemahnya saya. Mulai hari tu, saya cuba ambik ibrah dari kata-kata itu.

📌Untuk REDHA, tidak semudah yang disangka.

Tapi tak semudah tu. Setiap kali ujian melanda, cuba positif, ada hikmah ini, jangan biarkan kesedihan tu menutupi segalanya. Sampai tak nampak hikmah dan nikmat yang lain.

📌Menangis itu tak salah sedih itu tak salah. Tapi satu je, percaya pada ALLAH.
Percaya dengan kasih sayang ALLAH. Senyum.

Alhamdulillah, kata orang alah bisa tegal biasa, bila terbiasa dengan lama-lama terbiasa ditarbiah. Lama-lama kita akan semakin positif.

📌Sesukar mana pun ujian itu, kita akan nampak hikmahnya. Indah bila hati benar-benar REDHA. benar -benar ikhlas.

📌Bila sapa ujian biar masih mengukir senyum walau dimata terlihat sayu, walau bibirnya pucat tak berdarah, namun senyuman ikhlas itu mengindah segalanya.

Senyuman saya ini untuk mu sahabat. Qawiyy! Senyum.

YA ALLAH, sesungguhnya setiap rencanaMu, pasti ada hikmahNya.
Dunia sementara. Ujian sementara. Derita sementara.
Syurga kekal. Nikmat kekal. Bahagia kekal. Hanya disyurga.

📌Kuatkan langkahan mujahadah, moga hati istiqamah sentiasa.

REDHA itu mudah, saat hati kau tak lagi mempersoalkan ketentuanNYa. Menerima dengan berlapang dada. InsyaAllah kita boleh sahabat.

📌Andai  selama ini ALLAH uji kamu mampu laluinya, sekarang🖇 DIA uji lagi takkan nak mengalah, kalau awak tak mampu sungguh takde awak yang sekarang ni.

📌Sungguh DIA takkan menguji dengan ujian itu.

======

REDHA…ayat yg senang disebut tp payah untuk dilalui..
Alhamdulillah… syukur pada ALLAH.. ujian yang ALLAH beri berkali-kali dan akhirnya kita kenal itu makna REDHA.

📌Bila kita meletakkan ALLAH pertama, memahami semua yang berlaku adalah dengan izin ALLAH. kita akhir sedar yang hati kita adalah milik ALLAH.

📌Maka kita kembali berserah pada ALLAH kerana ALLAH mengetahui segalanya untuk diri kita dan apa yang ALLAH tentukan sememang terbaik untuk kita.

📌ALLAH sayangkan kita. ALLAH sayangkan semua orang yg dia diberikan ujian dan dugaan.

Akhir sekali, dengan memaafkan orang yang melukakan hati kita sebab kira ingin berdamai dengan ujian ALLAH.
Subhanaallah.. hati kita akan kembali tenang dan selalu pujuk hati ALLAH ADA dan kita milik ALLAH.


#UtkINGATANDiriSENDIRIYgPalingUTAMA
#DariALLAHKpdALLAHUtkALLAHHanyaALLAH




You Might Also Like

11 comments

  1. Bukan mudah nak seiringkan otak, mulut dan hati utk satu perkataan redha.
    Bersama kita renungkan dimana letak diri kita dari semua itu.

    BalasPadam
  2. insyallah kalau yakin dengan ketentuanNYA pasti tiada kerusingan slps itu

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Info yang berguna untuk belajar jadi redha.

      Padam
  4. Memang betul tu, Mar. Kadang bibir senang mengucapkannya tapi hati masih lagi tak keruan. Bukan senang nak redha terhadap sesuatu perkara yang terjadi. Ada aje fikiran jahat yang melanda; mengapa dan kenapa!

    Harapnya semoga kita akan jadi insan yang lebih baik dan lebih meredhai segala apa yang Allah tetapkan berlaku dalam hidup kita.

    BalasPadam
  5. sy ni kadang cepat marah orangnya tapi pemaaf dan cepat melupakan :)

    nice sharing sis

    BalasPadam
  6. Terima kasih perkongsian ini.
    Kena belajar redha apa yang Alah bagi kepada kita.

    BalasPadam
  7. thank you for perkongsian :D really learn a lot

    www.neezalife.com

    BalasPadam
  8. Betul mar..sangat mydah disebyt redha..acik pun sama.mudah2 redho..ikhlas yakin dan pasrah.
    Mar beli dimana seqy tu mar..acik pun kulit berminyak..siang pun bermintak kalau bangun tidur lagi banyak

    BalasPadam
  9. belajar utk redha...
    pasrah....
    menerima dgn ikhlas.
    semua yg berlaku ada hikmah nyer.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.