Blog personal :Kisah seorang isteri dan ibu yang berkerjaya berkaitan keluarga juga kehidupan.


Baju Muslimah Kanak-kanak
 photo BANNER_zpswdsz5amr.jpg

Isnin, 20 Mac 2017

Alif & Basikal Baru

Penulis : Mar Mansor Masa : 8:00 PG Ulasan : 9 Tag :
Assalamualaikum


Alif & Basikal Baru | Minat benar Alif dengan benda roda dua ni. Kalau dia dah nampak, memang tak sah kalau dia tak dapat capai. Sebolehnya, dia akan tolak sepenuh tenaga. Tak dapat naik tak mengapa, asalkan dapat tolak.

Jika di rumah, saban hari berebut dengan kakaknya. Dek kerana kesian, saya belikan sebuah basikal untuk dia. Biar dia tunggang sepuasnya.

Mula-mula survey dahulu, kedai basikal yang ada. Mana yang murah, mana yang kondisi bagus, mana yang sesuai dengan si bujang. Kali pertama ke kedai basikal di Masai, biarkan dia naik, dia ok je. Ayahnya dukung dia masuk kereta, pun dia ok je.

Kemudian ke Today Mart pula, survey basikal RM79.90. Basikalnya murah tapi ada kekurangan sedikit. Pilihan pun tak banyak. Maka, kami berpatah balik ke kedai basikal mula-mula pergi tadi. Kali ni, Alif tak mahu turun dah. Melekat.

Memang bercadang beli di sini. RM90. Alhamdulillah, rezeki Alif. Duit hasil berblog. Tengoklah dalam kereta pun nak tunggang juga. Punyalah excited.


Seorang satu sudah memiliki basikal. Tak mahu gaduh-gaduh lagi ye. Main sama-sama, kayuh sama-sama, bertembung sama-sama.


Spiderman comel melekat di basikal barunya. Tak boleh sentuh basikal tu tau. Dia usaha sendiri naik. Dia usaha sendiri nak kayuh. Basikal tak gerak, nangis. Huhu..


>>> Alif & Basikal <<<

Excited dapat naik basikal baru








9 ulasan:

  1. seronok la dia dapat basikal baru..boleh main dengan kakak aisyah

    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  2. seronok la anak2 dpt main basikal sorg satu .. bw ke taman lagi diorg happy dpt pusing padang

    BalasPadam
  3. apa tak seronok nya, benda mmg dia dh aim lama hehehhe...

    BalasPadam
  4. excited sgt alif =) alhamdulillah rezeki bblog kongsi bsama kluarga, tgk anak2 happy, kita pun senang hati juga kan =)

    BalasPadam
  5. wahhhh..suka aliff.. abang ilham tu bila entah nak terer bawak basikal..

    - JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mar...wah !! seronoknya dpt basikal baru yer...boleh tumpang ni...:)
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  7. Hehe.. Sayangnya Alif ngn basikal baru.. ^_^

    BalasPadam
  8. cantik basikal alif.... huhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.