Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Zoo Johor

Assalamualaikum


Zoo Johor | Terus terang saya katakan di Johor Bahru ni takde tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau shopping mall tu memang berlambak la. Tapi tak best la window shopping je, kalau dapat shopping tu lain lah cerita.

Sabtu lalu kami ke Zoo Johor untuk kali ke-3. Kali-2 buat Aisyah dan kali pertama buat Alif. Itu pun setelah Aisyah beria-ria mengajak kami. Memandangkan tiada tanda-tanda hari hujan, maka kami segera memenuhi permintaannya. Cuaca panas berdenting!


Yeay sampai zoo! Agak ramai juga. Memang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan-jalan di sini.


"Ibu, saya nak bagi unta makan"

Dengan bayaran RM2, dapatlah sebesen sayuran. Macam kangkung, bayam dan sayur lain saya tak pasti. Kembung perut unta asyik makan je. Saya, spesis penakut nak bagi unta makan. Bila dia nganga mulut, saya dah rasa seram. Hahaha...



2 ekor anak gajah dipertontonkan di sini. Gajah hanya dibawa keluar pada masa tertentu. Waktu tersebut dalam 8.00-10.00 pagi dan petang, 2.30 - 4.00 petang. Kalau tak silap saya. Gajah ni jinak. Kulit dia kasar ek. Ada bulu-bulu.



"Ibu, harimau tu tidur.."

Haiwan kegemaran saya ni. Meskipun ianya comel seperti kucing tapi dia garang! Kalau dapat tunggang memang best.



"Hai pony, rambut awak cantik lah"

Sebenarnya Aisyah nak naik kuda padi ni. Tapi, kuda padi ni sedang berehat, tengah makan. Bayaran sebanyak RM6 dikenakan bagi kanak-kanak yang ingin menunggang. Hanya ada seekor. Oleh kerana lama menunggu, kami beransur dahulu.



"Hai hippo..mandi ke?"

Sudah nama pun badak berendam, berendam sahajalah kerjanya. Oleh kerana dia berendam sahaja, tak nampak lah badannya sepenuhnya.



"Ibu, saya takutlah tengok buaya. Ni patung ke betul-betul?"

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Buaya yang sudah kekenyangan ibarat patung tidak bernyawa. Tidak bergerak. Ini spesis buaya tembaga. Besar.




"Eh ibu,,,itu ibu dia...itu ayah dia.."

Diberi nama monyet yang kecil. Monyetnya kecil-kecil berwarna hitam. Ada banyak ekor. Tapi, kena perhati betul-betul akan kedudukannya sebab ianya kecil.



 "Besarnya burung. Boleh terbang tak"

Burung unta, berbadan besar tetapi mempunyai otak yang kecil. Ada banyak di sini. Seram sejuk tengok muncung dia, takut kena patut walaupun tak lepas pun muncung tu nak mematuk.


Ada banyak lagi haiwan di sini seperti burung merak, burung kakak tua, burung serindit, burung kenyalang, bangau, rusa, kerbau dan kancil.


Harga tiket,

Dewasa : RM2
Kanak-kanak : RM1


Masuk-masuk ke dalam zoo, mereka akan ambil gamabr kita dahulu. Balik nanti, boleh la tengok gambar tersebut, sama ada nak beli ke tidak.

Saya belilah, RM30 untuk 2 keping gambar saiz besar. Beli pun sebab ada Alif, boleh lah buat kenang-kenangan.






Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Setuju tempat kita ni tak ada tempat cantik nak pergi
    Tapi macam Mar anak kecik bagus juga bawa ke sini.

    #aisyahcantiklah

    BalasPadam
  2. rindunya dengan zoo ni...tempat nostalgia saya zaman kanak2

    BalasPadam
  3. murahnya.... walaupun tak besar mana tp jadi lah utk bdk2 jln2 n tgk binatang2...

    zoo negara tu dkt je ngn umah tp tak penah pun msk, rasa mcm mahal sgt sekali masuk tuh

    BalasPadam
  4. Pernah pegi jugak kat zoo ni. Tu pun bila dah habis belajar, adahal dah 4 thn duk kat Johor tuu. Hihi

    BalasPadam
  5. best juga pergi zoo bawak budak2. ada benda yang bole dipelajari. hehe.

    BalasPadam
  6. Murah kot masuk Zoo..Zoo KL ni masuk RM25 kalo x silap..Ke dah naik lagi skrg..Last pergi Zoo mase peknenkn Ammar 4 bulan..huhu

    BalasPadam
  7. Betul ke Mar takda tempat menarik nak dilawati di sana? Kotnya dah terbiasa tinggal di sana tu yang rasa takda apa yang best. Samalah kalau tanya saya di KL ni apa tempat menarik, semua pun tak menarik dah tapi shopping mall tu yes, kalau ada duit berkepok-kepok sampai keluar poket sesaja. memang wajiblah melenjan kat shopping mall siang malam bermarathon ^_^

    Murahnya nak masuk Zoo Johor ni, RM2 aje untuk dewasa. Kalau macam ni, memang boleh masuk seminggu sekali. Nak masuk hari-hari takut haiwan kat zoo tu pun menyampah tengok muka kita aje. Hahaha!

    BalasPadam
  8. okayh, baru tau kat johor ade zoo..adehhhh..lagi terukkkk...hiksss..

    BalasPadam
  9. bestnya pergi zoo..nak pergi jugak nanti hehehe

    BalasPadam
  10. Menarik jugak zoo johor ni cik mar.. Ada unta lagik tu.. hehee..

    BalasPadam
  11. sllu tempat2 mcm ni sure ada gambar untuk kenangan..harga dia boleh tahan jugak lahhhhhhhhhhhhhhhh hahaha bolehlah wat kenangan nti hehe

    BalasPadam
  12. lom pernah pergi, huhu

    www.neezalife.com

    BalasPadam
  13. seriusly, aida ke jb utk makan.
    i love jb food.
    sup tulang zz.
    banafe.
    kacang pul kat bomba larkin.
    hutan bandar.
    nice !!!

    BalasPadam
  14. Terima kasih atas cerita tentang Zoo Johor niii....Google2 tengah fikir nak bawak anak buah jalan esok... Cuti Hol kannnn....alhamdullillah

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code